Sunday, February 28, 2010

MPM jangan jadi seperti penubuhan Perkasa di peringkat negeri dan parlimen!

Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM). Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu. “Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.  “Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM. Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.
Komen:
Usaha yang sangat mulia dan wajar disokong oleh setiap umat Melayu/Islam. Suara orang Melayu diperkasakan lagi, kali ini bukan hanya melalui Perkasa tetapi MPM (Majlis Perundingan Melayu). Suara Datuk Ibrahim Ali akan lebih dihormati dan digeruni oleh kawan dan rakan melalui MPM. Tapi Datuk Ibrahim Ali perlu ambil perhatian yang serius khususnya penubuhan Perkasa di peringkat parlimen dan negeri. Perkasa cuba menyatupadukan orang-orang Melayu yang kini berpecah disebabkan ideologi politik yang berbeda. Perkasa boleh juga dijadikan satu ruang penyatuan orang-orang Melayu yang cintakan perjuangan bangsa dan agama tetapi pada masa yang sama tidak berminat politik kepartian baik UMNO mahupun PAS. Perkasa boleh secara jujur dan ikhlas bertindak sama ada membantu UMNO atau sebaliknya menegur UMNO.
Tapi di kawasan parlimen tertentu, jelas penubuhan Perkasa tidak seperti yang diharapkan kita. Ahli-ahli Perkasa tidak di buka kepada setiap orang Melayu. AJK dilantik di kalangan kawan-kawan yang mempunyai agenda tertentu. Pemimpin UMNO yang kalah dalam pertandingan dalam Persidangan Agung yang lalu menjadi Ketua/Pengerusi Perkasa. Dengan itu AJK Perkasa juga adalah ahli-ahli UMNO yang kebanyakannya kalah dalam Persidangan Agung UMNO yang lalu. Orang Melayu yang tidak berminat menyertai UMNO tidak akan menyertai Perkasa kerana Pengerusi dan AJK Perkasa juga adalah bekas pemimpin-pemimpin UMNO. Oleh itu penubuhan Perkasa tidak kemana, tidak menguatkan penyatuan Melayu sebaliknya menimbulkan perpecahan berterusan politik Melayu dalam UMNO sendiri. UMNO akan hancur kerana ada musuh dalam selimut atau api dalam sekam. Permainan politik seumpama ini mudah diketahui dan terdedah kepada pengetahuan orang ramai.  Oleh itu Perkasa perlu membuka keahlian kepada semua individu Melayu, soal latar belakang politik perlu diketepikan. Membantu menguatkan UMNO dan bukan merosakkan UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang dilantik secara demokrasi dalam Persidangan Agung yang lalu. Jika mahu memperalatkan Perkasa untuk mencapai tujuan politik peribadi, pemimpin begini wajar meletak jawatan.



3 comments:

Anonymous said...

Ya memang ada macam tu. Ada pemimpin umno yang kecewa menerajui Perkasa peringkat negeri. Nada ucapan pemimpin ini pun kita dah tahu. Sokong teguran paktam.

PaKMie said...

Salam 1M...

Ada benarnya teguran Paktam. Sebelum menubuh MPM baik pengerusi Perkasa memperkemaskan ahli nya dahulu. Ketepikan fahaman politik dan dari mana dia dtg.

Dato Him seharusnya berhati2 nasib islam dan melayu juga terletak ditangan NGO2 melayu, jgn guna NGO utk mencari kepertingan dan agenda tertentu pribadi.Masih terlalu awal utk banggakan!

Asalamualaikum dan slmt berjuang...

one one no belen said...

Salam.Memang dah nampak perkasa bukan lagi sebuah pertubuhan NGO tetapi tapak untuk bekas bekas ahli UMNO yang telah ditolak kepimpinan mereka.Nanti perkasa tetap jugak jadi seperti UMNO. Perkasa yg perkosa

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"