Thursday, May 15, 2008

Isu Karpal: PAS dan PKR mulai bingung!

Rakan karib DAP, PAS dan PKR mulai mencari jalan mempertahankan maruah Pakatan Rakyat. Setelah berminggu lamanya isu Karpal hangat diperkatakan oleh rakyat dan media, pemimpin-pemimpin PAS dan PKR mulai bersuara setelah lama membisu. Walau tak setuju dengan Karpal, tetapi PKR dan PAS boleh diibaratkan "luah mati bapa ditelan mati emak". Mengapa tidak begitu? Hati penyokong dan pengundi nak dijaga kerana majoritinya Melayu. Menyokong Karpal ertinya menghancurkan hati dan perasaan orang Melayu. Penyokong PKR dan PAS akan marah! Jika sebaliknya, tidak menyokong kenyataan Karpal nanti rakan karib mereka, DAP pula akan marah.
Pakatan Rakyat perlu mencari kaedah politik kotor seperti mereka lakukan dalam pilihanraya yang lalu. Apa jua berlaku, UMNO akan dipersalahkan. UMNOlah puncanya. Bukan Karpal yang puncanya. Media perdana dituduh berat sebelah. Harakah Daily dan akhbar KeAdilan tidak berat sebelah. Hampir 99% dalam Harakah Daily memburuk pemimpin UMNO dan BN. Manakala hanya 5% dalam Utusan Malaysia memaparkan isu politik, itu pun dituduh berat sebelah.

Tok Guru Nik Aziz sebelum ini amat menentang keras wakil rakyat lompat parti. Beliau terlalu yakin dan katanya ini bukan kerja parti pembangkang tetapi kerja BN. Bila pendedahan wakil rakyat BN di Sabah dan Sarawak mengenai tawaran lumayan oleh PKR, barulah pemimpin PAS terpaksa tukar fikiran 100%. Terpaksalah Tok Guru Nik Aziz kena sokong wakil rakyat lompat parti. Ertinya dia sokong apa yang PKR usaha sekarang ini, memujuk wakil rakyat BN keluar dan menyertai Pakatan. Apa nak kata lagi rakan PKR pula buat hal!!! PKR tiada bermaruah, rasuah politik, memusnahkan demokrasi yang ditegakkan dan tidak menghormati suara rakyat. Pendedahan begitu berani Datuk Mukhriz mengenai penglibatan DSAI dengan pemimpin-pemimpin asing anti Islam telah menjadikan Pakatan jadi terus kebingungan.

Rakyat dah tahu dan mulai sedar. Janganlah salahkan media, salahkan pakatan. Janganlah menghentam UMNO dan BN, hentanlah pakatan. Selama ini pun memang pun UMNO dan BN selalu dipersalahkan. Bila wujud pakatan barulah tahu, bukannya senang nak satukan tujuan dengan ideologi yang bertentangan!

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"