Friday, June 13, 2008

Kerajaan Thailand Menghadapi Protest Rakyatnya

Ketika ini saya masih di Chiang Mai, Thailand dalam program bercuti selama 4 hari. Sepanjang masa saya di sebuah bandar bahagian utara Thailand ini, saya memperolehi sedikit maklumat berkaitan isu harga minyak di Thailand. Rata-rata penduduk yang ditemu bual berpendapat bahawa kenaikan harga minyak terutama petrol di Thailand tidak dapat dielakkan lagi. Kerajaan Thailand juga menghadapi tempoh yang paling sukar selain menghadapi masalah ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan baru Thailand, rakyat juga menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup. Akhbar Bangkok Post pada hari ini melaporkan bahawa kerajaan sedang bersiap sedia menghadapi bantahan rakyat dari kumpulan-kumpulan peladang hinggalah kepada pemandu trak. Kerajaan Thailand bukan sahaja menghadapi demontrasi dari PAD (People's Alliance for Democracy) di Jambatan Makkhawan Rangsan dan perhimpunan di sekitar Bangkok tetapi juga bantahan kumpulan-kumpulan berkepentingan di lain-lain bahagian negara ini. Sementara itu, pemimpin-pemimpin kesatuan swasta akan memutuskan Selasa hadapan sama ada mereka yang mewakili 200,000 ahli kesatuan akan menyertai PAD dalam demontrasi yang dirancangkan itu.

Dari pengalaman saya di Chiang Mai ini, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah pragmatik untuk membantu rakyat Malaysia yang akan menghadapi beban akibat kenaikan harga minyak. Kita perlu sedar bahawa rakyat Thailand menghadapi masalah lebih sukar. Harga minyak di Thailand telah meningkat dengan harga baru sebanyak 41 bath seliter. Ini bermakna harga minyak di Thailand telah mencapai harga RM3.85 seliter, berbanding Malaysia RM2.70 seliter. Semua rakyat dan juga parti pembangkang perlu memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia untuk menghadapi tempoh yang paling sukar ini. Kerajaan Malaysia telah dan akan mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi beban rakyat akibat kenaikan harga minyak.

4 comments:

Busu said...

Masalah minyak dihadapi oleh semua negara. Demontrasi berlaku diseluruh dunia termasuk juga di negara-negara maju di dunia. Kena fahamlah tugas parti pembangkang membela rakyat. Bila jadi pemerintah soal lain pulak. Boleh tunai atau tidak kehendak rakyat bukan soal parti pembangkang. Yang memerintahlah bertanggungjawab. Di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan juga Perak, kerajaan PR gagal menunaikan janji pilihanraya kepada rakyatnya. Tugas parti pembangkang di situlah sprt UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP buat kerja untuk membela rakyat. Kenapa dok diam! Kalau isu harga minyak mereka boleh buat demontrasi, tapi masalah janji dengan rakyat kenapa tak buat demontrasi? UMNO buat apa? Pemuda UMNO mana?

Anonymous said...

Pemuda UMNO tgh korek jubor Khairi..untung2 dpt projek kalo die menang nanti...haha

Anonymous said...

Betoi ka Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau tu orang kuat Khairi? Tapi kerana UMNO Bahagian Balik Pulau ada calon lain yang masih diperlukan dan lebih wibawa maka Shah Headan tak ada tempat dalam PRU12 baru-baru ini. Dan kekalahan calon Batu Maung BN kerana meletakkan orang Khairi yang mentah dan tak ada kelulusan, kata oranglahh!

Anonymous said...

Apa yang UMNO nak,kalau nak jadi calon cermin diri dulu,Pasai apa kita nak tolak orang yang berpendidikan hanya kerana kita bukan geng dia. kalau macam ni mati la orang melayu ..Kalau nak jadi pemimpin mestilah ada ILMU ,AMANAH .kita yang berangan sangat nak lawan apa2 jawatan dlm pemilihan UMNO kena nilai diri dan latarbelakng dulu,jgn jadi ketam mengajar anaknya.Bagi saya bukan perlu kempen tapi biar orang sendiri nilai samada kita layak ke tak? Tak perlu guna cable2.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"