Semakin ramai pemimpin PKR akan menjadi ahli UMNO. Pemimpin-pemimpin kanan PKR telah menyatakan pendirian mereka secara ikhlas untuk kembali kepada UMNO. Kebanyakan mereka adalah orang kuat DS Anwar Ibrahim. Selepas kemasukan Sdr Ezam kepada UMNO, lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR akan mengikuti jejaknya. Mengapa peralihan ini berlaku?
Penyokong-penyokong dan ahli-ahli PKR khususnya orang-orang Melayu sepatutnya sudah lama menyedari bahawa PKR adalah sebuah parti yang 'hidup' atas prinsip perjuangan yang tidak jelas dan konsisten. Prinsip yang boleh berubah-ubah mengikut situasi dan isu semasa. Parti pelbagai kaum yang perjuangannya untuk semua. Tidak sebenar-benarnya berjuang untuk orang Melayu semata-mata dan juga bukan untuk orang Cina serta India. Bijak memainkan isu terutama menjelang pilihanraya yang lalu. Perhimpunan 'BERSIH' dan HINDRAF yang hampir menggugat keselamatan negara sebaliknya mendapat simpati sebahagian rakyat. PKR dengan sokongan PAS dan DAP mendapat kejayaan besar dalam PRU12 yang lalu.
Sebenarnya pembangkang berjaya memanupulasi isu sehingga pemimpin UMNO dapat digambarkan sebagai pemimpin yang jijik, tidak islamik, korupsi, kronisme, kejam dan sebagainya. Tuduhan yang tidak berasas dan fitnah terhadap UMNO dan pemimpin UMNO seperti perkara biasa kepada penceramah-penceramah dari parti pembangkang termasuklah PAS. Di atas mimbar masjid dan surau, kadang-kadang tergamak mereka ini menjadikannya sebagai pentas politik. Kuliah maghrib di surau-surau bertukar menjadi kuliah politik. Ustadz-ustadz PAS tidak segan dan takut kerana mereka yakin bahawa apa yang mereka berkata itu adalah benar. Ruangan ini akan mendedahkan banyak kesilapan pemimpin PAS dan PKR insyaallah. Tunggu!!
Saturday, May 31, 2008
Friday, May 30, 2008
UMNO Bahagian Balik Pulau perlu bangun!!!

UMNO Bahagian Balik Pulau sepatutnya sudah ada perancangan untuk mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang-orang Melayu kepada UMNO. Biro Penerangan UMNO Bahagian Balik Pulau perlu bekerja lebih kuat. Mengambil peluang terbaik hasil kemasukan semula Ezam dan rakan-rakan bekas pemimpin muda PKR ke dalam UMNO. Jangan bersama dengan parti UMNO ketika UMNO di puncak kuasa tetapi selepas mengalami kekalahan yang agak teruk dalam PRU12 yang lalu, semua lepas tangan. Masing-masing membawa jalan sendiri. UMNO Balik Pulau adalah parti pembangkang di Pulau Pinang. Bekerjalah untuk parti UMNO seperti PAS dan PKR semasa jadi pembangkang sebelum ini. Adakan ceramah-ceramah secara berkala dengan penampilan penceramah-penceramah yang hebat seperti bekas-bekas pemimpin PAS dan PKR. Rata-rata orang Melayu dan UMNO di Balik Pulau bertanya sana sini, pemimpin UMNO dan juga wakil rakyat BN walaupun menang tetapi tidak sehebat seperti dulu lagi. Mungkin UMNO Balik Pulau menuju zaman kemalapan! Mungkin perlu perubahan dalam kepimpinan parti!
Ahli-ahli UMNO dan orang Melayu di Balik Pulau masih menaruh keyakinan kepada UMNO. Lebih-lebih lagi kemasukan Ezam dan rakan-rakannya ke dalam UMNO merupakan suatu aset bernilai kepada UMNO. Tidak perlu kita mempertikaikan keikhlasan mereka kerana mereka telah masak dengan sepak teranjang politik baik semasa dalam UMNO mahu pun semasa dalam PKR. Keputusan meninggalkan PKR dan tidak menyertai parti pembangkang yang lain sebaliknya memilih UMNO suatu perkembangan positif ketika ini. Sebenarnya parti pembangkang seperti PAS dan PKR cepat dan bijak mengambil kesempatan jika berlaku sebaliknya. UMNO tidak sedemikian hanya sekadar ulasan TV dan akhbar untuk sehari dua sahaja. Mungkin pemimpin UMNO masih merasa UMNO akan mendapat sokongan kuat dari orang-orang Melayu. Tidak perlu diheboh-hebohkan. Dan ramai pemimpin UMNO menganggap masuk dan keluar parti itu perkara biasa seperti keluarnya Tun Mahathir dari UMNO.
Thursday, May 29, 2008
Roadshow Ezam dan rakan, PKR ke ambang kehancuran

Kemasukan Ezam dan rakan-rakannya yang kebanyakan pemimpin muda PKR ke dalam UMNO telah memberi satu tamparan hebat kepada PKR hari ini. Bekas Setiausaha DSAI, bekas Ketua Pemuda PKR, bekas Ketua Pemuda PKR Negeri dan sebagainya telah tidak yakin dengan perjuangan PKR. Mereka telah membuat keputusan untuk kembali semula kepada UMNO. Mereka banyak pengalaman pahit dan manis serta sepak teranjang politik baik semasa dalam UMNO mahu pun semasa dalam PKR. Pengalaman mereka ini telah digunakan sepenuhnya untuk menilai dan membuat perbandingan secara jujur dan ikhlas. Akhirnya mereka bersetuju menyatakan bahawa UMNO adalah wadah perjuangan yang cukup jelas dan konsisten. Parti pembangkang termasuklah PKR yang sebenarnya memainkan isu perkauman. Mereka mengatakan bahawa DSAI akan bercakap lain dengan bangsa Cina dan lain pula dengan bangsa Melayu. Oleh itu mereka rela keluar meninggalkan PKR walaupun mereka mengetahui bahawa PKR sedang berada di puncak kuasa ketika ini. Harap Ezam dan rakan-rakan dapat menjelajahi seluruh Malaysia termasuk di Balik Pulau untuk menyedarkan orang Melayu terutamanya supaya kembali bersatu di bawah parti keramat UMNO.
Keluhan dan Rintihan Penyokong PAS
Nama pena sebagai Jamliah dari Kuala Lumpur. Melalui ruangan Forum Utusan Malaysia pada 29 Mei 2008, beliau telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah membuat kenyataan dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 Mei 2008 yang berbunyi, "Tidak pernah berjanji akan menjadikan Malaysia negara Islam, tidak berjanji akan menutup tempat-tempat maksiat; kilang arak dan pusat hiburan".
Jika prinsip perjuangan PAS telah ditukarkan demi Pakatan Rakyat, maka tahniah DAP dan Parti Keadilan Rakyat(PKR) terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dan rakan-rakan dalam jemaah semasa di universiti dahulu merasa tertipu. Pemimpin-pemimpin PAS dalam kaset-kaset yang diedarkan menyatakan bahawa UMNO taghut dan sekular kerana tidak menegakkan daulah Islamiah. Masih-masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata,"Undi UMNO bermakna menolak PAS. Menolak PAS bermakna menolak negara Islam. Maka tidak akan masuk syurga sesiapa yang menolak negara Islam". Ramailah anak muda terpengaruh semasa itu sehingga menimbulkan ketegangan dalam keluarga kerana krisis fahaman politik yang berbeza. Ujar beliau lagi, apakah rakyat Malaysia sudah lupa ketaksuban politik PAS terhadap UMNO pada tahun-tahun 70-an dan 80-an dahulu sehingga menimbulkan isu kafir mengkafir. Beliau dan rakan-rakan mahu penjelasan PAS mengapa bersekongkol dengan DAP, ekstremis kaum Cina dan PKR, gabungan Parti Sosialis dan Keadilan yang memperjuangkan supaya Anwar menjadi Perdana Menteri.
Begitulah petikan sebahagian keluhan dan rintihan Jamliah yang mewakili rakan-rakannya yang mungkin penyokong kuat PAS ketika ini. Sebenarnya perjuangan PAS menjadi semakin kabur sejak berada dalam Pakatan Rakyat. PAS cuba menjadi juara kepada kaum bukan Melayu. Menyokong kerajaan Selangor dalam isu ladang ternakan babi. Calon bukan Islam telah diletakkan sebagai calon PAS dalam PRU12 yang lalu. Berdiam diri dalam isu Karpal mempertikaikan hak Sultan Perak. Pemimpin DAP sentiasa memainkan isu ketuanan Melayu, hanya pemimpin UMNO sahaja bersuara membantah tetapi di mana suara-suara Melayu PAS dan PKR? Alasan mereka berdiam kerana perjuangan mereka berasaskan Islam bukan perjuangan sempit yang berbau perkauman seperti UMNO. Oleh kerana perjuangan Islamlah, maka negeri Selangor telah mengharamkan aktiviti Islam Hadhari di masjid dan surau dan langkah itu akan diikuti oleh negeri Perak. Apakah prinsip-prinsip dalam Islam Hadhari itu bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis. Berdosakah rakyat yang mengikuti pendekatan Islam Hadhari? Sebenarnya pemimpin PAS cuba mengelirukan rakyat. Hanya kerana Islam Hadhari itu diperkenalkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah Presiden UMNO. Sebaliknya pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan cadangan projek ternak babi besar-besaran kerana datangnya dari rakan DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Perjuangan PAS semakin kabur dan mungkin tenggelam sedikit demi sedikit dalam ideologi PR yang didominasikan oleh PKR dan DAP.
Wednesday, May 28, 2008
Sdr Mohamed Ezam Memilih UMNO


Banyak persoalannya yang bermain difikiran penyokong-penyokong UMNO lebih-lebih lagi penyokong PKR. Mengapa Ezam tidak memilih PKR? Sebaliknya ia memilih untuk bersama UMNO.
Tentulah Sdr Ezam mempunyai sebab-sebab tertentu kenapa beliau tidak memilih PKR sedangkan beliau boleh kata tidak ada konflik dengan kepimpinan PKR. Selaku orang kanan DSAI dan bekas pemimpin kanan PKR sepatutnya beliau menyertai PKR. Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia dari BN tidak lama lagi. Tidakkah Sdr Ezam berminat dengan kenyataan itu? Biasanya pemimpin yang penting diri sendiri akan memilih PR yang telah menguasai 5 buah negeri.
Sebenarnya sdr Ezam pernah berada dalam UMNO dan PKR. Kemasukannya semula dalam UMNO tidak dinafikan akan menjejaskan imej PKR. Selaku pemimpin, sudah pasti dia mempunyai pengikutnya sendiri. Dan diyakini akan lebih ramai lagi rakan-rakan seperjuangannya akan mengikuti jejak Sdr Ezam. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya PKR perlu berfikir kenapa Sdr Ezam tidak menyertai PR, jika tidak menyertai PKR, beliau boleh menyertai PAS. Beliau lebih yakin dengan perjuangan UMNO dan tertarik dengan perubahan dasar kerajaan di bawah pentadbiran PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam memerangi rasuah dan sistem kehakiman. Sama-samalah kita tunggu berita kemasukan bekas ahli dan pemimpin PKR ke dalam UMNO tidak lama lagi melalui usaha Sdr Ezam.
Konsep Islam Hadhari Dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, kerajaan campuran Selangor mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari di negeri tersebut. Menurut Hassan, konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor memandangkan ajaran Islam yang diamalkan di seluruh negara sudah pun lengkap dan meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia.
Datuk Dr. Hassan telah politikkan Islam Hadhari. Bukannya dia tak reti. Dia tidak bodoh. Datuk Dr Hassan yang pandai berbicara. Tetapi kerana lahirnya Islam Hadhari dari pemimpin Islam UMNO maka dia tidak mahu terima. Adakah prinsip-prinsip Islam Hadhari itu bertentangan dengan al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w? Datuk Hassan mahu rakyat Islam dan bukan Islam keliru dengan Islam Hadhari. Dia mahu rakyat menerima Islam PAS yang mengharamkan Islam Hadhari sebaliknya tidak mengharamkan ternakan babi dan kedai arak. Dalam kempen pilihanraya yang lalu, PAS berjanji akan tutup semua bentuk aktiviti yang haram, tetapi kenapa tidak melaksanakannya? Kenapa pulak konsep Islam Hadhari yang diharamkan?
Monday, May 26, 2008
Dato Dr. Noraesah Tidak Akan Bertanding di Bahagian Balik Pulau!!

Dengar-dengar cakap, beliau akan mempertahankan kedudukannya dalam MT dan tidak akan bertanding dengan mana-mana jawatan tertinggi di peringkat Bahagian Balik Pulau. Mungkin beliau tidak mahu mengganggu kawan-kawan yang telah lama berada dalam UMNO Balik Pulau. Ataupun beliau bimbang jika beliau kalah mungkin akan menjejaskan reputasinya dan kedudukannya dalam MT juga boleh tersasar! Dato' Dr. Noraesah bolehlah buat apa yang patut untuk membantu orang Melayu khususnya Wanita UMNO di Balik Pulau. Belum tiba masanya untuk bertanding di bahagian Balik Pulau. Jangan lupa! bekas ahli Parlimen Balik Pulau, Dr. Nungsari pernah kalah dengan DS Dr Hilmi!
Sunday, May 25, 2008
Hentikan Kritik Tun Mahathir

Beliau menyarankan supaya ada usaha untuk memujuk Tun Dr Mahathir supaya kembali menyertai UMNO dan mengadakan perbincangan dengan anggota parti bagi menyelesaikan isu itu dengan baik. Ramai yang akan menyokong cadangan MB Perlis. Tetapi TPM, DS Najib telah berjanji akan berjumpa dengan Tun Dr Mahathir tetapi bukan dalam tempoh masa terdekat ini.
Inilah antara kesilapan pemimpin UMNO. Perkara untuk kebaikan selalu mengambil masa. Seolah-olah tidak penting! Tidak perlu tergesa-gesa mungkin lebih sibuk dengan urusan lain yang lebih penting. Jangan pisang berbuah dua kali. Masih kah kau ingat! PM sendiri setelah ditemuramah oleh pihak media tentang kekalutan perlantikan MB Terangganu dulu. PM kata yang beliau akan jumpa YDPA dalam minggu ini. Dan selepas seminggu kemudian, sekali lagi dalam suatu temuramah oleh pihak media dan sekali lagi PM menyatakan bahawa beliau akan berjumpa YDPA dalam masa terdekat ini. Akhirnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, dilantik menteri besar baru Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Inilah akibatnya kita menunggu dan mengambil masa atau tempoh yang agak lama.
Walau bagaimanapun, MB Perlis berharap Dr. Mahathir akan kembali berpegang kepada asas iaitu mendahulukan kepentingan parti melebihi kepentingan individu sambil berharap agar bekas Perdana Menteri itu akan ingat terhadap janjinya yang tidak akan menentang Presiden UMNO ketika melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu.
Ketua Pemuda Cabar Ketua UMNO Bahagian?

Setakat ini kebanyakan ahli-ahli UMNO sudah tahu hal ini tetapi sedang menunggu respon DS Dr Hilmi. Apakah DS Dr Hilmi mahu mempertahankan jawatan itu atau memberi laluan kepada Ketua Pemuda atau individu lain yang difikirkannya lebih sesuai. Tunggu dan lihat!!!!
Ezam Nak Sertai UMNO Dah Jadi Isu!!!

Thursday, May 22, 2008
Tun Tidak Wajar Keluar UMNO

Monday, May 19, 2008
Tun Mahathir Keluar UMNO




Sunday, May 18, 2008
Hina Raja - Pemuda Pakatan Rakyat mahu Abdullah Badawi didakwa



Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP telah membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi supaya pihak polis membuat siasatan ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh mahu disiasat.
Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP, Anthony Lok dalam sidang Medianya menegaskan bahawa pihak polis perlu adil dan telus dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu sebelum ini sehingga menuduh Yang DiPertuan Agong sebagai tidak mematuhi perlembagaan.
Pergerakan Pemuda PR menyamakan isu Karpal dengan PM. Kes PM berkaitan perlantikan MB di Terengganu dan Perlis. PM akhirnya akur dengan kehendak Raja dan YDPA dan tiada kenyataan lagi dikeluarkan selepas itu. Tidak sama dengan kes Karpal, Pengerusi DAP. YB Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Karpal terus berdegil dan angkuh, masih mempertahankan pendiriannya yang dirinya tidak bersalah. NGOs dan pemimpin BN serta pemimpin pembangkang ada mencadangkan supaya YB Karpal memohon maaf kepada Sultan Perak tetapi YB Karpal sombong mengatakan beliau tidak bersalah dalam hal ini.
Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, terdiri dari Pas, PKR dan DAP janganlah politikkan isu Karpal ini. Semua rakyat hingga budak sekolah pun dah kenal dengan Karpal. Selain beliau dikenali sebagai peguam terkenal dan beliau jugalah pemimpin yang menentang habis-habisan penubuhan negara Islam. Tak mungkin Ketua Pemuda PAS dan PKR dah lupa!! Tetapi kerana nak jaga hati DAP dalam Pakatan Rakyat, mahu tak mahu kenalah bersatu membela nasib YB Karpal. YB Karpal mesti diselamatkan dengan membuat laporan polis terhadap PM. Dalam isu ini, rakyat semakin nampak bahawa PAS dan PKR telah diperkudakan oleh DAP. Orang Melayu sudah pun memahami bahawa selama ini PAS dan DAP dibawah telunjuk ajar parti DAP. Bersama-samalah kita menunggu episod seterusnya bagaimana pakatan PAS, DAP dan PKR dikatakan parti dan kerajaan yang membela rakyat!!!!!
Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP, Anthony Lok dalam sidang Medianya menegaskan bahawa pihak polis perlu adil dan telus dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu sebelum ini sehingga menuduh Yang DiPertuan Agong sebagai tidak mematuhi perlembagaan.
Pergerakan Pemuda PR menyamakan isu Karpal dengan PM. Kes PM berkaitan perlantikan MB di Terengganu dan Perlis. PM akhirnya akur dengan kehendak Raja dan YDPA dan tiada kenyataan lagi dikeluarkan selepas itu. Tidak sama dengan kes Karpal, Pengerusi DAP. YB Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Karpal terus berdegil dan angkuh, masih mempertahankan pendiriannya yang dirinya tidak bersalah. NGOs dan pemimpin BN serta pemimpin pembangkang ada mencadangkan supaya YB Karpal memohon maaf kepada Sultan Perak tetapi YB Karpal sombong mengatakan beliau tidak bersalah dalam hal ini.
Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, terdiri dari Pas, PKR dan DAP janganlah politikkan isu Karpal ini. Semua rakyat hingga budak sekolah pun dah kenal dengan Karpal. Selain beliau dikenali sebagai peguam terkenal dan beliau jugalah pemimpin yang menentang habis-habisan penubuhan negara Islam. Tak mungkin Ketua Pemuda PAS dan PKR dah lupa!! Tetapi kerana nak jaga hati DAP dalam Pakatan Rakyat, mahu tak mahu kenalah bersatu membela nasib YB Karpal. YB Karpal mesti diselamatkan dengan membuat laporan polis terhadap PM. Dalam isu ini, rakyat semakin nampak bahawa PAS dan PKR telah diperkudakan oleh DAP. Orang Melayu sudah pun memahami bahawa selama ini PAS dan DAP dibawah telunjuk ajar parti DAP. Bersama-samalah kita menunggu episod seterusnya bagaimana pakatan PAS, DAP dan PKR dikatakan parti dan kerajaan yang membela rakyat!!!!!
Friday, May 16, 2008
27Kesilapan Kerajaan BN dan UMNO!!

i. DEB dikatakan gagal membela nasib orang Melayu. Berjaya hanya segelintir Melayu korporat, pertengahan dan atasan. DEB hanya untuk kroni Melayu tertentu.
ii. Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains. Banyak pertubuhan NGOs dan UMNO Bahagian tertentu mendesak supaya pengajaran BI dalam mata pelajaran tersebut dihentikan. Sebaliknya pengajaran BI itu sendiri hendaklah ditingkatkan.
iii. Pengangguran siswazah Melayu. Anak Melayu kini sukar mendapat tempat di sektor swasta melainkan sekadar operator pengeluaran sahaja. Walaupun BI baik tetapi bahasa Mandarin pula dijadikan halangan. Kerajaan gagal menyekat sektor swasta mensyaratkan Bahasa Mandarin sebagai kriteria pemilihan. Melayu terus tersisih.
iv. Rasuah di kalangan kakitangan kerajaan. Walaupun kerajaan BN era Pak Lah tegas memerangi rasuah tetapi kes rasuah yang berlaku dianggap sebagai kegagalan kerajaan BN. Ibaratkan nila setitik rosak susu belanga. Peluang parti pembangkang memberi gambaran isu rasuah di kalangan kakitangan dan pemimpin kerajaan amat serius dan menjijikkan.
vi. Kenaikan harga minyak dan barangan. Kerajaan tidak dapat menyakinkan rakyat bahawa harga minyak dalam negara tidak akan naik. Pembangkang telah mengambil kesempatan ini.
vii. Setiap tuduhan oleh pemimpin pembangkang kepada BN dan UMNO tidak diendahkan oleh pihak kerajaan khususnya pemimpin BN/UMNO. Sikap berdiam atau tidak melayani tuduhan-tuduhan itu menjadikan rakyat lebih percaya dakwaan atau tuduhan itu mahupun ianya palsu.
viii. Sangat kebergantungan kepada media arus perdana seperti TV dan akhbar. Pemuda dan remaja adalah golongan yang jarang membaca akhbar dan menonton berita. Kebanyakan golongan remaja dan pemuda ini menggunakan media alternatif iaitu blog/laman web. Kira-kira 90% pelayar internet adalah mereka dari penyokong-penyokong pembangkang. Penyokong UMNO ada tetapi tak banyak kerana sibuk dengan masalah rakyat, projek dan perniagaan sendiri.
ix. Kempen pembangkang berterusan tanpa batasan. Kempen agresif pembangkang amat ketara bagi pilihanraya yang lalu. Rahsuah wang dan barangan semasa kempen dilaporkan berlaku walaupun parti pembangkang mendakwa mereka tak ada wang dan tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Apa yang dilakukan oleh BN tiada bezanya dengan parti pembangkang pada kali ini.
x. Salah guna rumah ibadat seperti mesjid dan surau. Kerajaan BN/UMNO dipuji kerana tidak menggunakan rumah Allah untuk berkempen. Parti pembangkang khususnya parti PAS telah mengambil kesempatan ini dengan sewenang-wenangnya hinggakan ahli qaryah yang menghadiri surau dan masjid tidak dapat membezakan antara kuliah agama dengan ceramah politik.
xi. Pemimpin UMNO sibuk dengan dunia korporatnya. Tiada masa untuk bersama anggota masyarakat dan NGOs. Erti kata lain, pemimpin UMNO mementingkan diri sendiri.
xii. Ada pemimpin UMNO yang kaya-raya. Rakyat dan masyarakat sekitar terkejut dan hairan. Rakyat marah kerana pemimpin UMNO telah menggunakan kedudukannya untuk memperkayakan diri dan kroninya. Riak dan sombong pemimpin ini menambahkan kebencian rakyat terhadap pemimpin dan parti UMNO.
xiii. Pemimpin-pemimpin UMNO sibuk dengan kerja-kerja luar hingga tidak terluang masa untuk bersama ahli qaryah di masjid-masjid dan surau-surau. Pemimpin-pemimpin UMNO selalu ketinggalan dalam majlis-majlis ilmu.
xiv. Pemimpin-pemimpin UMNO sukar menerima teguran ahli-ahli UMNO. Sebaliknya mereka suka kepada ahli-ahli UMNO yang pandai mengampu. Sedangkan yang rajin mengampu itu tidak pun memberi sumbangan apa-apa kepada parti UMNO.
xv. Pemimpin UMNO sekarang mungkin terlupa kepada jasa pemimpin-pemimpin UMNO yang lama/veteran. Apa salah jemput mereka hadir dalam majlis sama ada majlis rasmi atau tidak, sama ada di peringkat pusat, bahagian mahupun cawangan. UMNO Pusat perlu mengadakan perbincangan dengan bekas PM, Tun Mahathir supaya gabungan ideanya dapat memantapkan parti dan pembangunan negara.
xvi. Pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan juga bahagian didapati gagal mengurus jentera organisasinya dengan baik. Ada cawangan yang boleh diibaratkan hidup segan, mati tak mahu.
xvii. Wakil rakyat UMNO jarang menziarahi serta menghadiri majlis kenduri di kampung-kampung kawasannya. Jika ada pun mungkin kerana si mati adalah kawan rakan. Jika ada wakil YB pun tidak dapat kerana sibuk dengan urusan peribadi.
xviii. Pegawai khas kepada YB tidak berperanan dengan baik. Masalah rakyat tidak banyak diselesaikan. Tidak ada keikhlasan untuk membantu orang ramai dan boleh diibaratkan seperti melepas batuk ditangga.
xix. Wakil rakyat dan pemimpin UMNO gagal mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan-pertubuhan setempat secara berkala untuk memahami masalah pertubuhan dan ahli-ahli yang diwakili oleh pertubuhan itu. Perjumpaan berkala tidak berlaku.
xx. Wakil rakyat dan pemimpin UMNO gagal menggunakan pelbagai kepakaran yang ada di kalangan ahli-ahlinya untuk faedah orang Melayu dan parti UMNO. Kepakaran dalam ICT, undang-undang, penyelidikan, pendidikan, keusahawanan, tokoh agama, tokoh masyarakat dan budayawan yang ada di kalangan orang-orang Mmelayu sepatutnya dimenafaatkan. Golongan ini kebanyakan tersisih dan ada yang disisihkan.
xxi. Tidak wujud suatu konsep 'kerja berpasukan' dalam organisasi UMNO sendiri. Pemuda, wanita dan puteri dengan arah tuju masing-masing. Jentera pilihanraya sama ada di peringkat cawangan mahu pun bahagian tidak mantap bila tidak wujud lagi persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain.
xxii. Calon BN tidak dikenali pengundi. Calon memerlukan masa yang agak lama untuk dikenali lebih rapat oleh pengundi. Penampilan diri, cara berkomunikasi dan laras bahasa calon itu mesti yang dapat diterima oleh pengundi. Kegagalan calon memahami masalah pengundi sesuatu kawasan boleh menyebabkan calon tersebut akan kehilangan undi yang banyak.
xxiii. Pemimpin BN/UMNO semua peringkat termasuk PM dan Menteri memberi jawapan dan ulasan yang tidak profesional malahan masih boleh dipertikaikan kesahihan atau diperbaiki cara penyampaiannya itu. Rakyat hilang hormat apatah lagi bagi golongan intelektual yang melihat/mendengarnya.
xxiv. UMNO Bahagian dan juga cawangan masih menunggu calon yang bakal diumumkan. Walaupun telah diketahui calon-calon yang akan bertanding di Parlimen dan DUN tetapi masih kedapatan UMNO Bahagian dan Cawangan-Cawangan belum menggerakkan Bilik Gerakan masing-masing.
xx. Wakil rakyat dan pemimpin UMNO gagal menggunakan pelbagai kepakaran yang ada di kalangan ahli-ahlinya untuk faedah orang Melayu dan parti UMNO. Kepakaran dalam ICT, undang-undang, penyelidikan, pendidikan, keusahawanan, tokoh agama, tokoh masyarakat dan budayawan yang ada di kalangan orang-orang Mmelayu sepatutnya dimenafaatkan. Golongan ini kebanyakan tersisih dan ada yang disisihkan.
xxi. Tidak wujud suatu konsep 'kerja berpasukan' dalam organisasi UMNO sendiri. Pemuda, wanita dan puteri dengan arah tuju masing-masing. Jentera pilihanraya sama ada di peringkat cawangan mahu pun bahagian tidak mantap bila tidak wujud lagi persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain.
xxii. Calon BN tidak dikenali pengundi. Calon memerlukan masa yang agak lama untuk dikenali lebih rapat oleh pengundi. Penampilan diri, cara berkomunikasi dan laras bahasa calon itu mesti yang dapat diterima oleh pengundi. Kegagalan calon memahami masalah pengundi sesuatu kawasan boleh menyebabkan calon tersebut akan kehilangan undi yang banyak.
xxiii. Pemimpin BN/UMNO semua peringkat termasuk PM dan Menteri memberi jawapan dan ulasan yang tidak profesional malahan masih boleh dipertikaikan kesahihan atau diperbaiki cara penyampaiannya itu. Rakyat hilang hormat apatah lagi bagi golongan intelektual yang melihat/mendengarnya.
xxiv. UMNO Bahagian dan juga cawangan masih menunggu calon yang bakal diumumkan. Walaupun telah diketahui calon-calon yang akan bertanding di Parlimen dan DUN tetapi masih kedapatan UMNO Bahagian dan Cawangan-Cawangan belum menggerakkan Bilik Gerakan masing-masing.
xxv. Biro Penerangan UMNO Bahagian tidak memainkan peranan secara berkesan. Program penerangan hampir tidak ada cuma jika ada di saat-saat akhir hampir pilihanraya. Ceramah-ceramah yang diadakan sekadar memenuhi agenda parti semata-mata. Tiada strategi khusus untuk menarik kumpulan sasar tertentu.
xxvi. UMNO merasa cukup selesa dengan pencapaian negara dan peranan media perdana pada setiap masa memihak kepada kerajaan. Oleh itu semua peringkat UMNO tidak mengambil serius tentang usaha agresif pembangkang yang sentiasa mengadakan siri ceramah sejak beberapa tahun dahulu.
xxvii. Umumnya pemimpin UMNO yang memperolehi kesenangan dan kemewahan setelah berada dalam UMNO semakin sibuk dengan agenda sendiri (untuk mencari dan mengumpul kekayaan) sudah tidak lagi memikirkan tentang agenda parti. Banyak masa diberikan perhatian untuk agenda peribadi walaupun memegang jawatan penting dalam Bahagian mahupun Negeri.
Itulah antara beberapa kelemahan dan kekurangan yang dapat dikesan yang menyebabkan UMNO kini kekurangan penyokong. Pandangan secara jujur dan ikhlas serta tidak berniat untuk menyentuh perasaan YB dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. Bukan semuanya pemimpin BN dan UMNO seperti yang dinyatakan di atas. Biar pun nila setitik tetapi akibatnya semua orang Melayu sengsara kerana BN telah kehilangan kuasa di beberapa negeri. UMNO perlu segera lakukan perubahan dan pembaharuan jika mahu orang-orang Melayu dan bumiputera kembali kepada parti UMNO.
Thursday, May 15, 2008
Isu Karpal: PAS dan PKR mulai bingung!





Pakatan Rakyat perlu mencari kaedah politik kotor seperti mereka lakukan dalam pilihanraya yang lalu. Apa jua berlaku, UMNO akan dipersalahkan. UMNOlah puncanya. Bukan Karpal yang puncanya. Media perdana dituduh berat sebelah. Harakah Daily dan akhbar KeAdilan tidak berat sebelah. Hampir 99% dalam Harakah Daily memburuk pemimpin UMNO dan BN. Manakala hanya 5% dalam Utusan Malaysia memaparkan isu politik, itu pun dituduh berat sebelah.
Tok Guru Nik Aziz sebelum ini amat menentang keras wakil rakyat lompat parti. Beliau terlalu yakin dan katanya ini bukan kerja parti pembangkang tetapi kerja BN. Bila pendedahan wakil rakyat BN di Sabah dan Sarawak mengenai tawaran lumayan oleh PKR, barulah pemimpin PAS terpaksa tukar fikiran 100%. Terpaksalah Tok Guru Nik Aziz kena sokong wakil rakyat lompat parti. Ertinya dia sokong apa yang PKR usaha sekarang ini, memujuk wakil rakyat BN keluar dan menyertai Pakatan. Apa nak kata lagi rakan PKR pula buat hal!!! PKR tiada bermaruah, rasuah politik, memusnahkan demokrasi yang ditegakkan dan tidak menghormati suara rakyat. Pendedahan begitu berani Datuk Mukhriz mengenai penglibatan DSAI dengan pemimpin-pemimpin asing anti Islam telah menjadikan Pakatan jadi terus kebingungan.
Rakyat dah tahu dan mulai sedar. Janganlah salahkan media, salahkan pakatan. Janganlah menghentam UMNO dan BN, hentanlah pakatan. Selama ini pun memang pun UMNO dan BN selalu dipersalahkan. Bila wujud pakatan barulah tahu, bukannya senang nak satukan tujuan dengan ideologi yang bertentangan!
Wednesday, May 14, 2008
Pendedahan Berani Datuk Mukhriz:: Hubungan Anwar-Wolfowitz
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini mempersoalkan hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa organisasi antarabangsa yang latar belakangnya diragui. Ini termasuk penglibatan secara langsung bekas Timbalan Perdana Menteri itu dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Paul Wolfowitz yang pernah menjadi ketua strategi Perang Iraq untuk Presiden AS, George W. Bush. Mukhriz memberitahu persidangan Dewan Rakyat, Wolfowitz merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang terbabit membunuh lebih sejuta orang Islam di Iraq.
Menurutnya, beliau membangkitkan perkara itu kerana baru-baru ini media asing melaporkan mengenai organisasi dan fahaman Neo Conservative. "Mengapa harus Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih sejuta rakyat Iraq ini?" katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mukhriz turut mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Foundation of The Future' yang menurutnya menerima dana AS$35 juta dolar (RM110.25 juta) daripada Jabatan Negara AS.
Sumber: Utusan Malaysia 14/5/2008
Monday, May 12, 2008
Pilih Pemimpin UMNO Yang Berwibawa

Beliau menyeru supaya ahli UMNO memilih pemimpin yang


Manakala ahli-ahli UMNO di Balik Pulau masih ternanti-nanti pelan pemulihan parti dan penyatuan semula ahli-ahli UMNO kepada parti. Ahli-ahli UMNO Balik Pulau kelihatan seperti anak ayam kehilangan ibu. Tiada lagi pemimpin yang sudi menjenguk isu atau masalah ahli UMNO di peringkat akar umbi. Sedangkan di kampung-kampung pula sudah ada usaha penyokong-penyokong parti PKR dan PAS mencari dan menambah keahlian parti. Lebih mengecewakan lagi ada usaha pembinaan markas atau bilik gerakan parti PAS dan PKR di kawasan kubu kuat UMNO. Semangat ahli-ahli UMNO di peringkat bawah semakin
luntur
hanya dapat memerhati gerakan penyokong-penyokong PR menyebarkan pengaruh parti mereka dalam masyarakat Melayu di kampung-kampung. Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO Balik Pulau masih berkeyakinan bahawa orang Melayu masih tetap menyokong UMNO dan BN. UMNO Balik Pulau perlu melakukan banyak perubahan atau pembaharuan jika mahu kembalikan orang Melayu kepada UMNO. Majoriti Melayu khususnya di Balik Pulau masih menaruh keyakinan kepada UMNO untuk menentukan survival orang Melayu di Balik Pulau. Parlimen Balik Pulau hanya satu-satunya kawasan Melayu yang masih 'hidup' di bahagian pulau. Oleh itu harapan besar orang-orang Melayu di Balik Pulau hanyalah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang masih setia, jujur dan berwibawa untuk memimpin parti.

Sunday, May 11, 2008
Guan Eng tawarkan jawatan kepada Veteran UMNO

Akhbar NST (Ahad) telah melaporkan KM Pulau Pinang akan mengumumkan penyertaan veteran UMNO dalam Pakatan Rakyat setelah menawarkan jawatan dalam kerajaan negeri. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak bermaruah dan harga diri. Bukankah ramai lagi pemimpin Melayu dari PKR dan terutamanya PAS boleh mengisi kekosongan itu? Apakah KM ini mempunyai 'hidden agenda' hingga sanggup melakukan perbuatan sedemikian? Mungkin KM itu mahu mengganggu-gugatkan perpaduan dalam UMNO yang sedang dalam proses penyatuan dan pemulihan. Dan mungkin kerajaan negeri sengaja memasukkan pemimpin-pemimpin dari UMNO atau Gerakan supaya nanti boleh dijadikan punca kepada kegagalan kerajaan negeri.
Thursday, May 8, 2008
Kedaulatan Raja: Apa reaksi Pakatan Rakyat



Ketika Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan siri kenyataan mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), rakan-rakan DAP dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas bersikap mendiamkan diri. Sikap enggan mengulas atau tidak ambil peduli mereka itu sudah dapat dijangkakan. Tidak hairanlah kerana Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang terlibat dalam kemelut itu adalah dari parti Pas, manakala kerajaan yang dibentuk di Perak juga terdiri daripada wakil rakyat PKR. Sebelum ini Pas menjuarai isu-isu berkaitan dengan istana. Dalam kes perlantikan MB Terengganu, apabila ada pemimpin UMNO membelakangkan kehendak istana, maka Pas- lah yang akan menjadi heronya.
Pemimpin-pemimpin PKR berketurunan Melayu dan beragama Islam yang sehingga kini masih membisu seribu bahasa. Semasa berkempen dulu, pemimpin PKR begitu bersemangat akan mempertahankan hak orang Melayu dan mendaulatkan raja berperlembagaan.
Sikap membisu pemimpin-pemimpin tertinggi Pas dan PKR dalam hal itu memberi gambaran bahawa Pas dan PKR Melayu berada dalam dilema - diluah mati emak ditelan mati bapa. Oleh kerana itu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat enggan mengulas isu tersebut kerana mahu menjaga hati rakan dalam pakatan rakyat. Bagi Pas dan PKR, menjaga hati rakan pakatan rakyat mungkin jauh lebih penting daripada mempertahankan institusi raja yang memelihara agama Islam dan kedudukan bangsa Melayu. Dalam hal ini, rakyat dapat menilai apa sebenarnya agenda pakatan rakyat dan mampukah pakatan rakyat membela nasib bangsa Melayu dan kesucian agama Islam????
Sunday, May 4, 2008
Isu Pertukaran Serta Merta Pengarah MAINP

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menitahkan pertukaran serta-merta yang diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury ditarik balik. Perbuatan MB Perak menukar Jamry Selasa lalu telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
Isu yang sebenarnya apakah kesalahan Jamry hingga diarah bertukar serta-merta? Mengikut Pengarah JAIP, beliau tidak diberi peluang untuk membela diri. Sudah tentu, pegawai kanan kerajaan seperti Jamry ada sebab-sebab yang kuat yang mungkin menyebabkan ia tidak dapat akur dengan arahan MB. Demi penyatuan umat Melayu dan Islam, Jamry terpaksa mempertahankan peraturan dan amalan yang telah pun diamalkan oleh BN sebelum ini. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, MB Perak sedang mengumpul maklumat imam-imam dari PAS untuk dipilih dan mengambil alih di masjid-masjid dan surau-surau tertentu. Perbuatan ini sedang berlaku. Dan jika dibiarkan, perpecahan umat Islam akan menjadi lebih runcing dan parah. Sembahyang dua imam, kemungkinan akan kembali berlaku.
Isu yang sebenarnya apakah kesalahan Jamry hingga diarah bertukar serta-merta? Mengikut Pengarah JAIP, beliau tidak diberi peluang untuk membela diri. Sudah tentu, pegawai kanan kerajaan seperti Jamry ada sebab-sebab yang kuat yang mungkin menyebabkan ia tidak dapat akur dengan arahan MB. Demi penyatuan umat Melayu dan Islam, Jamry terpaksa mempertahankan peraturan dan amalan yang telah pun diamalkan oleh BN sebelum ini. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, MB Perak sedang mengumpul maklumat imam-imam dari PAS untuk dipilih dan mengambil alih di masjid-masjid dan surau-surau tertentu. Perbuatan ini sedang berlaku. Dan jika dibiarkan, perpecahan umat Islam akan menjadi lebih runcing dan parah. Sembahyang dua imam, kemungkinan akan kembali berlaku.
Dalam hal ini, BN melalui kepimpinan UMNO lebih telus dan amanah memikul tanggungjawab menyatukan ummah. UMNO tidak menggunakan masjid dan surau sebagai gelanggang politik. UMNO menerima sahaja imam yang dilantik oleh ahli qaryah asalkan ianya berkelayakan sebagai imam biarpun imam berkenaan penyokong kuat PAS. Pemecatan imam dari UMNO dan berlakunya sembahyang dua imam sebenarnya berpunca dari kepimpinan PAS yang fanatik. Kepentingan politik diutamakan oleh PAS dan mengatasi kepentingan Melayu dan Islam. PAS tidak kisah dengan perpecahan Melayu dan sebaliknya PAS pandang sinis terhadap usaha penyatuan Melayu. MB Perak dan barisan kepimpinan Melayu dalam kerajaan negeri Perak janganlah bertindak sebarangan. Fikirlah masa depan umat Islam dan Melayu bukan semata-mata untuk kepentingan parti PAS dan PKR. Tuanku Sultan Perak, yang adil dan saksama memerintah negeri, rakyat amat gembira kerana tuanku Sultan Perak bertindak tegas demi untuk penyatuan umat Melayu negeri Perak keseluruhannya. MB Perak hendaklah lebih berhati-hati sebelum mengambil sesuatu tindakan pada masa akan datang. Jangan terburu nafsu kerana tindakan seumpama itu boleh mengundang perpecahan dan kegelisahan semua rakyat negeri Perak.
Thursday, May 1, 2008
Perhimpunan Haram Sempena Hari Pekerja
Laporan Berita TV melaporkan bahawa polis pagi tadi dapat menyuraikan orang ramai yang menyertai perhimpunan haram anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit). Perhimpunan itu dilaporkan telah didalangi oleh parti pembangkang, iaitu PKR dan PAS. Penganjur mahukan perhimpunan tahunan itu sempena Hari Pekerja diadakan secara perhimpunan jalanan. Pakatan Rakyat terutama pemimpin dan penyokong PAS dan PKR perlulah memikirkan tentang kepentingan awam sebelum menganjurkan sebarang perhimpunan. Sebenarnya beginilah cara PKR mendapat publisiti dan kemudian sokongan rakyat umum, pemuda dan remaja. Publisiti murahan inilah yang menjadikan PKR dikenali dan DSAI dijulang sebagai pejuang rakyat. Liputan meluas oleh akhbar-akhbar perdana dan media elektronik menjadikannya lebih popular dari seorang PM. Pelbagai pertubuhan atas nama parti dan NGO telah mengadakan beberapa siri perhimpunan hingga memaksa pihak berkuasa mengenakan ISA kepada beberapa pemimpin Hindraf. Mengapakah di Kuala Lumpur yang dipilih untuk mengadakan perhimpunan itu? Lakukan sahaja perhimpunan-perhimpunan haram di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat memang merestui perhimpunan seperti itu. Kerajaan Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat akan membenarkan pertubuhan-pertubuhan seperti ini mengadakan perhimpunan haram di jalanan. Rakyat sudah mulai bosan dengan tindak-tanduk pemimpin parti pembangkang hari ini. Kesilapan demi kesilapan mulai dilakukan oleh pemimpin pembangkang. Rakyat masih bersabar menunggu janji pilihanraya. Kenapa NGO yang mengadakan perhimpunan haram tidak menyatakan ptotes kepada kerajaan negeri yang di perintah Pakatan Rakyat, tidak menunaikan janji pilihanraya? Jawabnya, itulah kerja pemimpin PKR iaitu Parti Kena Rakyat!!!
Kembalikan Melayu kepada UMNO.
Keputusan PRU12 amat menyedarkan orang Melayu. Walau bagaimanapun, Melayu masih ada ruang untuk bersatu. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Pemimpin UMNO perlu memikirkan usaha untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap UMNO. Ini termasuklah dalam hal menangani penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, nepotisme dan kronisme yang didakwa berlaku secara berleluasa di kalangan pemimpin UMNO. Penolakan orang Melayu dalam PRU12 bukan kerana mereka begitu sukakan parti pembangkang tetapi lebih kepada protes untuk menunjukkan kuasa di tangan rakyat. Wajah UMNO digambarkan oleh pembangkang sebagai parti yang kotor dan jijik. Pemimpin-pemimpin dan parti UMNO dikecam dan dicerca melalui ceramah-ceramah, laman-laman blog, risalah-risalah, CD dan kain rentang sebagai propaganda parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya. Pemimpin UMNO semua peringkat perlu bangkit semula dengan semangat baru dan berani untuk membetulkan kesilapan yang berlaku dalam UMNO. Pemimpin UMNO yang menyalahgunakan kuasa dan rasuah perlu disingkirkan. Ahli-ahli UMNO harus bijak menilai dan memilih pemimpin dalam persidangan agung yang akan datang. Lakukan perubahan jika UMNO mahu kembalikan Melayu kepada UMNO.
Subscribe to:
Posts (Atom)