Seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Teoh Seang Hooi telah mencadangkan supaya semua papan tanda di jalan-jalan utama di negeri ini menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil selain bahasa Melayu. Perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini. Di samping itu, mempermudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam. Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu kemudiannya menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan. Atas desakan ahli MPSP, YDP MPSP akan membawa cadangan tersebut kepada kerajaan negeri.
Komen:
Cadangan menggunakan bahasa Mandarin di papan tanda di jalan utama di Pulau Pinang akan menguji keikhlasan dan keprihatinan kerajaan negeri terutama kepada pengundi-pengundinya. Kenapa cadangan itu tidak dilayan sedangkan semua parti Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan ketiga-tiga bahasa (bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil) terutama di kain-kain rentang baik untuk kempen politik mahu pun untuk tujuan lain. Kerana itulah antara sebabnya pengundi-pengundi semua kaum tertarik dengan Pakatan Rakyat termasuklah parti PAS menggunakan bahasa ibunda Cina dan juga Tamil di kain-kain rentangnya. Selari dengan manifesto parti PAS iaitu "PAS untuk semua". Apakah setelah 50 tahun merdeka, masih terdapat anak Malaysia yang tidak boleh membaca bahasa Malaysia? Masih ada lagikah pelajar-pelajar dari SJKC dan SJKT tidak dapat menguasai bahasa Malaysia semasa persekolahan selama 6 tahun di sekolah rendah? Apakah pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat melihat bahawa peranan bahasa Malaysia sebenarnya tidak berkesan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Oleh itu perlu wujud pelbagai bahasa di papan tanda utama dan mungkin suatu masa nanti syarat menggunakan bahasa Malaysia di papan-papan iklan pula wajar disemak semula dan mungkin dimansuhkan? Kemungkinan besar kerajaan Pakatan Rakyat akan akur dengan cadangan itu bagi melambangkan konsep Malaysian Malaysia yang diamalkan oleh parti DAP.
8 comments:
Ha, inilah dia adik parti PAP. Dan, tahniahlah pada orang melayu yang mengundi PR. Itulah sikap orang melayu, mudah menggadai maruah bangsa dan tanahair.
Adalah amat malang jika sekiranya ianya tidak dibantah. harus diingat, bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah melayu. Mahukah kita menjadi seperti Singapura? Tahukah hampa bahawasanya bahasa kebangsaan Singapura ialah bahasa melayu? Tapi, apa sudah jadi?
Mereka tidak segan untuk memperendahkan apa yang selama ini dipersetujui dan diperjuangkan lebih 50 tahun oleh datuk nenek kita.....iaitu 'ketuanan melayu'-iaitu orang melayu memberi keistimewaan kepada Cina dan India (dan kini merangkumi Indo, bangla, pakistan, myanmar dan Filipina) supaya hidup bersama-sama dan berkongsi dengan orang Melayu. Mereka akan memperolehi kerakyatan dan bebes dalam bidang ekonomi. Mereka tidak dibezakan walaupun seinci dari apa yang orang Melayu perolehi di bumi Malaysia.
Di Indonesia, sehingga kini cina tidak pernah menjadikan bangsa melayu-indo sebagai bangsa yang boleh dibuntuti atau ditendang. Myanmar juga sama. Mereka membenarkan bangsa asing berniaga dan tinggal di negara mereka. Apabila sudah lama tinggal mereka tidak dibenarkan memiliki tanah, menguasai sistam ekonomi jauh sekali politik Myanmar. Pusing semula pasal negara jiran terdekat.
Kita tidak pernah dengar pasal 'ketuanan Indo' tercabar??? Kenapa? walaupun 90 peratus Cina menguasai ekonomi Indonesia, tiada kedengaran pasal ketuanan rakyat walaupun negara mereka adalah REPUBLIK di mana Presiden menjadi tonggak ketuanan dan keutuhan bangsa bukannya Raja, Agung atau Sultan? Sebabnya, ada agen-agen bayangan yahudi dan 'penjilat buntut' dari kalangan orang Melayu yang tidak mahu melihat Melayu menjadi tuan dan dihormati oleh orang Cina dan India.
jumpa abe MIE lagi di
pkrpasdap.blogspot.com
Boleh percayakah cerita DSAI liwat bagi kali kedua. Dulu kata Tun Mahathir ada konspirasi nak jatuhkan dia. Kali ini adakah Pak Lah pulak nak buat begitu jugak?? Rakyat jadi peninglahhh....
salam..
kalau tidak mahu diaibkan, jangan kita mengaibkan orang, dalam kata mudah kalau kita tidak mahu dihina, jangan kita menghina orang.
Pasal anwar, kenapa dia tidak membuat pengakuan sendiri dengan mewakili Sivarasa dan Azizah??
Sanggupkah dia bersumpah?
Tu lah. jangan buat hal, suruh SAPP hentam BN, suruh bapa altantuya kaitkan dengan Najib dan suruh Mat Salleh bersumpah yang rosmah-kj terbabait dalam kes pembunuhan altantuya sehinggakan kita semua hampir mempercayainya.
kata pepatah melayu 'buat baik dibalas dengan baik'...
pkrpasdap.blogspot.com
Bagitau kat depa sokong lagi Dap, mana pi pkr dan pas kenapa tak halang perkara yang sedemikian. Lama-lama habis lah kawasan di pulau pinang di penuhi oleh papan tanda yang di tulis dengan bahasa inda dan mandrin. DSAI ni memang taik balas jubuq tu pun depa dok agong2kan pemimpin yang macam ni. Wahai wan azizah mengaku la jangan dok berselindung kerana enkau tahu apa yang dsai lakukan.
Ini adalah bala daripada tuhan kepada DSAI. Masa dia buat konspirasi kat orang, hina orang tu, kutuk orang ni, wah, bukan main gah, bukan main bangga.
Tetapi, apabila bala sudah menimpa beliau, kenapa begitu mudah menuding jari pada pihak lain? Sebelum menuding jari pada pihak lain, fikir-fikirlah dahulu apa hang dah buat kat orang sebelum ini. Inikah yang islam ajar? Balasan dari tuhan adalah cepat. Sekarang, taulah hang, langit tu, tinggi atau rendah.
yang best tu, bila dah kena bala, dia jadi pengecut pulak. Tak berani nak nafikan sendiri. Kenapa mesti guna orang kedua dan ketiga? Dan, kenapa mesti berlindung di kedutaan Turki? kalau ada ancaman bunuh, mengapa tak buat laporan polis?
Pengajaran dari semua ini, jangan suka menganiaya orang. Inilah padahnya.
DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,DSAI taik pungkoq,
Post a Comment