
Beliau menyarankan supaya ada usaha untuk memujuk Tun Dr Mahathir supaya kembali menyertai UMNO dan mengadakan perbincangan dengan anggota parti bagi menyelesaikan isu itu dengan baik. Ramai yang akan menyokong cadangan MB Perlis. Tetapi TPM, DS Najib telah berjanji akan berjumpa dengan Tun Dr Mahathir tetapi bukan dalam tempoh masa terdekat ini.
Inilah antara kesilapan pemimpin UMNO. Perkara untuk kebaikan selalu mengambil masa. Seolah-olah tidak penting! Tidak perlu tergesa-gesa mungkin lebih sibuk dengan urusan lain yang lebih penting. Jangan pisang berbuah dua kali. Masih kah kau ingat! PM sendiri setelah ditemuramah oleh pihak media tentang kekalutan perlantikan MB Terangganu dulu. PM kata yang beliau akan jumpa YDPA dalam minggu ini. Dan selepas seminggu kemudian, sekali lagi dalam suatu temuramah oleh pihak media dan sekali lagi PM menyatakan bahawa beliau akan berjumpa YDPA dalam masa terdekat ini. Akhirnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, dilantik menteri besar baru Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Inilah akibatnya kita menunggu dan mengambil masa atau tempoh yang agak lama.
Walau bagaimanapun, MB Perlis berharap Dr. Mahathir akan kembali berpegang kepada asas iaitu mendahulukan kepentingan parti melebihi kepentingan individu sambil berharap agar bekas Perdana Menteri itu akan ingat terhadap janjinya yang tidak akan menentang Presiden UMNO ketika melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu.
No comments:
Post a Comment