Monday, May 19, 2008

Tun Mahathir Keluar UMNO

Berita terkini mengejutkan semua rakyat. Tun Mahathir mungkin kecewa dengan kepimpinan UMNO sekarang. Kritikan beliau tidak diterima malahan dianggap seperti "gunting dalam lipatan" atau ia umpama "duri dalam daging". Sehinggakan ada pemimpin UMNO sendiri mencabar beliau keluar dari parti UMNO. Budaya dan adat resam Melayu belum dihayati sebaik-baiknya oleh pemimpin Melayu dalam UMNO. Betapa hebatnya kita selaku pemimpin sama ada di peringkat cawangan mahupun di peringkat pusat, kita perlu menghormati orang lama dalam UMNO. Apatah lagi seperti Tun Mahathir yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat serta dikagumi kebolehan dan keberaniannya hingga di arena antarabangsa. Pepatah Melayu ada berkata, "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya". Jika pepatah ini jadi pegangan, maka tidak ada salahnya jika pemimpin UMNO menjemput beliau berbincang bersama untuk faedah parti dan negara. Sekali lagi jika berita ini benar, maka 'nasi dah jadi bubur'. Ini bermakna suatu tamparan paling hebat kepada kepimpinan UMNO masa kini. Tun Mahathir mungkin cukup kecewa dengan mulut celupar dari barisan kepimpinan yang masih muda dalam politik kepartian. Seolah-olah Tun Mahathir tidak perlu lagi berada dalam UMNO. Sebenarnya Tun Mahathir masih mempunyai pengaruh yang kuat dan boleh memberi sumbangan yang besar untuk pembangunan negara dan juga parti. Kemanakah akhirnya Tun Mahathir selepas ini dan tidak mungkin ia menyertai Pakatan Rakyat!! Tidakkah ada pemimpin UMNO Pusat sudi memujuknya seperti Tun Mahathir bercadang meletakkan jawatan Presiden UMNO suatu masa dulu. Tunggu dan lihat!!!

3 comments:

abe MIE said...

MAHATHIR BUAT 'FILEM' TERBAHARU

Kenapa Tun Dr. Mahathir (TDM) keluar UMNO dengan tergesa-gesa? dan kenapa TDM tidak berminat hendak menyertai PAS, PKR atau DAP? atau TDM menubuhkan parti bebas?

TDM lebih berminat mahu menubuhkan 'parti diri bebas' iaitu bebas daripada kutukan, kritikan, pembicaraan ataupun dia sebenarnya mempunyai skandal lain yang menyebabkan dia keluar UMNO untuk 'sementara waktu'?

Ada 6 sebab kenana TDM berbuat sedemikian.

1. TDM adalah PAKAR PELAKON DAN PAKAR PENGARAH POLITIK. TDM seorang genuis dan bijak serta benar-benar berbakat berlakon terutamanya dalam telemovie 'POLITIK AIR MATA' atau 'POLITIK BELASAH ORANG'.

Dulu sebelum Pak Lah jadi PM, dia selalu menangis sebab sudah mahu letak jawatan semasa persidangan UMNO. Orang suruh dia tarik, tapi dia tarik balik dan jadi PM serta Presiden UMNO.

Masa jadi PM, 22 tahun lamanya, dia pernah membunuh musuh politiknya, antaranya TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH, GHAFAR BABA, dan ANWAR IBRAHIM.

Kita sebagai rakyat Malaysia berjuta-juta nyawa hanya mampu mwnunjukkaan kemarahan sahaja. Tapi apabila TDM seorang marah, tidak semena-mena kita beranggapan dia mewakili jutaan nyawa? BIARLAH si luncai (TDM) dengan labu-labunya.

2. SURUH PAK LAH TARIK BALIK ATAU TIDAK MENERUSKAN 'PEMBERSIHAN' penyalahgunaan kuasa, politik wang dan penindasan ke atas TDM.

TDM dikenali sebagai BAPA MUKHRIZ yang sah, digelar bapa pembangunan Malaysia, dipanggil Bapa kezaliman, dituduh Bapa Penipuan, Bapa Politik Lawyar Buruk, Bapa ketidakadilan, Bapa Bangsa Mamat dan bapa UMNO. Tetapi dia seorang bapa yang suka minum todi dan arak sehingga mabuk. memukul mama- layak digelar 'papajahat'. Jadi apa gunanya gelaran bapa diberikan hanya sekadar untuk dirinya sahaja.

Andaikata TUN MUSA HITAM, TENGKU RAZALEIGH dan GHAFAR BABA menewaskan TDM, sudah tentu masalah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berjaya diatasi ataupun dikurangkan ke tahap minimum.

3. TDM HENDAK MENGUJI POPULARITI. Macam artis, sekejap timbul sekejap sembunyi. Bila ada masalah, dia menghilangkan diri dan timbul pula beberapa tahun kemudian sebagai hero berpengalaman. Misalnya, kejadian tidak baik berlaku kepada Ning Baizura, Mamat Exist, Jamal Abdillah, Amy Search, Saleem iklim dan ramai lagi. Artis berkenaan berdiam diri tetapi dalam jangkamasa tertentu mereka kembali ke arena hiburan kita.

Kalau tidak percaya lihat lah sekarang bagaimana orang UMNO memujuknya supaya kembali ke UMNO.

4. TDM adalah MELAYU MUDAH LUPA. Dia lupa dengan kata-katanya 'parti diutamakan berbanding individu dan perjuangan parti mengatasi perjuangan individu.

Dia pernah menggelarkan orang Melayu sebagai bangsa PEMALAS. Tidak pula menggelarkan India sebagai pembelit dan penipu, dan Cina sebagai pengecut dan penipu!!! Dia juga tidak pernah membela nasib pekerja kerajaan bawahan selama menerajui Malaysia.

5. TDM SEORANG PENDENDAM dan akan melakukan apa sahaja untuk dirinya. Pada pilihanraya lepas (2008), TDM bukan main mengutuk Pak Lah dan apabila dia berjaya- dia kutuk lagi Pak Lah. TDM mahukan semua orang 'ikut' telunjuk bawah ketiaknya. Dia mahu Pak Lah letak jawatan dan gantikan dengan Najib, itu semua mainan politiknya untuk menjaga kepentingan kronisnya sahaja.

6. TDM MEMANG PERLU LETAK JAWATAN dan buat apa ditangiskan. Dia perlu berehat dan berdiam diri. Sepatutnya dah lama TDM berbuat sedemikian. Ramai orang dalam UMNO sudahpun berbuat sedemikian, meletak jawatan kerana tidak bersefahaman dengan pucuk pimpinan dan tidak mematuhi kehendak perlembagaan parti. TDM dah berbuat apa yang perlu dia lakukan.

Yang abe MIE hairan, apabila TDM meletak jawatan, kenapa parti pembangkang beria-ria sangat? Kan mereka sudah lama mahukan TDM berbuat sedemikian.

Kena ingat, TDM bukannya Nabi atau Rasulullah atau Jesus atau Gautama Buddha atau dewa Krtisnan yang mana mereka semua ini adalah penyelamat agama dan bangsa masing-masing. TDM adalah pemimpin negara seperti PM yang terdahulunya. Kita mengenali mereka kerana sumbangan dan jasa-jasa serta pengorbanan mereka.

Abe Mie rasakan, kiranya TDM dari dahulu lagi berdiam diri dan menyerahkan kepimpinan negara pada Pak Lah dan orang lain, sudah tentu BN tidak perlu menerima 'se-kalah' ini.
Publish Post
Dia boleh menikmati masa pencen dengan tenang atau menjadi penasihat kepada Petronas, Proton dan sebagainya tanpa diganggu oleh orang politik dan diserang kiri-kanan.

http://pkrpasdap.blogspot.com

abe MIE said...

3 ABDUL- MAHATHIR, KHALID & KARPAL SINGH

3 ABDUL- MAHATHIR, KHALID & KARPAL SINGH?

Satu tu, Abdul yang terlalu pintar dan bijak, satu lagi abdul yang pandai menabur janji dan satu lagi abdul yang selalu menerima ancaman dan suka cari gaduh.

cerita lanjut
jumpa di website
http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

itu pun masih orang sanjung bagai nak rak. betapa bodohnya manusia sekarang ini.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"