Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membangkitkan tiga perkara mengenai soal kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno. Begitulah kenyataannya manakala Datuk Seri Adnan Yaakob, MB Pahang pula mengalu-alukan kemasukan Mohamad Ezam dan menyifatkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai aset kepada parti. Inilah yang akan menjadi perbulanan orang ramai di mana-mana saja. Pemimpin UMNO nak jaga kedudukan sendiri dalam parti dan kerajaan. Parti UMNO hanya untuk orang Melayu tertentu sahaja. Tidak demokratik. Kemasukan ahli UMNO tertentu disekat. Apa salahnya Sdr Ezam nak kembali kepada UMNO. Walaupun dulu dia menentang parti sekalipun, ibarat kata sesat dihujung jalan balik ke pangkal jalan. Salahkah perumpamaan Melayu ini untuk kita sama-sama hayati? Ramai akan menyokong pandangan Datuk Seri Adnan Yaakob yang mempunyai fikiran lebih terbuka. UMNO milik semua bukan untuk orang tertentu. UMNO akan semakin lemah dan tidak dihormati jika tidak demokratik. Yang mengkritik UMNO diminta keluar dari parti manakala yang nak kembali kepada UMNO disekat atau dihalang dengan pelbagaian sebab dan kemungkinan. Itulah UMNO!!!!!
No comments:
Post a Comment