Saturday, June 14, 2008

Demontrasi Parti Pembangkang di KL

Isu kenaikan harga minyak bukan isu tempatan. Berlaku diseluruh dunia termasuk negara maju. Demontrasi juga terus berlaku di kebanyakan negara. Soalnya, apakah tindakan kerajaan Malaysia belum cukup untuk meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah? Kerajaan Malaysia telah menstruktur pemberian subsidi supaya pemberian subsidi tidak berlaku penyelewengan dan penyeludupan. Pemberian subsidi sepatutnya sampai kepada rakyat yang layak menerimanya. Walaupun kerajaan Malaysia telah melaksanakan tanggungjawabnya dan terus mengambil langkah-langkah pragmatik bagi mengurangkan beban rakyat tetapi tanggungjawab parti pembangkang pula menganjurkan demontrasi di sana sini. Peluang parti pembangkang khusus PAS dan PKR untuk memburukkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO. Pemimpin UMNO seolah-olah tidak berperikemanusiaan, kejam dan korupsi. Itulah label yang berjaya diberikan oleh pemimpin PAS dan PKR kepada pemimpin UMNO. Demontrasi tanpa permit sebenarnya didalangi oleh parti pembangkang. Isu harga minyak telah memberi peluang yang terbaik setakat ini kepada parti pembangkang. Mereka mengambil kesempatan ini untuk memburukkan kerajaan BN dan pemimpin UMNO. Melayu PAS dan Melayu PKR mahu menjatuhkan UMNO. Sebelum menjatuhkan UMNO yang menunjangi kerajaan BN, adalah lebih baik kerajaan negeri PP, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak bersatu dan berdikari dalam tempoh ini. Tunjukkan kepada rakyat umum bahawa kerajaan negeri PR boleh bersatu dan mampu menjadi saingan kepada BN di negeri-negeri lain. Wujudkan kerajaan pusat sendiri, kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan pusat BN tidak lagi beri bantuan kepada negeri-negeri BN melalui keuntungan Petronas melainkan royalti kepada negeri-negeri berkenaan sahaja seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak. Pandangan yang sukar direalisasikan...sampai bila pun orang Melayu berpecah jika begini. Mufti Perlis sudah pun menyatakan kebimbangannya kepada rakyat umum dalam soal perpaduan bangsa Melayu. Hanya kita boleh bercakap sahaja, sebab semua pihak ada kepentingan. Negara Arab pun tidak boleh bersatu kerana setiap negara Arab nak jaga kepentingan masing-masing. Begitulah kita orang-orang Melayu baik dari UMNO, PAS mahupun PKR. Rakyat mulai sedar dan insaf perpecahan ini semakin ketara. Malahan ada pemimpin Melayu sendiri pertikaikan ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. Apa yang dapat kita katakan lagi??? Melayu rela berpecah kerana kuasa!!!!

2 comments:

Anonymous said...

Melayu belum sedar. Nak merebut kuasa tuduhan dan fitnah dah jadi biasa. Yang jadi mangsa Melayu seperti kami yang tak sokong mana-mana parti politik....

de said...

rakyat bkn tak suke umno..rakyat tak suke paklah jek...tp paklah bengap..dah kasik hint macam2 buat dono jek...die ske wat keputusan terburu2..mana rakyat tak marah...arini kata lain..tup2 sok dah buat lain...peliaq btoi plah ni..

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"