Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia yang ditubuhkan oleh YB Datuk Ibrahim Ali telah membuka sayapnya ke negeri-negeri dan kawasan-kawasan Parlimen. Dengan singkatan PERKASA, ianya mudah disebut dan mempunyai makna yang sangat jelas. Tetapi dalam laman webnya tidak terjumpa pun matlamat dan objektif penubuhan Perkasa. Inilah yang agak pelik tetapi benar. Namun begitu, orang ramai dapat memahami peranan Perkasa melalui suara-suara lantang dan berani Presiden Penajanya, YB Datuk Ibrahim Ali, ahli parlimen Pasir Mas, Kelantan. Rakyat berminat mengikuti Perkasa kerana ianya bukan badan siasah seperti UMNO, PAS atau PKR. Oleh itu Perkasa boleh dianggap sebagai suatu platform alternatif kepada individu yang tidak berminat dengan parti-parti politik. Ini termasuklah mereka yang tidak suka kepada UMNO, PAS dan PKR tetapi mereka mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Selaku sebuah NGO, Perkasa tidak gentar menegur kerajaan BN ataupun pemimpin UMNO. Lihatlah bagaimana Datuk Ibrahim Ali, tidak takut untuk meninggikan suaranya asalkan tujuannya hanya untuk mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara. Dengar khabar, Datuk Ibrahim Ali sanggup mengorbankan elaun wakil rakyatnya pada setiap bulan membantu pengundi-pengundi dalam kawasannya. Dengan itu perkataan 'Perkasa' begitu sinonim dengan nama Datuk Ibrahim Ali.
Rupa-rupanya dalam diam-diam Perkasa DBD telah melaksanakan aktivitinya. Majlis Mesra Penduduk Sungai Rusa Balik Pulau bersama Perkasa Barat Daya telah diadakan pada 21 Februari 2010. Tahniah kehadirannya agak ramai, suatu permulaan yang baik. Kita akan lihat Perkasa Barat Daya turut senada dengan Perkasa Negara memperjuangkan hak ketuanan Melayu/bumiputera dan kedudukan agama Islam khususnya di Pulau Pinang yang semakin terhimpit di bawah kerajaan DAP-PAS-PKR. Kita hendak lihat lebih ramai pemimpin-pemimpin NGOs bersama Perkasa Barat Daya untuk membantu BN menumbangkan pembangkang dalam pilihanraya yang akan datang. Insyaallah, jika penubuhan Perkasa mempunyai niat yang baik, nasib orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang amnya dan daerah Barat Daya khususnya akan terbela!
Lihat laman web PERKASA NEGARA klik di sini.
Lihat laman web PERKASA NEGARA klik di sini.
3 comments:
Melayu hanya perlukan diri sendiri untuk perkasakan bangsanya. Tidak ada yg lebih hebat (kecuali Allah swt) dari iltizam diri sendiri untuk memajukan diri khasnya dan banga amnya. Jika tidak ada kesungguhan pd diri sendiri bagi setiap individu,jgn haraplah bangsa itu akan kuat.
Rahsia kenapa Kelantan dan Terengganu tidak diberi royalti minyak akhirnya dibongkar.....ingin tahu sila klik disini
JANGAN JADI BARUA BANGSA ASING DAN MENJATUHKAN BANGSA SENDIRI HANYA MELAYU AKAN NAIK BILA MELAYU TIDAK DENGKI SESAMA SENDIRI.
Post a Comment