Friday, May 30, 2008

UMNO Bahagian Balik Pulau perlu bangun!!!


UMNO Bahagian Balik Pulau sepatutnya sudah ada perancangan untuk mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang-orang Melayu kepada UMNO. Biro Penerangan UMNO Bahagian Balik Pulau perlu bekerja lebih kuat. Mengambil peluang terbaik hasil kemasukan semula Ezam dan rakan-rakan bekas pemimpin muda PKR ke dalam UMNO. Jangan bersama dengan parti UMNO ketika UMNO di puncak kuasa tetapi selepas mengalami kekalahan yang agak teruk dalam PRU12 yang lalu, semua lepas tangan. Masing-masing membawa jalan sendiri. UMNO Balik Pulau adalah parti pembangkang di Pulau Pinang. Bekerjalah untuk parti UMNO seperti PAS dan PKR semasa jadi pembangkang sebelum ini. Adakan ceramah-ceramah secara berkala dengan penampilan penceramah-penceramah yang hebat seperti bekas-bekas pemimpin PAS dan PKR. Rata-rata orang Melayu dan UMNO di Balik Pulau bertanya sana sini, pemimpin UMNO dan juga wakil rakyat BN walaupun menang tetapi tidak sehebat seperti dulu lagi. Mungkin UMNO Balik Pulau menuju zaman kemalapan! Mungkin perlu perubahan dalam kepimpinan parti!

Ahli-ahli UMNO dan orang Melayu di Balik Pulau masih menaruh keyakinan kepada UMNO. Lebih-lebih lagi kemasukan Ezam dan rakan-rakannya ke dalam UMNO merupakan suatu aset bernilai kepada UMNO. Tidak perlu kita mempertikaikan keikhlasan mereka kerana mereka telah masak dengan sepak teranjang politik baik semasa dalam UMNO mahu pun semasa dalam PKR. Keputusan meninggalkan PKR dan tidak menyertai parti pembangkang yang lain sebaliknya memilih UMNO suatu perkembangan positif ketika ini. Sebenarnya parti pembangkang seperti PAS dan PKR cepat dan bijak mengambil kesempatan jika berlaku sebaliknya. UMNO tidak sedemikian hanya sekadar ulasan TV dan akhbar untuk sehari dua sahaja. Mungkin pemimpin UMNO masih merasa UMNO akan mendapat sokongan kuat dari orang-orang Melayu. Tidak perlu diheboh-hebohkan. Dan ramai pemimpin UMNO menganggap masuk dan keluar parti itu perkara biasa seperti keluarnya Tun Mahathir dari UMNO.

27 comments:

Anonymous said...

Mungkin itu sebabnya Shah Headan akan mencabar Ketua Bahagian DS Dr Hilmi. Boleh menangkaaa Ketua Pemuda nak cabar Ketua Bahagian. Tunggu dan lihat!

Anonymous said...

Pilihan adalah ditangan para perwakilan cawangan2, maka yang demikian para perwakilan haruslah membuat pilihan yang tepat untuk mempertahankan geopolitik dan kemajuan orang melayu balik pulau tanpa didorong oleh sebarang bentuk rasuah politik. ingatlah wahai melayu balik pulau bahawa pemilihan dan pimpinan umno bahagian kali ini adalah penentuan samada umno yang didokongi oleh orang melayu masih terus relevan ataupun tidak. tepuk dada tanya selera....

Anonymous said...

Dengaq cakap-cakap, Ketua Pemuda Balik Pulau, Sdr Shah Headan boleh menang dengan DS Dr Hilmi. Hebat kaa Ketua Pemuda ini? Bolehkah Timbalan dan Naib Ketua Bahagian menerimanya? Bolehlah AJK Bahagian dan Ketua-Ketua cawangan kebanyakan lebih lama dalam politik daripadanya menerima Ketua Pemuda sebagai Ketua Bahagian pada masa akan datang? Mungkin semua AJK Bahagian nanti akan diwakili oleh pemuda-pemuda belaka?

Tai said...

Harap Umno Balik Pulau akan lebih aktif. Umno kat tempat saya lagu mana no? Saya kat Permatang Damar Laut Bayan lepas Penang. Umno Batu Maungkah tu?

Anonymous said...

Sedingin Salju, apa khabar? dah jadi ahli UMNO kah, macamana pula tak tahu ada di bahagian UMNO mana? Kalau tinggal di Ptg D/Laut artinya anda berada dalam UMNO Bahagian Bayan Baru. Ketua bahagiannya ialah Dato mohd Zain Hj Omar. Dekat tempat tinggal anda pun ada UMNO Cawangan ptg D/Laut. Teruskan perjuangan anda, tk.

Anonymous said...

Adalah dimaklumkan bahawa Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau di istana indahnya di Sg. Ara selepas maghrib Jumaat malam tadi. Semua rakan-rakan lama dan baru yang seangkatan telah dijemput hadir ke majlis kesyukuran. Saya berkesempatan hadir. Oh hebat, Shah Headan Ketua Pemuda Balik Pulau yang kaya tetapi pandai ambil hati para jemputan. Ketua Bahagian, DS Dr Hilmi, Timbalan dan Naib Ketua Bahagian tak kelihatan mungkin tak dijemput.

Tai said...

Kepada saudara Ramli BP, saya bukan orang melayu. Saya orang cina. Tapi saya faham sejarah tanah melayu ini. Sebab itu, saya menyokong perjuangan Umno dan BN seterusnya.

Ya benar BN mungkin ada kelemahan. Tapi, kita jangan gunakan kelemahan itu untuk menikam BN. Harus diingat, siapa yang mula-mula sekali menuntut kemerdekaan tanah melayu kalau bukannya Umno? MCA dan MIC mengikut langkah Umno selepas itu.

Ingat semua orang melayu, jangan lagi benarkan tanah melayu dijajah lagi setelah 500 tahun lebih tanah melayu dijajah.

Saudara Ramli BP ada skype, Ym atau msn?

Anonymous said...

Kalu betul sdr bukan Melayu. Keterbukaan minda spt sdr yang kita mahu, baru rakyat hidup aman damai. Parti-parti memang berasaskan kaum, MCA, MIC dan UMNO dan jugak suku kaum seperti di Sabah dan Sarawak. Tiada masalah kerana bersatunya parti-parti utama inilah kita perolehi kemerdekaan dari tangan British. Yang membakar semangat perkauman adalah parti-parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR. Pemimpin mereka kata mereka parti pelbagai kaum. Pas kata mereka parti berasaskan Islam bukan kaum. Memang betul pun. Bila menghampiri PRU12 mereka mula buat cerita, kerajaan roboh kuil, tahan pemimpin Hindraf dan Bersih. Mereka tuduh kerajaan kejam yang didalangi oleh pemimpin UMNO. Semua rakyat termasuk Melayu tak sokong UMNO, benci kepada UMNO. Ini adalah strategi kotor pembangkang cara mereka nak menang pilihanraya. Mereka berjaya. Pengundi Cina juga sokong PAS kerana hasrat mahu perubahan. Mereka berjaya! Kaum Cina sepatutnya lebih gembira. Senarai terkaya di Malaysia siapa, yang banyak syarikat bhd dan enterprises di bandar dan luar bandar siapa? Yang banyak ekuiti dan saham dalam saham amanah siapa? Pegawai-pegawai atasan di syarikat multinasional, berhad dll siapa? Pemborong, pengedar, peimport dan pengeksport siapa? Syarikat-syarikat pengangkutan, perkhidmatan, perkapalan, kargo, gudang dll siapa. Tiada negara dalam dunia ini, sekolah-sekolah berasaskan kaum dibenarkan kecuali di Malaysia sahaja. Guru-guru sekolah ini juga dan lain-lain bantuan diberikan oleh kerajaan. Cuma kaum Cina juga India tak berapa senang bila pemimpin UMNO minta Melayu bekerja lebih kuat supaya tidak wujud jurang antara kaum di Malaysia. Itu bukan perkauman. Kalau kerajaan menghalang kaum Cina bina sekolah, tokong tak boleh dibina malah dirobohkan sebaliknya digantikan dengan masjid, itu ya wujud perkauman ataupun penghapusan etnik seperti Hindraf dakwa kerajaan Malaysia ke PBB. Saya harap sdr sedingin saiju bersetuju dengan pandangan saya. Jika tidak betul sila betulkan kerana saya berfikiran terbuka. TK

Anonymous said...

aku setuju dengan apa yang hampa semua cakapkan memang meremang bulu roma aku bila baca, semagat macam ni la kita mahu untuk mempertahankan bangsa melayu. Tapi tu la kita dok katapun kata bangsa kita sendiri. Isu yang Karpal bangkitkan tentang sultan tak dak sapa sekoq pun yang komen. ni yang aku tak berapa nak syiokkkkkkkkkkk.

Tai said...

ya, saya menyokong penuh tulisan saudara busu tu. Sememangnya, parti pembangkang ini banyak memainkan isu perkauman.

Dan, orang melayu perlu ingat bahawa, Dap adalah serpihan parti Pap kat Singapura. Jadi, apakah pegangan parti Pap kat Singapura kita pun tau. Jadi, tak hairan kalau Dap juga memegang ideologi yang sama dengan Pap Singapura.

Kita kena ingat, mana ada negara lain punya SJKC dan SJKT? Pi cari sat tang negara mana ada benda ni selain Malaysia? Jadi, saya menyokong penuh tulisan saudara Busu ni.

Tulisan Pak Teh pun betoi jugak. La ni si Karpal dok bangkit pulak hak-hak sultan. Orang PKR dan Pas kata, itu pendirian peribadi dia. Mana boleh lagu tu. hatta pendirian peribadi sekali pun, dia tak mempertikaikan kewibawaan raja dan sultan.

pasai apa dia berani? pasai orang melayu PKR dan Pas dok sokong dia. Depa awat jadi takut sampai tak berani nak kata apa? hanya Menteri Besar Kelantan sahaja yang bersuara la ni.

Tengok kes kat Siam. Apa menteri yang hina raja tu akan dapat tak lama lagi.

Depa orang siam ni, punyalah hormat kat raja depa. Ni yang kita ni, tak sedak kediri.

Depa kata apa bezanya umno pinda perlembagaan pada 1993? Kalau tak salah saya, Umno pinda perlembagaan pada waktu tu pasai nak bina kedudukan raja-raja dan sultan. masa tu kan hangat kes anak sultan pi pukoi orang? Itu kalau tak salah sayalah.

Jadi, kita tak maulah satni orang kata sultan dan raja ni samsenglah, gatai dan tuduhan-tuduhan liar yang lain. Dan untuk mengelakkan semua ni, perlembagaan terpaksa dipinda supaya hukuman dapat dijatuhkan. kalau tak silap saya, sebelum pindaan perlembagaan tu, apa-apa kesalahan yang dibuat oleh raja dan kerabatnya, kita tak boleh kata apa. Wah kalau lagu tu, tak bolehlah. Rosaklah imej raja dan sultan.

Yang ni semua, orang muda-muda mana tau? Dan pasai depa tak taulah parti pembangkang telah memutar-belitkan hal ni.

Sebab itu saya kata, kerajaan la ni kena menjadikan matapelajaran sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus bukan setakat di sekolah rendah malahan sehingga ke peringkat Universiti. Ini terutamanya sejarah Malaysia.

masanya telah tiba sekarang sebelum parti-parti yang tak bertanggungjawab ini menanamkan sifat kebencian dan perkauman. Ini amat merbahaya sekali.

Anonymous said...

wah hebat hang sedigin salju, kalau lah muda-mudi hari ini berbalik kepada sejarah tak mungkin perkara ini akan berlaku. Tapi tu la Pkr, Pas n Dap dah memutar belit kan fakta yang sebenar. Kita orang melayu pun sekarang ini dok perkuat dengan sultan dan raja saja. Kalau le depa lenyap maka lenyap lah kami orang melayu. Terima kasih la pada saudara Pak Tam yang mencipta blogger ni.

Anonymous said...

helo bro, ketua bahagian mau macam tu kita nak buat macam mana. Shah dok jalan dah, ketua, naib n timbalan bahagian dok nganga lagi. Buat endah dak saja. Kalah baru ada akai. Sekali pikiaq mau dok kalah baru tau. Geram gak pasai depa ni beban-beban dok buka ruang kat mangkuk hayun tu. Mangkuk hayun tu bila orang bagi ruang kat dia macam hindu dapat buah mungai laaaaa.

Anonymous said...

Memang betui pun. Pandangan Sedingin Salju dan Pak Teh memang betui. Tapi kelemahan orang muda, mudah terima hasutan pembangkang. Siapa tak caya dengan DSAI, pandai berceramah diselang seli dengan ayat suci al-Quran. Siapa tak caya dengan Ustadz-Ustadz berkhutbah atas masjid, mukadimahnya panjang dengan memuji nama Allah dan junjungan Rasullullah s.a.w serta sahabat-sahabat baginda. Lepas tu dia makilahhh dan mengutuk pemimpin UMNO sebab musuh PAS adalah orang UMNO. Itu sebabnya kata Syeikh Mufti Perlis, dosa penceramah2 PAS dan Ustadz PKR lebih banyak dari Siti Nurhaliza. Melenting mereka! Siti Nurhaliza hanya menyanyi sahaja. Dia tak hina dan maki orang. Tapi ustadz-uztadz ini (maaf bukan semua)dari awal ceramahnya dihiburkan dengan makian dan cacian yang melampau-lampau serta fitnah yang dahsyat. Kata Mufti Perlis itu memang benar. Hukum orang yang memfitnah lebih besar dosanya dari seorang pembunuh. Tapi orang-orang ni tak berasa takut kepada tuhan.

Tai said...

Kalau hampa semua ingat lagi, masa DSAI ada kat Umno dan pada satu tahun tu, masa tu dia dah jadi menteri keuwangan dan masa tu pembentangan belanjawan kat Dewan Rakyat, wah, cakap bersemangat bukan main. Punyalah sedap bercakap. kemudian ada topik perbankan tanpa faedah. lepas dia sebut perkataan "Perbankan tanpa faedah" tu, dia tambah pulak, "Pembangkang tanpa faedah."

Oi, dulu dia hentam pembangkang kuat o macam nak telan o! Tapi la ni? kadok naik junjunglah pulak. Amboi, punya sokong, punya puji. Umno buruk, korapsi, semua serba tak betoi.

Ya betoi. Orang muda punya pengetahuan sejarah lemah. Saya nak cadang apa kata kalau Umno buat satu inisiatif untuk panggil pakar sejarah mai buat ceramah kat golongan muda-muda ni. Cerita kat depa macammana Malaysia merdeka. Apakah asal-usul Malaysia. Siapakah yang bertungkus-lumus mematahkan cubaan inggeris untuk mengwujudkan Malayan union. macammana parti Pas wujud dan, apa fungsi mereka.

Ini semua penting sebab, kita tak mau golongan muda yang buta sejarah dan akhirnya, mereka ini akan menggadaikan negara dan bangsa.

Yang ni saya rasa, kita tak payah tunggu arahan atas. Kita boleh buat inisiatif sendiri.

Anonymous said...

Cadangan sdr tu amat bagus. Cuma nak dapat crowd spy orang muda nak mai dengar ceramah cukup susah. Pengalaman saya buat ceramah anti nyamuk aedes tahun lepas ketika merebaknya demam denggi dlm Daerah Barat Daya. Hanya 4 orang sahaja yang datang itu pun sekejap shj. Selepas minum pagi rehat dia orang dah belah. Itulah peranan blogger sprt sdr adalah penting. Mereka kebayakannya minat blogging. Atau pun sdr ada pendekatan lain yang boleh menarik minat orang muda untuk datang???

Tai said...

Untuk pengetahuan semua, saya ni sorang yang cacat penglihatan.

nak tarik golongan muda ni, kita kena taulah apa kesukaan depa dulu. Kalau kita dah tau, baru boleh tarik depa mai dengak. Nak bercerita bab sejarah ni bukan boleh buat semborono pasai puak-puak muda ni agak leceh. Kita la ni, kena kaji, apa minat depa.

Anonymous said...

tenaga dan khidmat dato seri dr hilmi masih diperlukan di balik pulau. nasib baik beliau masih terima walaupun sebagai adun telok bahang. cuba bayangkan jika beliau ambil sikap tidak mahu apa-apa jawatan dan ingin bersara. apa akan jadi di balik pulau yang selama ini banyak kemajuan yang dibawa oleh beliau walaupun perkara ini tidak nampak di mata sesetengah pihak. Ini nasihat saya kepada mereka-mereka yang tidak nampak, tuan-tuan dan puan-puan, wang ringgit RM 500 - RM 1,000 boleh habis dalam masa satu hari, tetapi masa depan anak cucu kita di balik pulau tidak boleh di jual beli. Bayangkan keadaan mereka pada 50 tahun akan datang jika wang ringgit menjadi taruhan nilai diri kita sekarang.

Anonymous said...

balik pulau dalam keadaan yang aman sekarang walaupun BN tewas di kerusi parlimen. masa sekarang adalah untuk penambahbaikan umno dan bukan pertandingan. jika pucuk pimpinan mengatakan sekarang adalah masa untuk menambahbaik dan bukan perebutan jawatan dalam umno, maka perkara yang sama harus dilakukan di peringkat bahagian, tiada pertandingan.

Anonymous said...

Ketua Bahagian sekarang yang saya kenali, tak suka kacau orang walaupun dia (dato seri) teruk dikacau atau difitnah. Tapi, tak bermakna dato seri hanya duduk diam. Fitnah politik ada bermacam cara dan kaedah kalau nak atasi; kalau orang lempar batu sembunyi tangan, tak semestinya kita turut sama baling batu.

Anonymous said...

Sedikit nasihat untuk pemuda balik pulau. Sejak di dalam perut ibu lagi, kerajaan 'berbelanja' kat kita sehinggalah tamat sekolah menengah. Malahan makanan harian kita juga kerajaan bagi subsidi. Hal ini tanggungjawab kerajaan, tapi kerana bukan fizikal kertas duit yang disalurkan kepada rakyat maka kita tak nampak dan lupa jasa kerajaan. Ramai orang kita terpengaruh dengan tomahan anwar ibrahim kononya kerajaan Umno/BN tak mesra rakyat. Cuba kita amati, pelbagai polisi kerajaan yang berlandaskan tuntutan agama Islam, cuma tak digahkan dengan jenama Islam. Yang parti pembangkang asyik melaung perjuangan Islam tapi mereka pula berkompromi dengan parti Dap yang terang-terang menolak Malaysia sebagai negara Islam. PKR mendakwa kononnya memperjuangankan keadilan rakyat, tapi sebenarnya anwar ibrahim manupulasikan rakyat untuk perjuangan peribadi sendiri. Orang Melayu Blk Pulau kata PKR akan membela orang Melayu, tapi sedarkah kita yang dalam AJK PKR P Pinang berapa orang Melayu yang ada?.

Anonymous said...

Ahli parlimen pkr balik pulau dah lari x tau kat mana dok duduk .Masa sebelum pilihanraya masuk kampung sampai tak mau-mau , la ni mana pi dia, sibuk dengan urusan peribadi, rakyat di kampung di biarkan begitu sahaja, ala jenis orang tak kenang dik untung macam tu la mengaji je pandai tapi buta perut.

Anonymous said...

DS Hilmi dok berihat penat kempen pilihanraya tak habis lagi kut! Termasuklah YB yang lain sama saje. Depa ni tak ada mood jadi wakil rakyat kut. Dulu jadi wakil rakyat kanan (exco) dan SU Parlimen sekarang hanya wakil rakyat biasa saje. Nak berada dalam politik begitulah, kena terima lah. Ada masa naik ada masa turun....jadi ahli UMNO biasa seperti Tun Mahathir.

Anonymous said...

Ketua Pemuda Balik Pulau hebat orangnya. Bagi peluanglah kat dia. Tapi dia tentu tak mau jawatan kecik. Kalau dia mahu Ketua Bahagian, DS Hilmi nak letak kat mana? Shah Headan tu tak sabar kaa? Kenduri kesyukuran di rumah dia baru-baru ini alhamdulillah ramai yang datang. Harap dia akan jadi seorang pemimpin yang jujur dan amanah kepada agama, bangsa dan negara. Hidup Shah Hedan!!!

Tai said...

Depa lupa jasa orang. Tanya kat ahli parlimen Balik Pulau la ni, dia sekolah pakai duit siapa? La ni dah menang, hilang pulak? Ha, nak larilah tu.

Anonymous said...

Aku pikir, Umno Balik Pulau masih perlukan pemimpin bahagian yang bersikap sederhana dan pandai main politik. Era politik sekarang kalau dok cekang sangat takut nanti bidas balik kena muka sendiri. Dulu, Umno Balik Pulau boleh jalan dengan elok sungguhpun ada krisis. Masing-masing boleh duduk bincang elok-elok. Yang dok pakat bawa mai politik hutan ke Balik Pulau untuk sapa?; kelak sapa yang rugi. Kalau nak bertanding jawatan, kita pakat bertanding cara demokrasi. Masa kempen buat cara lobi elok-elok, tak payah berkempen memperburukan peribadi calon lain. Aku dok perhati, geng muda ni dok kempen tak kena tempat. Habis kaut semua orang kat grass root. Macam la semua grass root akan jadi perwakilan. Akhirnya, orang ramai terkeliru dan dah tak percaya kat Umno bila dok tengok pemimpin mereka tak boleh sepakat. Kita yang muda ni, pakat ambil ilmu dari yang tua. Jangan baru dapat sekuku ilmu dah nak tunjuk pandai.

Anonymous said...

Betul kita yang dok di bawah mahu macam tu lahhh. Tapi bila dok di atas depa nampak lagi atas. Itu sebabnya kita tak heran pasal apa Ketua Pemuda nak lawan Ketua Bahagian. Dia langgar habis, Timbalan dan Naib Ketua Bahagian. Depa yang dua-dua ni tak boleh pakaikaa? Orang tak suka kat depa kah? Jika tak sabar beginilah jadinya kepada org Melayu. Cuba lihat rakan kita dari kaum Cina, mereka pun begitu tapi tak ketara sangat!!!

Unknown said...

Kita perlu kekalkan adab ketimuran meskipun dalam arena berpolitik. Hormat menghormati dan bertoleransi dalam apa jua situasi. Jika kita menghormati orang barulah orang akan menghormati kita. Pelbagai cara supaya dapat orang menghormati kita. Dalam politik, biarlah yang senior/lama diberi peluang jika mereka ada kemampuan, ada kejujuran, amanah, bertanggungjawab untuk mengetuai bahagian ataupun cawangan. Kita akan tolak ketua itu dan barisan kepimpinan yang ada jika terbukti gagal, jika terlibat dengan rasuah, salahguna kuasa, tidak turun padang dsbnya. Jangan kita nak jawatan atas desakan/dorongan peribadi tanpa memikirkan kepentingan umum. Rakyat dalam UMNO dan di luar UMNO sedang memerhati tingkahlaku kepimpinan UMNO mulai sekarang sehinggalah menjelang Persidangan Agung. Kerakusan sesetengah pemimpin UMNO hendakkan kuasa, kempen gile2, fitnah sana sini bukan budaya kita. Rakyat akan menghormati kita jika kita menunjukkan sikap yang baik dan berhemah semasa berkempen dan track record kita menjadi pentunjuk penting mewajarkan kita disokong atau tidak untuk bertanding!

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"