Di sana sini orang mulai bercakap. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Sdr Shah Headan Ayub Shah akan mencabar DS Dr Hilmi Hj Yahaya, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau dalam pemilihan di Persidangan Agung UMNO Bahagian akan datang. Mungkin ada alasan yang cukup kuat hingga DS Dr Hilmi, juga mantan Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan Malaysia mahu dicabar. Mungkin beliau nampak kepimpinan UMNO Bahagian kini tidak begitu responsif dengan situasi UMNO kini yang memerlukan kepimpinan yang progresif dan berwawasan. Ahli-ahli UMNO masih tertanya-tanya apakah sebab-sebab sebenarnya yang mewajarkan Ketua Pemuda mencabar Ketua Bahagian. Hebat! Hebat! Hebat! Itulah demokrasi.
Setakat ini kebanyakan ahli-ahli UMNO sudah tahu hal ini tetapi sedang menunggu respon DS Dr Hilmi. Apakah DS Dr Hilmi mahu mempertahankan jawatan itu atau memberi laluan kepada Ketua Pemuda atau individu lain yang difikirkannya lebih sesuai. Tunggu dan lihat!!!!
11 comments:
budak mentah yang mengejar kemewahan semata-mata nak tunjuk hero untuk menetang Ds Hilmi. Cukup lah dengan kekayaan yang ada. Lawan bukan kerana perjuangan yang sebenar untuk menolong bangsa melayu sebaliknya untuk poket sendiri. Pilihanraya ke 12 mana dia pi. Sibuk dengan urusan kawasan orang lain sedangkan kawasan sendiri di biar tanpa hala tuju. Tidak membantu secara keseluruhan langsung itu pun ada hati nak jadi ketua bahangian ? Habis kawasan balik pulau kalau dapat kat tangan dia.
Ooi awat bangang sangat. Kalau orang Balik Pulau dah kenal siapa Ketua Pemuda. Jangan dengar fitnah orang. Kita perlu pemimpin yang agresif tidak mandom. Kondom lagi tak mahu. Ketua Pemuda layak menggantikan DS Dr Hilmi.Kita mau pemimpin berwawasan untuk orang Melayu. Dia boleh tolong orang Melayu. Lihatlah pemuda-pemuda di bawahnya, ada kerja, ada permit, ada projek macam-macam lagi.
bagi pada kroni-kroninya saja bagaimana dengan nasib orang melayu yang lain ? kebuluran, kelaparan, dan sebagainya.
Orang Melayu Balik Pulau belum dengar lagi yang kelaparan dan kebuluran. Tetapi betul jugak kata rakan kita tu. Masa PRU12, Ketua Pemuda ke mana dia? Dia cerdik orangnya!
Shah Headan nih tak dak harapan nak kekal jadik ketua pemuda takut kalah la plak , alang alang nak lawan p teruih had ataih la, kalau boleh kuih had ataih sekali. Kaya la aku .. KJ kan support kot belakang .Apa pon Shah Headan nih banyak jasa kat Kadon Balik Pulau Nih ha ha ha .. Dah nak masok 3 stesen Minyak , Ds Hilmi baru satu Klinik ka 2 had lain tu pakai nama ja kot .Sapa mau Lesen jumpa Shaedan gerenti aku tolong kata shah ... orang macam nih la kita mau cakap mesti jadi ...Tapi Shah Headan hang memang Keparat Besar .Apa pon mau try la bro ...aku tak dok dalam UMNO dah .. Support TUN.Aku punya suka nak pangkah sapa lepaih nih .
Shah orang KJ kalut nak rebut jawatan untuk kepentingan poket sendiri.Bagi lesen pada kroni dia saja. Dapat jawatan masyarakat tak jaga langsung. Apa jadi kat orang melayu la ni mana dia ambik peduli. Jaga orang tertentu saja , kami pun penyokong UMNO gak. Pasai apa x bagi sama rata. Bukan kami mau apa pakat jaga rakyat jangan sampai yang merempat. Shah tak layak jadi ketua.
Shah dan orang-orang kuatnya dah jadi korporat dan kaya pun. Ketua Pemuda Balik Pulau yang kaya melalui kedudukannya. Ketua Pemuda UMNO dulu tak reti macam dia. Tunggulah tak kena gaya BPR masuk baru tahu. Betulkaa ada syarikat pengangkutan (nama syarikat dirahsiakan) yang diberi banyak permit kerana ada kepentingan di situ? Baru Ketua Pemuda kalu dia menang Ketua Bahagian Balik Pulau, tak tahu plak macam mana dia??
hampa dok sembang apa, mana p YB2 muka pun dah tak nampak. Dok menyorokla tu. Shah dah dok jalan rata, ketua bahagian, naib ketua bahagian n tim ketua bahagian dok nganga lagi apa depa buat.
Ketua Bahagian dok atur strategi kut dan mungkin tengah dok dapatkan maklumat. Hai tak tahulah, YB dari UMNO ni dah tak semangat lagi. Peruntukan kerajaan negeri tak dak, harap kerajaan persekutuan shj pun tak cukup. Begitulah nooo, kita dok kat bawah semangat gile, tapi pemimpin2 di atas buat tak kisah pun. Jadi tak payahlah kita dok loghat sangat. Tapi saya faham anda tak suka Ketua Pemuda,tapi dah Ketua Bahagian dan orang2nya tak mahu dan tak semangat lagi nak memimpin UMNO Bahagian, biarkanlah!! Biarlah Ketua Pemuda jadi Ketua Bahagian, mudah kan??
Orang Balik Pulau ni buta mata. Tak nampak apa Dr Hilmi buat selama 18 tahun. Dulu air berkarat, la ni ayaq elok. Dulu tak dak politeknik, sekolah teknik, la ni ada macam2. Masjid Daerah lagi. Semua tumbuh sendiri ka? Dr Hilmi dah tolong macam2. Shahheadan hg tu apa jasa? Hg nk duit dari Khairi Jamaludin ka? Hg paria. BPR mau siasat hang, mana mai duit banyak2 sampai boleh rasuah Pemuda Balik Pulau ni.
biasa laa orang melayu, depa mau orang yang sembang kena deraih, mcm shahidan, cakap mesti berdegang-degang, mcm ketua2 umno kat belah tanjong sana, buat kerja tu jatuh nombor 2, sebab tu orang melayu kat belah sana takdak pembelaan, sampai kubur pun takdak tempat, tanam depan rumah saja.
ketua2 umno kat sana kaya-raya ada projek sana-sini, chairman syarikat tu, syarikat ni, sama macam shahidan, dok cakap pasal pembelaan melayu, memang laa bela melayu, tapi bela yang keliling dia saja laa, habih laa umno balik pulau kalau dia jadi ketua bahagian, ya allah, mintak dijauhkan
hangpa setuju dak cakap aku?
Post a Comment