Sudah jemu kita mendengar berita hasrat hendak bermuzakarah. Tiada pun ada usaha pihak-pihak tertentu untuk merealisasikannya. Apakah UMNO masih bersikap angkuh atau sombongnya tidak mahu bermuzakarah. Apakah benar pihak UMNO tiada kejujuran untuk melaksanakannya? Rakyat Melayu secara majoritinya mahukan orang Melayu bersatu kembali. Perpecahan yang telah berlaku tidak membawa sebarang faedah kepada sesiapa pun. Melayu terus ketinggalan jika terus begini. Apakah perbezaan antara ideologi kepartian tidak memungkin pertemuan untuk mencari perdamaian dan penyatuan Melayu. Apakah PAS dan UMNO tidak membela nasib bangsa Melayu? Apakah orang UMNO tidak Islam? Hanya PAS sahaja Islam? Apakah hanya UMNO sahaja memperjuang nasib bangsa Melayu dan PAS pula tidak demikian? Sebenarnya kedua-dua parti ini mempunyai asas perjuangan yang hampir sama cuma pendekatan sedikit berbeza. PAS asas perjuangan Islamnya, manakala UMNO pula asas perjuangan bangsanya. Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa bangsa Melayu adalah beragama Islam. Ini bermakna, matlamat PAS dan UMNO adalah sama tetapi pendekatannya sedikit berbeza. Tuan Guru Nik Aziz telah dengan jujur menyatakan persetujuan untuk bermuzakarah sebagai respon kepada cadangan Mufti Negeri Perlis baru-baru ini yang mencadangkan supaya diadakan muzakarah antara pemimpin-pemimpin utama orang Melayu demi bangsa dan agama Islam di Malaysia ini.
3 comments:
Saya suka dengan Tok Guru Nik Aziz sebab dia berfikiran agak terbuka dari yang lain. Sebab tu org Kelante sayang dia..
Tok Guru Nik Aziz tu hatinya baik tapi pemimpin UMNO dok kacau, dia tentu marah. Saya juga dok tunggu respon dari pemimpin UMNO. Hidup Melayu di Balik Pulau.
Tok Guru terpaksa akur dengan desakan anak murid! Anak murid kata kalau Tok Guru berdamai dengan org UMNO walaupun org UMNO itu org Islam, kami ramai-ramai keluar parti PAS. Tok Guru pula menambah kerana PAS menang baru ini kerana dapat sokongan semua termasuk org UMNO, Cina dan India jadi perjumpaan dengan pemimpin UMNO dianggap melanggar amanah pengundi-pengundi PAS. Boleh terimakah hujah ini demi perpaduan Melayu dan Islam???? Lu fikirlah sendiri!!!
Post a Comment