Melayu ternyata berpecah dan tidak bersatu. Perpecahan tampak parah apabila pemimpin Melayu tidak lagi mempercayai sesama mereka, memusuhi sesama sendiri kerana perbedaan ideologi politik sebaliknya sanggup berkawan rapat dan berpakat dengan musuh bangsa dan agama kerana parti dan kuasa politik. Perpecahan ini memberi ruang untuk mereka melancarkan pelbagai ancaman, ugutan dan permintaan yang tidak berpatutan terhadap kerajaan pada masa ini. Malahan Kesultanan Melayu dipertikaikan oleh mereka.
Saya amat bersetuju dengan cadangan mantan PM, Tun Mahathir dan Mufti Kerajaan Perlis baru-baru ini agar pemimpin-pemimpin Melayu dapat bertemu secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah perpecahan umat Melayu ini. Janganlah begitu ghairah menghulurkan tangan bersahabat dengan musuh pada waktu yang sama menikam dan memutuskan persaudaraan sesama bangsa dan agama. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah juga tampak berdukacita di atas bencana yang melanda umat Melayu kini. Baginda menitahkan agar umat Melayu kembali bersatu dan menjadi kuat semula. Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga telah melahirkan kebimbangan terhadap perpecahan di kalangan orang Melayu kerana ia boleh mendatangkan kesan yang merugikan masa depan orang Melayu. Baginda bertitah, apabila orang Melayu tidak bersatu, mereka seolah-olah menyerah dan melepaskan kuasa yang ada dan akhirnya boleh mengakibatkan bukan sahaja orang Melayu tidak relevan malah agama Islam juga terpinggir.
Sebenarnya kebanyakan orang Melayu di bawah mahu melihat pemimpin Melayu bersatu. Pelbagai NGOs dan Raja-Raja Melayu telah mengingatkan supaya Melayu bersatu. Malangnya, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Pas tidak akan sama sekali mengadakan perundingan dengan UMNO atas apa juga alasan bagi mengelak tercetusnya perpecahan dalam parti itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Kota Darulnaim baru-baru ini. Demi parti, Tok Guru Nik Aziz tidak rela dan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO. Ini bererti PAS dan UMNO yang merupakan dua parti terbesar orang Melayu ini akan terus bersaingan antara satu sama lain. Nik Abdul Aziz berkata, pendirian itu juga amat penting bagi menghormati sokongan rakyat termasuk pemimpin dan ahli UMNO, pengundi Cina dan India serta pengundi muda yang telah memberikan undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini. Tok Guru pentingkan parti dari penyatuan Melayu? Walau bagaimanapun pandangan Tok Guru perlu dihormati kerana beliau juga mempunyai alasan tertentu yang membolehkan pemimpin dan ahli PAS tidak bersatu dengan pemimpin dan orang UMNO!
5 comments:
Inilah sikap segelintir orang melayu yang sanggup menjual maruah, harga diri dan negara demi kerana kepentingan sendiri.
Melayu tak tahu bersyukur. Perangai hasad dengki tebal. Mudah melatah. Mahu jalan mudah senang. Skim Cepat Kaya pantang beritahu, berduyun-duyunlah pergi. Susah sikit tak mau. Manja lebih. Harap subsidi kerajaan...
subsidi tu duit rakyat la bodoh...hahaha...
ingt baik sgt umno ni..rupenye mengata jugak...2x5 jek bangang...
Berunding dgn DAP boleh, itu lagi jahat.
Apepasal dgn org Islam tak boleh?
DAP menentang wujudnya negara Islam. UMNO terbukti telah berjasa membela nasib bangsa dan agama Islam. PAS parti Islam. UMNO parti Melayu. Perlembagaan Persektuan menjelaskan Melayu adalah Islam. Bermakna Melayu = Islam. PAS menerima DAP dalam Pakatan.Tetapi PAS menolak UMNO dalam pertemuan belum lagi berpakat. Betulkah tindakan PAS ini yang dikatakan memperjuangkan Islam???? Apakah UMNO kafir seperti fatwa Haji Hadi tidak wajar berbincang?? Mungkin ini yang betul?? DAP pula bagaimana?
Post a Comment