Tuesday, June 17, 2008

Boikot Petronas: Melayu Jangan Bodoh!

Orang Melayu jangan jadi bodoh. Orang ramai banyak menerima emel dan juga sms kempen memboikot barangan petronas. Perbuatan memboikot tidak dapat menurunkan harga minyak kerana Petronas bukanlah pembekal minyak yang terbesar di negara ini. Tindakan tersebut akan merugikan orang Melayu sendiri yang kebanyakannya pengusaha-pengusaha stesyen minyak. Yang untung adalah syarikat-syarikat besar seperti Shell dan Esso. CEO Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican telah berkata bahawa Petronas bukanlah pembekal minyak terbesar hanya 800 stesyen di seluruh negara sedangkan Shell melebihi 1200 buah. Orang Melayu jangan jadi bodoh, dan diperbodohkan oleh pihak tertentu. Jangan terlalu emosional dengan kenaikan harga minyak fikiran jadi buntu dan gelabah! Ikut rasa binasa ikut hati mati! Kita mesti rasional dalam menghadapi masalah kenaikan harga minyak. Pengusaha-pengusaha stesyen minyak Petronas adalah orang Melayu kita bukan semuanya orang UMNO, PKR dan PAS pun ada stesyen minyak. Jangan kegilaan kepada parti meruntuhkan ekonomi orang Melayu sendiri. Yang rugi kita orang Melayu. Kekuatan ekonomi tak seperti mana, ada sedikit-sedikit nak dijahanamkan oleh bangsa sendiri. Kuasa politik pun mulai terhakis sikit demi sikit juga kerana perpecahan Melayu sendiri. Janganlah kita lantang berceramah di sana sini, memperburukkan pemimpin Melayu sendiri, kerana yang akan rugi orang Melayu jugak. Takut nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. Menang sorak kampung tergadai. Nasi dah jadi bubur!!!

8 comments:

Anonymous said...

Terima sms ada tapi boikot shell dan lain-lain. Tak ada petronas? Namun begitu, saya juga kecewa jika ada pihak bersetuju utk boikot Petronas. Kita mesti cari siapa dia dalangnya, hukum rejam sampai mati dia!!!

Anonymous said...

Politik Melayu tak cerdik. Memang bodohlahh. Bergaduh sesama sendiri, apa yang dapat. Orang Melayu PP dapat apa? Org Melayu di Sngor dapat apa? Orang Melayu majoriti di Perak dapat exco yang ramai bukan Melayu, kenapa? Bukan nak wujudkan perkauman. Cuma nak bagi Melayu sedaq sikit kerana ramai Melayu bodoh. Rakan kita bukan Melayu semuanya cerdik.

Anonymous said...

PAS dan PKR Melayu nak jatuhkan Melayu UMNO. Burukkan kepimpinan UMNO begitu dahshat sekali. Sebenarnya tidak seburuk yang diceramahkan. Itu strategi parti PAS dan PKR nak jatuhkan UMNO. Kini mereka legalah dapat melemahkan UMNO di PP, Perak, Kedah dan Selangor. Apa PAS dan PKR boleh lakukan untuk orang Melayu setelah menguasai 4 buah negeri lagi?

Anonymous said...

bkn pemimpin2 umno jatuhkan sama sendiri ke...gaduh cam budak2..buduh

Anonymous said...

Budak2 ka pemimpin2 UMNO tu, pasal tu Malaysia naik harga minyak sangat tinggi berbanding dengan negara jiran, pasal budak2 lah jadi PM dan menteri2 jadi begini??? Yang tak budak2 tu pula boleh bercakap kosong saja...

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

semua nak boikot... cina tak ada boikot pun... boikotlah beras, minyak,gula...tu kan tokey cina semua..pembekal cina...


pkrpasdap.blogspot.com

Tai said...

Melayu selalu terkena. Melayu selalu diperbodohkan.

kalau betoi kerajaan sengaja menaikkan harga minyak, buat apa, peminpin memerah otak nak tolong ringankan beban rakyat? ya betul tak mencukupi tapi ada jugak mereka tolong.

Orang lain, asyik tau menggunakan rakyat untuk kepentingan mereka. Buat demonstrasi sana-sini.

Yang banyak joint demonstrasi siapa? Siapa kepala? ila kena tangkap nanti, siapa yang ditangkap? kepala mana pergi? mengapa melayu selalu terkena dan dikenakan? masih tak mau sedak lagi?

Anonymous said...

Masalahnya Melayu tu tidak mahu bersatu. PHD kata orang PERANGAI HASAD DENGKI sangat menebal. Melayu macam kitalah... sapa lagi? Ludah ke langit timpa batng hidung sendiri. Mudah melatah, kena cucuk sudah melenting. Salah orang no.1. Diri sendiri punya salah tak nampak. Nak cerita kelemahan org juga no.1, kelemahan diri sendiri tak mahu ambil tahu. Hai... Melayu..

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"