Saturday, February 6, 2010

Ikut trend keluar parti, PKR mungkin akan dibubarkan

Kisah benar dan memalukan aku selaku ahli parti PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat. Pemimpin idola aku, DS Anwar Ibrahim telah didakwa di mahkamah sedang dibicarakan. Kesian juga aku lihat muka dia. Aku nampak dia melambai-lambai tangan kepada penyokong-penyokongnya macam dia tidak bersalah. Tapi aku sungguh musykil sekali, bila dia dicabar untuk bertaubat oleh Saiful tapi dia menolak. Dia cuba menangguhkan perbicaraan beberapa kali. Membuatkan aku bertambah musykil. Walau bagaimanapun kita serahlah kepada mahkamah untuk buat keputusan.
Terfikir lagi aku, betapa ramai pemimpin-pemimpin hebat PKR telah meninggalkan PKR.  Bekas Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar, bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor, Ketua Penerangan, Ruslan Kassim dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) seperti Zainur Zakaria dan Datuk S. Nallakarupan. Manakala bekas Bendahari Agung PKR, Abdul Rahman Osman bertindak meninggalkan parti itu dengan menyertai Pas. Lokman Noor Adam yang kini salah seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO adalah bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan. Dalam tahun 2004 yang turut meninggalkan PKR ialah bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip dan bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha serta Anuar Shaari, bekas setiausaha peribadi Anwar sendiri turut kembali menyertai UMNO.
Kemelut dalam PKR tidak berhenti di situ. Dalam bulan Ogos 2008, Wan Azizah bekas ahli Parlimen PKR di Ptg. Pauh terpaksa meletak jawatan ahli parlimen untuk beri laluan kepada suaminya, DS Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya kononnya. Dengan itu suatu pilihanraya kecil terpaksa diadakan maka jutaan wang rakyat habis kerana mengadakan pilihanraya oleh SPR. Itu belum masuk perbelanjaan kempen pilihanraya oleh parti-parti yang bertanding. Bayangkan mungkin puluhan jutaan ringgit dibelanjakan untuk DS Anwar Ibrahim ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh selepas DS Najib Abd.Razak. Tapi tiada pun ahli parlimen dari BN teringin nak lompat parti. 
Bagaikan kepimpinan melalui tauladan yang dimulakan sendiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008, langkah itu dijejaki oleh ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu pada Februari tahun lalu. Sekadar keluar parti hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak rebah tersungkur kerana mereka memberi sokongan kepada BN. Tidak lama selepas itu, ADUN Bukit Selambau yang juga Exco Kerajan Negeri Kedah, V. Arumugam meletakkan jawatan selepas tertekan dengan isu moral. Dan satu lagi pilihanraya terpaksa diadakan. Lagi jutaan ringgit wang rakyat dihabiskan.
Pada April tahun lalu, tiba pula giliran ADUN Penanti yang merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin untuk mengosongkan kerusinya. Beliau yang disiasat kerana dakwaan rasuah membuat alasan mahu melanjutkan pelajaran. Suatu pilihanraya kecil juga diadakan yang membolehkan Dr. Mansor Othman menjadi KM 1 Pulau Pinang.

Sewaktu 'pesta' meletak jawatan berlaku di kalangan wakil rakyat PKR, lain pula dengan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang tidak berbuat demikian walaupun menerima tekanan akibat penyebaran gambar bogelnya di Internet.Tren keluar parti semakin menjadi bila rasa tak puas hati dengan perlantikan Azmin mengetuai PKR Sabah mendedahkan kelemahan kepimpinan PKR yang diterajui 3A iaitu Anwar, Azizah dan Azmin Ali. Bermula dengan PKR Sabah apabila Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Christina Liew hinggalah yang terbaru ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bertindak meninggalkan PKR. Begitulah tindakan keluar parti suatu yang lumrah dalam PKR sedangkan usia parti terlalu muda. Semalam kira-kira 200 ahli Angkatan Muda Keadilan dari Sik telah keluar parti. Nampaknya usia PKR tidak lama. Kenapa aku harus tunggu menjadi ahli parti PKR? Kenapa Setiausaha Sulitnya, rakan karibnya, ketua pemudanya, naib presidennya, setiausaha PKRnya telah meninggalkan DS Anwar Ibrahim? Tepuk dada tanya minda.



3 comments:

Pemuda PKR said...

Kami tetap akan berjuang dalam PKR demi menegakkan keadilan di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Anonymous said...

Hai pemuda pkr,
Apa erti perjuangan mu pemuda PKR? Jika perjuangan itu benar-benar jujur dan ikhlas tak jadi macam ni, faham. Jngn buang masa muda mu, rugi seumur hidup.

Anonymous said...

Hai pemuda pkr,
Apa erti perjuangan mu pemuda PKR? Jika perjuangan itu benar-benar jujur dan ikhlas tak jadi macam ni, faham. Jngn buang masa muda mu, rugi seumur hidup.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"