Monday, June 23, 2008

Putera-Putera Raja Melahirkan Kebimbangan Perpecahan Melayu


Raja Muda Perak dalam titah ucapannya pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam menegaskan bahawa baginda tidak mahu melihat orang Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri. Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu. Sementara itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pula telah melahirkan kebimbangan terhadap perpecahan di kalangan orang Melayu kerana ia boleh mendatangkan kesan yang merugikan masa depan kaum itu. Baginda bertitah, apabila orang Melayu tidak bersatu, mereka seolah-olah menyerah dan melepaskan kuasa yang ada dan akhirnya boleh mengakibatkan bukan sahaja orang Melayu tidak relevan malah agama Islam juga terpinggir.
Sehubungan itu, Tengku Mahkota menyarankan agar perpaduan Melayu digerak dan diusahakan tanpa berlandaskan sebarang fahaman atau ideologi politik. Dalam masa yang sama, baginda berharap, institusi raja Melayu tidak seharusnya dianggap musuh oleh pihak tertentu di negara ini sebaliknya perlu mempunyai semangat 'wujud bersama' bagi menjamin kesejahteraan dan kedaulatan negara.
Bila putera-putera Raja bertitah melahirkan kebimbangan, sewajarnyalah semua pemimpin-pemimpin Melayu sedar, tidak kira fahaman ideologi politik, perlu bangun dan bersatu untuk membela nasib bangsa sendiri. Pemimpin besar dalam UMNO dan PAS sepatutnya duduk semeja membincangkan ke arah penyatuan Melayu. Melayu UMNO dan PAS sebenarnya dapat bersatu dengan mudah kerana bezanya hanya dari segi ideologi kepartian sahaja. Mengapa kerana ketaksuban kepartian hingga Melayu merana dan menderita di tanah air sendiri. Mengapa dengan parti bukan Melayu yang terang-terang menentang penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, boleh dijadikan kawan. Tidakkah pemimpin-pemimpin Melayu ini merasa berdosa kerana memusuhi sesama sendiri, menghina, mencerca dan cuba jatuh menjatuhkan sesama sendiri. Yang rugi adalah orang Melayu dan sekali gus agama Islam di Malaysia tidak dihormati lagi oleh rakan-rakan kita yang lain. Tidak perlu lagi kita salah menyalahi dan tuduh menuduh antara satu sama lain. UMNO perlu diperbetulkan. PAS pula jangan merasai sombong dengan pertambahan kerusi di Parlimen dan DUN melalui PRU12 baru-baru ini. Bukan semata-mata kerana pengundi menyokong PAS tetapi banyak faktor-faktor luaran lain yang membantu kemenangan calon PAS. UMNO menghadapi banyak kemerosotan undi sokongan oleh kaum lain. Tetapi masih kuat berbanding dengan komponen lain dalam BN dari Gerakan, MIC dan MCA yang mengalami kekalahan teruk. Sebenarnya UMNO masih kuat dan PAS semakin kuat. Walau bagaimanapun kuasa Melayu sebenarnya telah hampir lenyap walaupun PAS wujud dalam kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Perjuangan PAS pun sudah tidak konsisten lagi kerana tiupan angin semangat Pakatan Rakyat yang begitu kuat. Fikirlah kawan-kawan yang cintakan perpaduan Melayu.

12 comments:

Anonymous said...

Semua berdegil. Nak tunjuk kekuatan masing2. Serupalah UMNO ataupun PAS. PAS dulu betul, tapi sejak ada dalam Pakatan Rakyat, semakin tawar hati. Hilang bisa! PKR bukan parti Melayu. DSAI cuma syok sendiri aje! Dia nak jadi PM, apa pun dia boleh buat. Jangan kira dengan dia. Pemimpin yang pandai bercakap!

Tai said...

Yalah, semua ketegak. Pas dah lain macam. Apa nak jadi?

Anonymous said...

UMNO kata dia betoi. PAS pun kata dia lagi betoi. Org lain semua tak betoi. Dia saja yang betoi. Siapa yang betoi. Tak ada siapa yang betoi. Melainkan PKR yang betoi!!!!

Anonymous said...

satu lg pembaziran umno akan muncul...sekretariat wanita islam..yg di pengerusikan oleh DS SHAHRIZAT rambut karat...
ape nak jd la UMNO...rambut tak tutup nak perjuang kan ISLAM..poorahh mabuk...budusss

Tai said...

Adakah rambut tidak bertutup itu boleh dianggap bukan islam? Adakah rambut bertutup itu alim? Ustazah? Ustaz? Kadang-kadang, orang yang rambutnya bertutup itu, lebih dahsyat perangainya daripada orang yang rambutnya tidak bertutup.

Anonymous said...

tp perkara sekecil seperti menutup rambut pun tak buleh buat..camana dia nak perjuangkan perkara2 yg lebih besar...dosa2 kecil yg hari2 dibuat..lama2 akan jd dosa besar..

Anonymous said...

Nak cari kesalahan org memang mudah sekali. Kata pepatah Melayu, hati kuman di seberang nampak! Cakap perlu jaga. Fitnah berleluasa atau seperti mainan saja. Saya pernah dengar Ustadz Politik PAS berceramah, sambil gelak berdekah2 sambil menghina pemimpin lain dan disebutnya dengan nama sekali. Macamlah pemimpin Melayu langsung tak reti agama, hukum haram dan halal. Itulah dosa fitnah paling besar dosanya lebih2 lagi terkeluar dari mulut seorg bergelar ustadz! Maaf ya bukan semua Ustadz PAS begitu.

Anonymous said...

PAS suka cakap pasal rambut, gincu, tumit tinggi. Semuakah pemimpin UMNO begitu? Nak tahu perangai org PAS di tempat saya lebih teruk lagi pun ada. Penyokong kuat PAS tp tak pernah jd ahli UMNO krn dia tak suka bermasyarakat. Maaflah ke masjid atau surau tak pernah nampak!!!Selepas PRU12 ni harap tu adalah pemimpin PAS tarbiahlah sikit mudah-mudahan berubah sikap. Dok macam tu jugak! Banyak penyokong2 pembangkang yang kecewa dalam hidup. Tak dapat subsidi, bantuan, anak minta U tak dapat, kedai kena roboh, minta rumah PPRT tak dapat,mohon permit tak boleh, anak tak dapat biasiswa, dan sebagainya menadi penyokong PAS dan PKR. Pakatan Rakyat boleh beri semua kata mereka. Memeng boleh pun. Demontrasi jalanan pun boleh dalam pentadbiran kerajaan PR.

Anonymous said...

*PAS suka cakap pasal rambut, gincu, tumit tinggi. Semuakah pemimpin UMNO begitu?*

mmg la seme camtu..sapa contoh yg baik..?? bini paklah hadari pun camtu..nak harapkan dr masitah jek la buleh jd contoh..hahaha lawak la korg

Tai said...

Itulah, nak kata orang, senang. Diri sendiri, tak tau lagi.

Ni tiba-tiba buat peraturan baru oleh MPKB. Bolehkah nak elak masalah sosial?

Anonymous said...

Dengan kawal pemakaian gincu dan tumit tinggi dapat elak dari berlakunya sumbang mahram dan gejala sosial. Sebab tulah mana ada gadis yang pakai tudung buat maksiat? Mana ada pompuan tumit tinggi yang baik perangainya? Inilah pendekatan kerajaan PAS. Tak perlu hapus lesen judi dan jual minuman keras. Cara MPKB boleh membentuk rakyat Kelantan yang baik dan taat kpd perintah Allah. Tengoklah tak akan ada lagi kes khalwat, zina, rogol di negeri Kelantan pada masa akan datang!

Anonymous said...

Betoi kah!!! Dah 25 tahun PAS memerintah Kelantan dok macam tu jugak. Kesian kat Tok Guru, dia tak akan letak jawatan selagi negeri Kelantan tidak maju. Kalau Tok guru tak ade, tak tahulah apa yang berlaku di Kelantan.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"