Thursday, June 5, 2008

Keuntungan Petronas Untuk Jangka Panjang


Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan keuntungan Petronas tidak boleh digunakan secara habis-habisan untuk keperluan jangka pendek. Sebaliknya keuntungan Petronas perlu dilabur semula untuk kepentingan jangka panjang, terus berkembangan dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Syarikat minyak nasional di China, India dan Russia telah mula mengembangkan operasi mereka ke pasaran lain dan Petronas turut mengembangkan pasaran dan sumber ke seluruh dunia.
Rezab minyak negara terhad, tidak seperti di sesetengah negara seperti
Nigeria dan Indonesia yang merupakan negara pengeluar minyak yang besar dan negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Malaysia akan menjadi pengimport bersih minyak menjelang 2011 atau 2012. Ketika itu nanti, Malaysia tidak mampu lagi mengeksport petroleum seperti sekarang. Malaysia akan hanya memproses petroleum dan menjual semula petroleum yang telah diproses.
Jika keuntungan Petronas tidak digunakan secara berhemat, negara tidak akan mempunyai perbelanjaan berulang kerana dana untuk mewujudkan aliran pendapatan itu telah dibelanjakan.
Kerajaan
Barisan Nasional tidak akan menggunakan keuntungan Petronas untuk mengurangkan kenaikan harga barang walaupun kerajaan mempunyai dasar membela rakyat. Kerajaan tidak mahu jatuh muflis kerana terlalu banyak berhutang kepada negara asing. Pembangunan negara akan terbantut kerana terpaksa membayar hutang dan faedah kepada IMF, Bank Dunia dan negara asing seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Negara akan 'bergari' dan tidak lagi mempunyai kebebasan dalam pentadbiran negara kerana negara asing akan memantau keseluruhan pentadbiran untuk memastikan hutang mereka dibayar mengikut pelan pembayaran semula. Ketika itu negara akan mengemis semula dan dijajah dari segi ekonomi dan politik.
Kenaikan harga barang sekarang bukan berpunca daripada kerajaan sahaja tetapi kesan kenaikan harga minyak dunia. Sekarangpun Malaysia memberi subsidi RM56 bilion setahun untuk menstabilkan harga barang keperluan . Subsidi seperti ini tidak berlaku di negara-negara lain.




Sumber: Wikipedia Ensiklopedia Bebas

10 comments:

Anonymous said...

Mungkin ada hikmahnya. Pembangkang DAP buat bantahan/perhimpunan. Mereka mahu kerajaan punah dalam masa yang singkat ini.

Tai said...

Yalah, depa nak Anwar jadi PM. Lingkop habeh.

Sepatutnya gitulah, tak boleh belanja habisan-habisan wang pertonas tu. kang jadi macam negara lain, kankah leceh?

abe MIE 'TERJAH' said...

salam..

naik minyak orang malaysia jadinya...

apa nak jadi nie...

kalau ginie, BN terus tumbanglah... sebelum kena tumbang, PM- Pak Lah Minyak kena turun, insya allah dan mudahan masalah minyak akan diatasi.

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Wahai pemimpin2 Melayu dan UMNO, bangunlah bersuara atas dasar kepentingan rakyat. Suara-suara lantang dari pemimpin2 UMNO sekarang diperlukan untuk membela nasib rakyat. Kembalilah kepada perjuangan masa lalu. Walaupun isu kenaikan harga minyak ini keptutusan Kerajaan tapi ianya tidak semua keptutusan kerajaan itu perlu di iayakan. Jikalau ianya mengambilkira nasib rakyat ianya perlu disokong tapi jikalau ianya menjadikan rakyat memderita ianya perlu diberi panduan untuk diperbetulkan. Rakyat kini sedang melihat bagaimana sikap pimpinan UMNO ini di semua peringkat dalam menghadapi isu ini. Adalah ianya mengikut keputusan (yes man) atau mengkritik dan mendesak untuk kepentingan rakyat keseluruhannya. Jikalau yang yes man sahaja maka bersedialah untuk menyerahkan Kerajaan pimpinan UMNO ini kepada Kerajaan Alternative rakyat dalam PRU13. Tepuk dada tanya selera..hanya ahli2 UMNO dan pimpinan UMNO sahaja yang dapat menentukan segalanya.

Anonymous said...

dulu korg ckp..ladang babi moden hadiah utk rakyat selangor...

sekang ni satu malaysia terima hadiah plg bermakna drpd bn...

kenaikan minyak..sekupang dua tapa jugak..nah amik lapan kupang..dan lepas ni rakyat bakal makin merana...

terima kasihlah kerana bg hadiah yg masih tak seberapa tu...

Seperti biasa kenaikan minyak akan menyebabkan semua benda-benda lain naik termasuk aku rakyat Malaysia – naik angin.

Apa tidaknya, kenaikan ini pasti menyebabkan yang miskin terus di belenggu kesusahan dan yang pasti akan terasa duit gaji mengecut. ...

Bila rakyat menuntut gaji minimum macam-macam lak alasan kerajaan ini. Susah lah, payah lah dan berbagai-bagai alasan dan kajian yang mahu dibuatnya tetapi pengecilan nilai gaji tak pernah nak dihiraukan langsung.

Ingat...Duit kerajaan itu duit kita , kenapa lak jadi subsidi – macam kita peminta sedekah plak.

Anonymous said...

Hairan ada gak yang menyokong kenaikan harga minyak. Mereka kata kurang kerajaan bagi subsidi maka lebih banyak untuk pembangunan negara. Pembangunan apa nye...kalau rakyat dah tersepit dengan kekurangan duit tak de maknanya.

Anonymous said...

Tiada siapa pun suka kenaikan harga. Pemimpin negara lagi tak mahu itu semua. BN memang akan disenangi jika boleh berikan rakyat semua apa yang diminta. Pembangkang tak ambil kisah itu semua. Dia mahu kerajaan ni cepat bankrapsi dan runtuh, mudah dan cepat dia nak ambil alih. Kerajaan bertanggungjawab tidak begitu. Kerajaan terpaksa mengambil kira semua aspek kebaikan dan keburukan, jangka pendek dan jangka panjang. Nak bangkang memng senang. Tanya dulu YB MB Selangor, susah tak nak beri percuma air 20m padu kpd semua rakyat Selangor? Baru satu bab, tak semudah kita fikirkan. Pemimpin UMNO bukan yes man seperti disangkakan. Janganlah hina macam tu sangat. Rasional dan kebijaksanaan itu penting Pak Cik. Kalau kerajaan bankrapsi, sudah pasti semua rakyat merana dan menderita. Tetapi kalau kerajaan masih kukuh dan stabil dalam dunia menghadapi krisis kenaikan harga minyak serta kekurangan makanan (beras), kerajaan masih boleh bantu rakyat yang miskin. Sepertimana penstrukturan subsidi yang dilakukan kerajaan sekarang ini. Jangan kira dengan DSAI masa jadi Menteri Kewangan dulu, dia bukan lulusan M.Ed (Ekonomi/Kewangan)ataupun B.Ec (Hons). Hanya masa dia harga minyak dunia cuma kira-kira US$55 setong harga minyak petrol RM1.13 seliter. Harap tuan/puan bacalah artikel-artikel/rencana mengenai isu ini yang bersifat akademik dan analitik. Barulah kita jadi sedikit rakyat yang rasional dan tidak emosional. TK dan minta maaf.

Unknown said...

Pembangunan negara juga meminkan peranan penting. Dalam masa yang sama kepentingan rakyat dan kebajikan rakyat yang susah tidak diabaikan. Projek mega perlu disemak semula oleh kerajaan. Langkah jimat cermat sedang dilakukan oleh pihak kerajaan. Contohnya kursus kakitangan kerajaan tidak boleh lagi dibuat di luar kawasan dan hotel. Maksudnya kursus-kursus boleh diadakan di bangunan kerajaan sahaja. Jika duduk di Penang tak boleh lagi buat kursus di Langkawi ataupun di KL. Itu adalah langkah drastik telah dilakukan oleh kerajaan. Pemberian subsidi distrukturkan semula supaya lebih adil dan menyeluruh. Subsidi munyak dulu, yang banyak dapat subsidi orang yang senang dan berada. Orang miskin macam kita ada sebuah motor kapcai, isi RM3.00 dah penuh berapa sangat subsidi kita dapat. Tapi orang senang dan berada, ada kereta dua tiga buah, kereta mercedez, BMW, MPV dan sebagainya. Sebuah kereta tangki besar sehingga RM100 - RM200 baru penuh. Maka subsidi kerajaan berbilion itu terlalu lebih banyak kepada orang kaya dan berada. Rakyat yang ramai yang miskin, pakai kereta kecil motor kapcai tak banyak yang dapat. Penyelewengan subsidi juga berlaku. Nelayan tak kelaut (tangkap ikan), tapi hari-hari beli minyak petrol subsidi kemudian dia jual kepada orang lain, yang punyai kereta/motor. Lagi dahsyat, penyeludupan petrol berleluasa di laut dan di darat ke negara jiran sebab harga petrol dan diesel kita lebih murah. Semua perkara ini kerajaan BN kena fikirkan. Rakyat pula kena faham. Rakyat miskin akan dibela dengan diberi bantuan dan subsidi manakala rakyat yang kaya dijaga supaya banyak cukai pendapatan dan cukai korporat mereka boleh membantu kerajaan. TK.

Tai said...

Yalah, cuba tanya kerajaan negeri Selangor, mana dia air percuma 20 meter Padu? kerajaan Penang, mana dia jalan Sungai Nyiur yang kata nak bagi tanpa tol? Sampai sekarang lalu jalan tu, kena bayar tol lagi. Orang dah marah.

DSAI tu anak angkat US, semua dari US tu baik belaka bagi dia.

Anonymous said...

Parti pembangkang suka cari kesalahan dan kelemahan kerajaan BN. Negeri Selangor sebenar negeri yang terkaya di Malaysia. Kerajaan negeri Selangor sepatutnya boleh menunaikan janji pilihanraya tanpa sebab. Malahan kerajaan negeri Selangor juga boleh membantu negeri-negeri PR yang lain. Misalnya Jepun negara yang maju memberi pinjam kpd negara yang memerlukan. Mengapa pulak kerajaan Selangor tak boleh? Takkan pula sebab tak dapat wang ehsan jadi tak dapat tunaikan janji pilihanraya!

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"