Dengan penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP), kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM13.7 bilion. Penjimatan sebanyak itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion). Subsidi tetap diberikan kepada rakyat tetapi dalam bentuk yang lebih baik. Sebelum ini kerajaan telah rugi berbilion ringgit kerana kegiatan penyeludupan dan penyelewengan subsidi minyak oleh pihak-pihak tertentu. Tangkapan demi tangkapan, melalui jalan laut, dari bot kecil sehinggalah kapal kargo, melalui jalan darat dari kereta hingga lori kentena, kegiatan penyeludupan petrol dan diesel terus berlaku. Yang terlepas dari perhatian pihak berkuasa, entah berapa banyaknya. Subsidi yang sepatutnya kepada rakyat Malaysia telah dirampas oleh rakyat negara lain. Bila harga minyak di pasaran dalam negara telah dinaikkan, sudah pasti kegiatan penyeludupan dan penyelewengan subsidi minyak tidak akan berlaku lagi. Kerajaan dapat mengatasi bocoran dalam pemberian subdisi kepada rakyatnya sendiri.
Walaupun kerajaan menaikkan harga minyak, subsidi terus diberikan dalam bentuk yang lain bagi meringankan beban rakyat. Misalnya bayaran tunai itu akan diberi apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan, berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac tahun depan. Pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin melebihi 2000cc pula akan menikmati pengurangan cukai jalan sebanyak RM200, manakala pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin lebih 250cc sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.
Tindakan kerajaan yang tidak popular ini terpaksa dilakukan setelah kenaikan harga petrol dipasaran dunia telah mencecah US$130 setong. Tiada kerajaan di dunia ini mampu mengekang kenaikan harga minyak. Sepatutnya kita memahami dan bersyukur kerana kerajaan masih dapat memberi subsidi untuk membantu rakyat walaupun terpaksa menaikkan harga minyak. Sebagai rakyat dan pengguna yang rasional kita perlu mengubah sedikit gaya hidup harian kita. Langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan harian perlu dilakukan memandangkan kenaikan harga barangan dan minyak telah berlaku. Gunakan kenderaan lebih menjimatkan untuk ke tempat kerja atau bersiar-siar. Gunakan lampu pada masa dan ruang yang diperlukan sahaja. Berbelanja bagi barangan yang diperlukan dan merancanglah sebelum membeli supaya tidak berlaku pembaziran. Mungkin ada hikmah disebalik berlakunya kenaikan harga minyak. Sudah lama kita selesa dengan harga minyak lebih murah dari harga negara lain. Kita sepatutnya rasional dan bukan emosional menghadapi situasi ini. Sama-samalah kita membantu kerajaan dengan cara kita berbelanja dan mengambil langkah berjimat cermat dengan mengubah sedikit gaya hidup kita seharian.
6 comments:
Ramai rakyat kita emosional. Fikir untuk kepentingan diri semata-mata.
cuba lihat harga minyak indonesia rm2.07per litre.FIKIRKANLAH..
Kenaikan harga barang sekarang bukan berpunca daripada kerajaan sahaja tetapi kesan kenaikan harga minyak dunia. Sekarangpun Malaysia memberi subsidi RM56 bilion setahun untuk menstabilkan harga barang keperluan . Subsidi seperti ini tidak berlaku di negara-negara lain. Walaupun Indonesia lebih rendah, apa subsidi dan bantuan diberikan oleh kerajaan Indonesia kepada rakyatnya yang miskin. Cuba lah sdr yang bandingkan dengan harga petrol Indonesia tinggal di sana. Baru lu sedaq nanti.
Oh, harga petrol Indon rendah. Apa kerajaan bagi subsidi kat depa?
orang malaysia ni sebenarnya, tak sedak dek untung. Dah bagi betis, nak paha. Semua kena subsidi punya. Beras pun la ni dah subsidi.
Fikir-fikirkan kat negara lain. mereka pun tak kenal subsidi yang begitu banyak.
Saya berpandangan bahawa harga minyak dunia telahpun naik sebanyak 400% sejak tahun 2000. tapi permasalahnya sekarang keputusan Kerajaan pimpinan Pak Lah mengumumkan kenaikan harga yang begitu drastik tertinggi dalam sejarah Malaysia tanpa sebarang amaran kepada rakyat. Keputusan Pak Lah adalah tidak konsisten dalam menyelesaikan isu kenaikan harga minyak ini. Sekejab melarang kenderaan yang berpendaftara asing membeli minyak 50 km radius dari pos sempadan, secara tiba-tiba menaikkan harga minyak sebanyak 78sen/liter dan taribalik larangan menjual minyak kepada kereta pendaftaran asing.Baru2 ini beliau membuat kenyataan jangan membuat spekulasi tentang kenaikan harag minyak tetapi besoknya membuat keputusan menaikannya pula. Cakap tak serupa bikin.Saya rasa seorang yang bernama Pendana Menteri yang berwibawa tidak akan membuat keputusan yang sebegini rupa.Pada pandangan rakyat kecik seperti saya ini dalam keadaan yang mana kestabilan politik yang tidak menentu,kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, keluhan-keluahan rakyat bawahan yang berpendatan rendah dan sederhana ini perlu dimbilkira dan dijadikan panduan dalam apajua keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat. bagi Perdana Menteri, menteri2 kabinet, ahli2 Parlimen dan juga wakil2 rakyat bagi mereka kenaikan ini boleh diterima disebabkan pendapatan mereka yang tinggi. Kebanyakan perbelenjaan mereka ditanggung oleh kerjaaan, semua boleh claim. Tetapi bagaimana pula rakyat bahawah ini untuk menghadapinya, sudah pasti harga barangan keperluan lain dan makanan yang turut meningkat naik dengan berlipat kali ganda. Bagaiman untuk semua rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana ini untuk menghadapinya?
Bagi saya kenaikan harga minyak ini perlukan dibuat perancangan yang teliti, mungkin sedikit demi sedikt supaya rakyat lebih bersedia menghadapinya. Kerjaan memcadangkan supaya rakyat mengelakkan pembaziran. membuat perbelanjaan berhemah dll. Dengan yang demikian saya mencadangkan agar saranan tersebut dimulakn dengan para pembuat keputusan ini iaitu memotong 50% elaun Perdana Menteri, Timbalan Perdana menteri, Menteri2 KIabinet supaya ini akan menjadi contoh kepada semua rakyat iaitu Pemimpin yang berjiwa rakyat bukan Pempimpin yang mendera rakyat.
aku sokong ulasan2 pakcik...sama ngan pandangan aku...
Peningkatan sebanyak 40 peratus tidak memberi apa-apa kesan kepada para menteri yang menggunakan segala kemudahan yang disediakan hasil daripada duit rakyat. Para menteri waima untuk tujuan ke padang golf sekalipun mereka menggunakan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat.
Kepada rakyat yang mengundi Barisan Nasional, kamu semua wajib berterima kasih kepada Abdullah Badawi atas 'keberaniannya' menaikkan harga bahan api tersebut.
Post a Comment