Kurang asam betul, sikap kerajaan negeri diketuai Guan Eng. Perangai hodoh betul, setiap kali masalah dalam kerajaan negeri, UMNO/BN juga yang dipersalahkan. Cerminlah diri sendiri tu. Jika wakil rakyat PKR sendiri yang berani mencabar dan berlaku kurang ajar kat Ketua Menteri mana boleh persalahkan wakil rakyat UMNO. Wakil rakyat DAP yang keluar parti tubuh parti PCM mana boleh tuduh angkara pemimpin UMNO. Hai, sikit-sikit UMNO apa pasal ni. Gerai-gerai orang Melayu yang diroboh baru-baru ini juga dituduh punca dari UMNO/BN. Jika semua daripada UMNO, bagaimana pula jika Guan Eng letak jawatan Ketua Menteri dan semua exco Pakatan Rakyat letak jawatan, biar wakil rakyat BN termasuk UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP pula yang memerintah. Rakyat hari ini dah buka mata dan tidak buta hati, mereka dah celek dan mereka dah rasa jelik dengan perangai buruk Ketua Menteri PP yang berasal dari Melaka.
Terbaru, kerajaan negeri menuduh UMNO sengaja menyuruh peniaga Melayu mendirikan gerai-gerai di kawasan larangan sehingga memaksa agensi penguat kuasa mengambil tindakan tegas merobohkannya.
Pemimpin UMNO dan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun menyifatkannya sebagai ‘tuduhan gila’ kerana gerai-gerai yang dirobohkan kerajaan negeri sudah beroperasi selama bertahun-tahun.
Ketika menyampaikan ceramah sempena Karnival Penang Harmoni di sini malam tadi, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman mendakwa UMNO sebagai dalang memburuk-burukkan imej kerajaan negeri dalam isu meroboh gerai-gerai haram di Pulau Pinang. Malah, Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang itu mendakwa UMNO sengaja suruh peniaga-peniaga dirikan premis di tempat-tempat sekitar Balik Pulau supaya bila kita (kerajaan negeri) roboh nampak kita kejam,” katanya ketika berceramah sempena Karnival Penang Harmoni anjuran Pas di sini malam tadi.
Wahai TKM1, Dr. Mansor Othman, YB Tuan ada Dr. , ada tercetak Islam di kad pengenalan diri. Kenapa YB nak ikut perangai seperti Guan Eng? Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh orang, tentu YB Tn Dr. tahu. Tapi YB Tn Dr. berceramah di khalayak ramai cuba menimbulkan kebencian orang ramai kepada UMNO, isu meroboh gerai dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah pentadbiran/kuasa kerajaan negeri tapi UMNO juga dipersalahkan. Apakah orang UMNO yang suruh buat gerai dan orang UMNO yang buat aduan? Cuba YB Tn Dr. turun ke bawah, cuba mai jalan-jalan ke gerai-gerai yang baru dibina di sebelah Ptg. Damar Laut, Bayan Lepas, Sungai Batu, Teluk Kumbar, Genting, Pondok Upeh hinggalah Balik Pulau. Kebanyakan pemiliknya adalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti YB Tn Dr. sendiri, PKR dan PAS. Sejak pentadbiran kerajaan PR ambil alih, gerai-gerai tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. YB Tn Dr. jangan buat tuduhan melulu. Oleh kerana YB Tn Dr. punyai latar belakang pendidikan yang tinggi jangan jadi bodoh kecuali sengaja atau dengan niat mahu memperburukkan UMNO/BN. Peniaga-peniaga kecil di bahu-bahu jalan beranggapan parti pemerintah DAP, PKR dan PAS dengan gabungan sebagai Pakatan Rakyat amat prihatin dengan nasib mereka rakyat yang susah. Mereka masih ingat manifesto PAS, DAP dan PKR semuanya berjanji nak membela nasib rakyat. Rakyat susah dibantu. Mereka tidak akan merampas harta rakyat. Mereka yakin kerajaan negeri PP yang baru ini lebih baik daripada kerajaan BN. Tapi rupa-rupanya silap, lebih teruk lagi daripada pemerintahan BN. Hingga wakil rakyat sendiri dah hilang sabar! Bergaduh sesama sendiri.
2 comments:
Sudah la Mansor, awak tu apa yang hebat nya? Setakat diam jer di bawah ketiak LGE... jawatan jer tinggi, habuk pun tarak !!!
Sokong pandangan paktam. YB Mansor fitnah UMNO. Patutnya umno saman dr. Mansor kerana mulut celuparnya. Nape umno diam membisu hal ini. Buat macam pemimpin pembangkang, tak puas hati saman, tak kena ya saman, tapi tak apelah wakil rakyat pembangkang kebanyakan loyar buruk belaka. Loyar mereka sekeling pinggang. itu hebatnya pembangkang.
Post a Comment