Thursday, May 22, 2008

Tun Tidak Wajar Keluar UMNO

Tun Dr. Mahathir tidak wajar keluar parti walau apa alasan pun. Beliau sepatutnya bersuara melalui saluran parti yang sedia ada. Tindakan beliau boleh mengelirukan orang ramai terutama ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi. Walau bagaimanapun, MT UMNO tidak seharusnya memandang ringan mengenai perkara ini. Suatu tindakan komprehensif perlu dilakukan oleh UMNO kerana mungkin ada kebenaran dan rasionalnya. Tun pernah menasihat ahli UMNO supaya ahli UMNO sentiasa setia kepada parti walau apa pun terjadi. Tetapi sekarang apa dah terjadi? Oleh kerana jasa Tun Dr. Mahathir begitu besar kepada orang Melayu dan pembangunan negara secara keseluruhannya, semua ahli UMNO turut rasa sedih dan kecewa bila Tun mengisytiharkan keluar dari UMNO. Tun Mahathir sudah lupa kerana Melayu mudah lupa seperti kata beliau sendiri. Dalam proses pemulihan UMNO, tindakan Tun itu boleh menyukarkan lagi usaha tersebut.

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"