
Beliau menyeru supaya ahli UMNO memilih pemimpin yang


Manakala ahli-ahli UMNO di Balik Pulau masih ternanti-nanti pelan pemulihan parti dan penyatuan semula ahli-ahli UMNO kepada parti. Ahli-ahli UMNO Balik Pulau kelihatan seperti anak ayam kehilangan ibu. Tiada lagi pemimpin yang sudi menjenguk isu atau masalah ahli UMNO di peringkat akar umbi. Sedangkan di kampung-kampung pula sudah ada usaha penyokong-penyokong parti PKR dan PAS mencari dan menambah keahlian parti. Lebih mengecewakan lagi ada usaha pembinaan markas atau bilik gerakan parti PAS dan PKR di kawasan kubu kuat UMNO. Semangat ahli-ahli UMNO di peringkat bawah semakin
luntur
hanya dapat memerhati gerakan penyokong-penyokong PR menyebarkan pengaruh parti mereka dalam masyarakat Melayu di kampung-kampung. Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO Balik Pulau masih berkeyakinan bahawa orang Melayu masih tetap menyokong UMNO dan BN. UMNO Balik Pulau perlu melakukan banyak perubahan atau pembaharuan jika mahu kembalikan orang Melayu kepada UMNO. Majoriti Melayu khususnya di Balik Pulau masih menaruh keyakinan kepada UMNO untuk menentukan survival orang Melayu di Balik Pulau. Parlimen Balik Pulau hanya satu-satunya kawasan Melayu yang masih 'hidup' di bahagian pulau. Oleh itu harapan besar orang-orang Melayu di Balik Pulau hanyalah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang masih setia, jujur dan berwibawa untuk memimpin parti.

1 comment:
salam....
Apa ada pada orang Melayu?
BN -Babi Negara
PKR- Parti Khinzir Rakyat...
Orang mekayu dah jadi bangsa babi dan khinzir. apa yang berlaku kini dah jelaskan. Cina aja yang betul. Dah lah kerja disyarikat swasta orang melayu dah jadi BABI.
nak dengar apa pandangan orang Sarawak tentang melayu-Islam? atau kita orang Melayu suka makan tahi kat kedai mamak, jumpa saya
http://malaysialoni.blogspot.com
Post a Comment