Thursday, June 26, 2008

Apa dah jadi dengan Kepimpinan PKR Selangor


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mula bergolak apabila Setiausahanya, Mohd Yahya Mat Sahri, meletak jawatan dalam parti dan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkuat kuasa kelmarin. Beliau yang kecewa dengan tindakan Abdul Khalid menggantung tugasnya selepas didakwa terbabit dalam isu meluluskan kontrak memungut dan melupuskan sampah di Petaling Jaya, turut mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan. Mohd Yahya berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tidak dilayan dengan adil oleh Abdul Khalid berhubung isu berkenaan.

Manakala Dewan Pemuda Pas Selangor pula kecewa dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di negeri ini yang memasukkan wang sumbangan syarikat-syarikat swasta untuk program itu ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketuanya, Sallehen Mukhyi khuatir perkara seperti itu mungkin boleh berlaku lagi pada masa akan datang melibatkan nilai wang yang lebih besar. Justeru, beliau mendesak pucuk pimpinan negeri yang diterajui PKR, Pas dan DAP menubuhkan Majlis Perundingan Pakatan Rakyat bagi memastikan kesilapan yang diakui sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu tidak berulang lagi.

Berdasarkan perkembangan hari ini, difahamkan sudah mula wujud keretakan dalam sokongan kepada kepimpinan PKR Selangor. Sejurus selepas kembali daripada menunaikan umrah, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui bekas pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri namun beliau tidak akan menarik balik pendiriannya yang tidak percaya dengan kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ada pula kira-kira 17 Ketua Bahagian PKR Selangor menyerahkan tuntutan berkaitan rasa tidak puas hati mereka berhubung soal pengagihan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri oleh Khalid. Mereka mahu ahli-ahli PKR yang setia dengan parti sejak mula ia ditubuhkan dibela dengan memberi peluang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri daripada memberikan jawatan tersebut kepada golongan profesional semata-mata.

Apa dah nak jadi dengan kepimpinan PKR? Mulai nampak tamakkan kuasa dan jawatan dalam kerajaan. Sekadar ahli parti dan tak ada kelulusan yang selayaknya janganlah mencuba. Nanti rosaklah pentadbiran kerajaan negeri Selangor! Dah jadi kerajaan baru tahu susah atau senang menjaga rakyat jelata. Kalau BN semua tak kena. Baru saja lepas 100 hari macam-macam cerita dan kisah yang tak sedap didengar mengenai PKR Selangor!!!!! Pakat Kita Rasa (PKR) !!!!



5 comments:

Anonymous said...

PAS di Kedah pulak nak tebang jugak hutan di kawasan tadahan air kerana wang. Nak bayar gaji kakitangan pun tak cukup! Dewan orang ramai hak Kementerian Pelajaran pun tak benarkan Puteri UMNO gunakan. Mana dia kata-kata yang menjulang semangat demokrasi? Dulu lain sekarang lain!

Anonymous said...

UMNO dah 50 taun tak kasik org PAS pakai dewan org ramai...takkan tak ingt kot?? ke wat2 lupa..haha

Sedingin Salju said...

Ha tulah, depa ingat, senang nak jaga rakyat. Amboi, BN semua tak kena. Rasuah dan pelbagai. Ni ha, apa dah jadi?

Busu said...

UMNO tak OK, tak apelahhh.Tapi PAS dan PKR lantang bercakap pasal demokrasi, tiada diskriminasi, tiada korupsi, semua hak dihormati, tidak akan berdendam macam-macam lagi semasa kempen PRU12 baru-baru ini. Masih terngiang-ngiang di telinga aku. Bercakap berapi-rapi, keluar api kut mulut. Telinga yang kecik ni masuk macam peluru. Tapi semua cakap-cakap itu pi lempaq kat mana? Orang kampung, org bandar, org tua, org muda, org melayu, org Cina, India, Kadazan, Murut semua kena tipu dengan depa..baru tau, nak undi depa sangat! Aku akan tuntut janji pilihanraya sampai dapat!!!

Sedingin Salju said...

ha, betoi tu. kena tuntut. Depa ni, pandai sangat nak berjanji dengan orang.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"