Tuesday, June 3, 2008

Hebatnya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang

Pakatan DAP dan PKR sekali lagi menawarkan kepada ADUN dari BN jawatan-jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Banyak perkara yang boleh diinterpretasikan disebalik tawaran tersebut. Sebagai parti yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah, sepatutnya pemimpin PKR dan DAP perlu buktikan kemampuan dan kebijaksanaan mentadbir negeri dengan baik, telus dan bertanggungjawab sepertimana janji semasa kempen dulu. Wakil-wakil rakyat dari UMNO bukan senang-senang jadi katak puru!!! Sebelum ini Ketua Menteri PP membuat kenyataan akan ada pemimpin veteran UMNO akan menyertai kerajaan negeri. Kini senyap begitu sahaja. Baru dua hari lalu pula, Timbalan KM1 pula menawarkan jawatan untuk wakil rakyat dari BN. Jangan kecewakan pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan juga PAS yang lain. Pemimpin PAS negeri Pulau Pinang hebat-hebat belaka kenapa mereka diketepikan. Kerajaan PR di PP nampaknya menganaktirikan parti PAS dalam pentadbiran negeri PP ini. Janganlah kata orang 'bercakap tak serupa bikin'. Kini rakyat telah beri mandat kepada PR untuk memerintah. Ya, laksanakanlah janji-janji semasa pilihanraya dan buktikanlah kepada rakyat bahawa kerajaan PR lebih baik dari kerajaan BN dulu. Buat ketika ini, pembangunan yang telah siap dan sedang dilaksanakan adalah hasil usaha kerajaan BN dulu. Di kampung-kampung mula rakyat bertanya-tanya bila lagi suatu jawatankuasa kampung diwujudkan seperti mana JKKK semasa pentadbiran BN dulu. Orang kampung masih bertanya kepada JKKK dahulu. Orang kampung tak faham, mereka ingat JKKK itu sentiasa berkhidmat untuk mereka walaupun kerajaan bertukar tangan. Sepatutnya pemimpin-pemimpin parti DAP, PAS dan PKR di kampung-kampung dan juga di taman-taman perumahan sudah ada suatu barisan jawatankuasa untuk membantu kerajaan negeri sepertimana JKKK dahulu. Sehingga tika ini, rakyat belum dengar kenyataan dari pemimpin kerajaan negeri berhubung dengan perkara ini. Dewan JKKK ditinggalkan atau dibiarkan begitu sahaja. Dahulunya kerap juga pelbagai aktiviti diadakan disitu. Sejak kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, semua bangunan JKKK tidak berfungsi. Pemimpin-pemimpin PR diakar umbi sepatutnya ada inisiatif untuk membentuk satu jawatankuasa peringkat kampung. Kalau masa kempen pilihanraya dahulu, punya main hebat lagi jadi ketua sana sini, sebok ke sana ke sini, mesyuarat di sana sini, nampak seolah-olah itulah bakal ketua kita nanti jika mereka menang PRU12 nanti. Tetapi penyokong-penyokong yang dimaksudkan ini, kini duduk diam, menyorok di sana sini lebih teruk lagi ada yang dah tak mahu bercampur dengan kawan-kawan dulu. Janganlah malu dan segan, kita menang dalam PRU12, parti kita memerintah negeri, tunjukkanlah kepada orang-orang kampung bahawa kita dapat bukti kepada orang kampung bahawa kita lebih kuat bekerja untuk orang kampung dan mampu memberi khidmat lebih baik dari JKKK dulu. Ceramah-ceramah politik PR masih ada di sana sini macam PR masih pembangkang di PP. Bukan masanya lagi nak tunjuk BN tidak betul sana sini. Bukan masanya lagi nak beritahu rakyat bahawa kerajaan BN korupsi, tidak demokratik dan sebagainya. Masa sekarang ini masa untuk PR membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri hari ini mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat sepertimana janji-janji mereka dalam PRU12 yang lalu. Janganlah jadi kerajaan yang retorik dan glamour semata-mata. Umpamanya kerajaan berkebajikan kononnya memberi beras setiap kampit kepada rakyat miskin. Tahukah betapa susahnya orang-orang miskin ini, datangnya bertongkat, ada yang bertumpang, mengangkat kaki dan meninggalkan kerja untuk sekampit beras. Pemimpin-pemimpin kerajaan negeri perlu segera tubuhkan satu jawatankuasa di peringkat kampung supaya penyokong-penyokong kuat PR ini boleh bekerja, mereka tak ada kerja dan mereka boleh ambil beras-beras itu agihkan kepada setiap rumah orang kampung yang miskin seperti mana JKKK dulu. Barulah rakyat nampak kerajaan negeri ini lebih baik, cekap dan bertimbang rasa. Ada orang susah ini, ambil beras dan diberikan kepada kawannya sebagai bayaran untuk minyak motorsikal kawannya. Tak berbaloi katanya!! Orang susah ini sebenarnya tak faham, kerajaan negeri hari ini berjimat cermat. Kerajaan BN dulu lain, nak bagi bantuan sampai tak cukup tangan kaki kerana kerajaan BN dulu boros! Terima sahajalah kerajaan mana pun kerana jari kita yang memangkahnya.

24 comments:

Tai said...

ha betoi tu. pasai cerita bagi beras, saya dari matang, teerpaksa pi Balik Pulau. Ni semata-mata pasai sekampit beras. Ha, dah pun habis.

Ada kawan saya yang tinggai kat Sungai Batu, tak dapat beras tu pasai nak naik teksi saja pi ambik, dah kena RM 30. Balik RM 30 lagi. Jadi, tak berbaloilah kankah?

Ada sorang lagi kawan saya kata, dia tak pi ambik pasai, kalau dia nak pi ambik, dia terpaksa naik tiga kali bas. Ni apa cerita? Kalau nak tunjuk baik pun, buat dengan ikhlas.

Dalam blog saya, saya ada kata, ini kewajipan kerajaan untuk membantu, siap ucap terima kasih lagi. yalah, orang berbudi, kita berbahasa. masa tengah dok tulis tu, baru balik dari ambik sekampit beras tulah.

Kerajaan PR la ni mana ada buat kerja? Depa asyik dok cari kesalahan kerajaan yang lalu. Satu kerja apa pun tak buat lagu. pelaburan yang dikatakan mai dari Jepun tu rupanya BN punya kerja. Bukan depa punya. Celaka betoi.

Anonymous said...

depa cakap je pandai buat keja lansung tak tau, yang depa reti ceramah sampai tak mau-mau. Mana dia Ahli Parlimen balik pulau sebelum dapat jawatan bukan main lagi duduk di kampung macam tak mau balik ke kuala lumpur lagi. Orang kampung dia pun dah dok bercakap dia jarang dah balik kampung sebab takut orang dok pi kat pusat khidmat dia minta bantuan. Baru dia ada akai,. Mengaji je pandai tapi buta perut. Tu pun Jangan nak jadi Ahli Parlimen.

Anonymous said...

Itulah komplen, nak kutuk memang kerja yang senang. Bila kena batang hidung sendiri barulah tahu. Barulah nak offer wakil rakyat BN sertai kerajaan negeri. Gentlemanlahh YAB Lim Guan Eng dan YB Mohd Fairus, jangan malu Pakatan Rakyat. Buktikan kepada rakyat, bukan lagi 'bercakap tak serupa bikin' tapi 'bercakap serupa bikin'. Jangan banyak alasan, mengakulah tak boleh dan pembangkang terpaksa guna taktik kotor untuk memenangi hati rakyat. Tipu tak berdosa kata penceramah PAS. Tipu sunat untuk kebaikan parti pembangkang untuk menang PRU12. Mana suara pembangkang kita nak dengar komen mereka pulak?

Tai said...

Ini artikal dari blog saya. harap BN dan Umno dapat ambik tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah yang saya kemukakan di bawah.

Selasa, Jun 03, 2008
mengapa mejoriti besar golongan oku penglihatan menyebelahi pembangkang?


Saya pernah menulis bahawa orang buta mejoriti besarnya menyebelahi pembangkang. Sememangnya ini tidaklah dapat dinafikan sama sekali. Ia adalah realiti yang sebenar.

Orang kata, sesuatu perkara yang berlaku itu, mestilah bersebab. Begitu jugaklah mengapa mejoriti besar orang buta menyebelahi pembangkang dan tidak menyebelahi kerajaan.



Pihak parti pemerintah dikatakan gagal mendekati dengan orang-orang buta. Jika sesuatu menteri atau oraang-orang besar dijemput untuk merasmikan sesuatu majlis anjuran persatuan-persatuan NGO orang buta, mereka selalunya hanya akan menghantar wakil sahaja. Yang dijemput ini lebih berminat menghadiri majlis yang lebih berprestage.



Apabila sesuatu majlis dibuat oleh NGO's oku penglihatan, jarang kita dapat melihat sukarelawan dari parti pemerintah seperti Umno dan parti komponen BN yang lain. yang banyak akan menjadi sukarelawan untuk sesuatu majlis anjuran NGO's oku penglihatan ini ialah mereka dari parti pembangkang. jadi tidak hairanlah parti pembangkang lebih dekat di hati oku penglihatan ini.



Apabila sesuatu permasalahan yang dihadapi oleh oku penglihatan ini didedahkan ke pihak umum, parti pembangkanglah akan menjadi juara untuk menyelesaikan masalah mereka ini. Mana dia parti BN yang melaungkan slogan masyarakat penyayang?



Pihak BN amat jarang berdialog dengan golongan oku penglihatan ini. Apatah lagi bercampur-gaul dengan mereka Perkara ini diambil alih oleh parti pembangkang. jadi, apa nak kata?



Masalah infrastruktur golongan oku penglihatan, masalah pengangkutan dan segala masalah keperluan oku penglihatan yang lain, amat lambat diperhalusi oleh pihak kerajaan. Jadi, tidak hairan kalau parti pembangkang mengambil kesempatan dalam kesemua hal ini.



jadi di sini, ingin saya berseru kepada pihak kerajaan, tolong jangan ketepikan golongan oku khususnya oku penglihatan ini. Jika anda semua inginkan sokongan dari kami semua, dampingilah kami. Janganlah menyisihkan kami.


Dicatat oleh Sedingin Salju di 1:54 PM

Dipetik dari http://www.sedinginsalju.blogspot.com/

Tai said...

memanglah depa pandai cakap. Depa suruh pilih depa untuk turunkan harga minyak konon. mereka tak fikir, kenaikan harga minyak ni adalah global. Bukannya sengaja nak dinaikkan. Sekarang dah dapat jawatan, pasai apa tak mau bincang untuk turunkan harga minyak? jawapan lain pulak.

Sebab mereka tak kuasai parlimen. Oh pulak. macam-macam alasan. Dahlah tak boleh tunai, yang depa dok buat ialah mencari keburukan kerajaan yang lepas. Apa punya cerita ni?

Anonymous said...

Prinsip keramat UMNO

1. Kalau kamu bukan UMNO, walau sepandai atau sebijak mana kamu, jangan harap dapat jawatan yang setaraf.

2. Kalau kamu menentang UMNO, peratus mendapat bantuan adalah tipis.

3. Kalau kamu UMNO, kamu minta satu , kamu dapat 3.

4. Kalau kamu UMNO, walau sementah mana pun kamu, jika kamu angguk pada segala yang dikatakan oleh Ketua kamu, nescaya kamu aman.

5. Kalau kamu bukan UMNO, jasa kamu yang segunung tidak akan diambil kira.

6. Kalau kamu keluar UMNO, kekayaan kamu akan dipersoalkan dan diungkit-ungkit.

Anonymous said...

Prinsip apa tu. Begitulah gaya pembangkang, prinsip parti sendiri terumbang ambing, tahu pula prinsip parti lain. Itulah kelebihan penyokong PR. Dalam kerajaan, naik pangkat tak ditanya pun awak parti mana? Anak-anak sekolah semua dapat bantuan, tak ada pun dalam borang bantuan persekolahan seperti bantuan biasiswa, RMT dan KWAPM bertanya tentang bapa parti apa? Ada anak PAS boleh melanjutkan ke MRSM dan UITM tetapi anak orang UMNO tak dapat kerana tak layak. Pengetua sekolah, pengarah, pegawai-pegawai kanan kerajaan ada yang parti pembangkang, tidak pun didiskriminasi. Gaji dan elaun dapat sama juga dengan orang lain yang menyokong kerajaan. Yang bagusnya, di belakang hentam kerajaan, tapi gaji setiap bulan sapu jugak. Jadi tak payahlah cerita prinsip orang sebenarnya itulah prinsip keramat penulisnya!!

Anonymous said...

Bila saya membaca tulisan Sedingin Salju memang terasa sedih dan kecewa. Mengapa pemimpin BN jadi begini? Memilih bulu! Pembangkang ambil kesempatan atas kelemahan dan kelekaan pemimpin BN sendiri. Kelemahan BN dalam PRU12 mungkin mereka sedar. Nasib OKU sepatutnya diberi perhatian sewajarnya. Keistimewaan dalam apa jua bahagian/bidang. Contohnya bilik air/toilet khas untuk OKU dan tempat letak kereta untuk OKU disediakan oleh pihak PLUS. Laluan naik ke bangunan kerajaan, kemudahan menaiki bas sepatutnya diperluaskan lagi. Saya minta maaf, boleh tak sdr Sedingin Salju beritahu kami bagaimana boleh berbloging, adakah siapa yang membantu?

Anonymous said...

salam semua..tumpang tanya?? ape yg suara perpaduan melayu kat sini?? saya baca macam semua tak berpadu jek..kutuk masing2..

bg saya..selagi kita berpegang pada melayu..mmg kita takkan bersatu..Nabi Muhammad SAW org arab tp tak pernah agungkan arab..yg di agungkan dan digunakan utk menyatukan manusia..ada lah agama Islam..tp bkn islam hadari la...

jadi apa kata kita sama2 bersatu dgn islam...cari islam yang sebenarnya.tau apa yg kita patut cari di dunia..dgr cakap ulamak..dan hormati umarak yg ADIL dan JUJUR shj..insyaAllah kita akan bersatu..

Anonymous said...

Semua pihak berkepentingan nak menegakkan ideologi masing-masing. Prinsip perjuangan dikorbankan kerana ndak kuasa. Perjuangan PAS nak tubuh negara Islam telah hilang timbul pula negara berkebajikan kerana nak kuasa. Dulu dengan orang bukan Islam tak boleh berkawan, hingga pemimpin UMNO dikafirkan. Sekarang ini, DAP yang terang-terang menentang usaha menubuhkan negara Islam pula boleh berkawan dan berpakat pula nak jatuhkan BN. BN tak perjuangkan Islam kerana UMNO dalamnya kafirkaaa. Masjid dan surau ada di mana-mana. Siapa yang betul? Islam Hadhari dikatakan agama baru, siapa kata? Yang ada kepentingan politik, pembangkanglah! Ianya suatu pendekatan sahaja tetapi tidak lari dari asasnya, al-quran dan hadis. Saya sangat sokong jika mahu bersatu. Elaklah tuduh menuduh, fitnah dan hina menghina sesama kita.. itu aje. TK.

Tai said...

Ok, komputer orang buta ini telah dilengkapi dengan satu perisian khas di mana, apabila perisian ini sudah diinstall, maka, komputer akan boleh bercakap dan segala text yang terpapar akan dibaca oleh perisian tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke http://www.freedomscientific.com/

Untuk pengetahuan, sekeping Cakera padat perisian ini boleh mencecah sehingga RM 4000.

Dan, kami memakai versi pirate. Mana nak beli original. Versi pirate ini kami perolehi melalui internet.

Tai said...

Ini bukan masalah tak ada perpaduan. Masalahnya, mereka yang gila kuasa ni, sanggup nak membohongi rakyat yang tak tau apa-apa.

Anonymous said...

setahu aku kat plus dah ada tempat letak kereta dah tandas untuk oku.

Anonymous said...

kerajaan bantu rakyat tak kira sama ada penyokongya atau pun tidak. Subsidi semua orang dapat. Ada kerajaan tanya sapa yang tidak menyokongnya tak boleh dapat subsidi. Celik la sikit jangan yang buruk kita perbesarkan, yang baik kita simpan diam-diam. Dari awal kelahiran kita dah kerajaan jaga sampai kita dewasa. Kerajaan mahu rakyatnya sihat walafiat.Kalu tak tentu kita dah jadi macam indon atau negara-negara yang bersekutu dengan nya. Saya harap kita bolehlah terima kenyataan ini.
sekian wasalam.

Anonymous said...

Yaalah tu. Banyak yang pi kat lain. Komisen juta-juta kepada TPM dan kalau RM5.00 kat polis pun kata coruption. Saya dengar masa kempen PRU baru-baru ini. Macam mana niii!

Anonymous said...

Sepatutnya OKU diberi pembelaan sewajarnya oleh pihak kerajaan hari ini BN ataupun pembangkang. Setakat kini macam mana?

Tai said...

Alahai, pembangkang pun dua kali lima jugak.

Anonymous said...

harga minyak naik...80 poh sen plak tu..haha tu la hangpa pangkah BN UMNO...padan mukaaa..
aritu kata nak naik ogos..tup tup sok dah naik..penipu punya UMNO...bodoh2 kan rakyat..tunggu la hangpa PRU 13..kompom hangpa kalah....insyaAllah

Anonymous said...

Rakyat sekarang pun tak boleh dimanjakan sangat dengan subsidi. BN buat apa pun tak kena. Bagi subsidi, bantuan sekolah, macama-macam bantuan tak tersenarai di sini pun kalah juga. Baru ni % biasiswa kepada bukan bumiputra dinaikkan dari 10% kepada 45% dibantah. Bukankah parti pembangkang terutama Melayu dalam PKR dan PAS bercakap tentang KEADILAN untuk semua kaum. Yang kata kerajaan kurang ajaq tu tak reti dan mungkin bodoh!! Kalau beri perintah negara..punahlah kat org camni. Kenapa MB negeri Pakatan Rakyat tak komen. Kita dengaq noo, depa nak kata apa? Masa tak jadi MB depalahh ketua kumpulan demontrasi. Bila jadi MB barulah cerdik sikit..barulah reti diam. Awat tak diam, dok pening dengan desakan rakyat, peruntukan kewangan, masalah pentadbiran, pengurusan parti macam2 lagi. Minta yang kata kerajaan kurang ajaq tu baca akhbar, kalau tak reti baca ramai kawan boleh tolong baca, jika tak ada TV kat rumah, pi kat kedai kopi, apa berita sebaliknya kenaikan harga minyak petrol dan diesel. Jangan emosional, suruh mengaji pandai2 ponteng sekolah.. itulah jadinya, padan muka dia.

Tai said...

Yalah, siapa bodoh la ni. kalau tak naik, orang negara jiran dok mai beli petrol dan disel. Siapa rugi? Penyeludupan minyak berleluasa. Siapa rugi?

Ada otak, pakai. jangan dok fikir diri sendiri saja. Sampai bila kita nak bergantung pada subsidi? kalau bagi subsidi pun, siapa dapat? Adakah 100% orang miskin dapat?

Ha, undi pembangkang, depa nak turunkan harga minyak. lepas tu, macammana nak bagi subsidi? Mungkin mereka tak sekolah kot. Kenaikan harga minyak ini kan kenaikan global? Akai adakah?

Cuba kita tengok, hatta USA sendiri pun tiada pilihan melainkan menaikkan harga minyak. Apatah lagi kita yang kerdil ini.

Sebelum merungut, guna otak. Tuhan bagi otak untuk digunakan bukan mengumpat dan mengeji.

Dengan kenaikan sekarang, ada buruk dan baik. Yang buruk dah semestinya akan menyusahkan lagi rakyat yang kurang berkemampuan. Tetapi, tuhan mengurniakan otak untuk berfikir.

yang baiknya, orang asing akan berfikir jugak bila nak datang membeli minyak petrol dan disel kat negara kita ni.

Dulu masa harga minyak kat negara kita murah, depa punyalah berduyun-duyun mai beli minyak kat negara kita. Wah banyak cantik depa punya muka. mana boleh macam tu? Subsidi diberi untuk orang malaysia tapi orang negara jiran yang dapat. Mana boleh macam tu?

Jadi sekarang, Umno kena bertindak cepat untuk memberikan penjelasan. Jangan biarkan parti pembangkang yang takdak kerja lain asyik nak putar-belitkan fakta membohongi orang.

Anonymous said...

naik harga minyak depa nampak, pr ni mata buta yang dok tunjuk dalam tv negara-negara jiran lagi teruk depa punya kenaikan. subsidi lain depa tak nampak yang depa dok bawa anak pi cucuk di kelinik kesihatan tu ada ka kena bayaran cuba tengok pi klinik swasta mau 5 60 ringgit. Itu baru satu yang klain tak kira lagi. Apa punya mangkuk tak tauuu. Mana pi pembangkang lawan la supaya harga minyak turun, tok wan depa yang kat USA depa tak mau lawan. Cakap bukan main pandai.

Tai said...

Eh ada o depa lawan. Pagi tadi, Orang PR buat demonstrasi. Ha lagu tulah no? Pandai buat demonstrasi. menghuru-harakan keadaan.

Betul kata Pak Lah, kalau ditangguhkan kenaikan ni, akan banyak spakulasi yang berlaku. Shahril Samad kata bulan Ogos, tapi bila dah bincang, naik hari tu jugak, dia tak boleh kata apalah.

Anonymous said...

bodoh BN....gelabah..tade perancangan lansung..ikut ske ati mak bapak dierg jek..

Anonymous said...

Pak teh dan sedingin salju ni orang kuat UMNO lah ni. Marah sungguh hampa. Aku tak marah hampa kata hampa tu betoi. Depa parti pembangkang tak reti, ada mata buta, mereka tak tengok TV1 atau TV3. Mereka tengok TV lain, TV9. TV8 dll. Mereka tak baca akhbar perdana UM atau BH atau NST dan Star. Mereka baca Harakah sahaja.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"