Sunday, May 4, 2008

Isu Pertukaran Serta Merta Pengarah MAINP


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah menitahkan pertukaran serta-merta yang diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury ditarik balik. Perbuatan MB Perak menukar Jamry Selasa lalu telah membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).
Isu yang sebenarnya apakah kesalahan Jamry hingga diarah bertukar serta-merta? Mengikut Pengarah JAIP, beliau tidak diberi peluang untuk membela diri. Sudah tentu, pegawai kanan kerajaan seperti Jamry ada sebab-sebab yang kuat yang mungkin menyebabkan ia tidak dapat akur dengan arahan MB. Demi penyatuan umat Melayu dan Islam, Jamry terpaksa mempertahankan peraturan dan amalan yang telah pun diamalkan oleh BN sebelum ini. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, MB Perak sedang mengumpul maklumat imam-imam dari PAS untuk dipilih dan mengambil alih di masjid-masjid dan surau-surau tertentu. Perbuatan ini sedang berlaku. Dan jika dibiarkan, perpecahan umat Islam akan menjadi lebih runcing dan parah. Sembahyang dua imam, kemungkinan akan kembali berlaku.

Dalam hal ini, BN melalui kepimpinan UMNO lebih telus dan amanah memikul tanggungjawab menyatukan ummah. UMNO tidak menggunakan masjid dan surau sebagai gelanggang politik. UMNO menerima sahaja imam yang dilantik oleh ahli qaryah asalkan ianya berkelayakan sebagai imam biarpun imam berkenaan penyokong kuat PAS. Pemecatan imam dari UMNO dan berlakunya sembahyang dua imam sebenarnya berpunca dari kepimpinan PAS yang fanatik. Kepentingan politik diutamakan oleh PAS dan mengatasi kepentingan Melayu dan Islam. PAS tidak kisah dengan perpecahan Melayu dan sebaliknya PAS pandang sinis terhadap usaha penyatuan Melayu. MB Perak dan barisan kepimpinan Melayu dalam kerajaan negeri Perak janganlah bertindak sebarangan. Fikirlah masa depan umat Islam dan Melayu bukan semata-mata untuk kepentingan parti PAS dan PKR. Tuanku Sultan Perak, yang adil dan saksama memerintah negeri, rakyat amat gembira kerana tuanku Sultan Perak bertindak tegas demi untuk penyatuan umat Melayu negeri Perak keseluruhannya. MB Perak hendaklah lebih berhati-hati sebelum mengambil sesuatu tindakan pada masa akan datang. Jangan terburu nafsu kerana tindakan seumpama itu boleh mengundang perpecahan dan kegelisahan semua rakyat negeri Perak.

1 comment:

pakndak said...

pandaila hang nak tukar-tukar orang

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"