Wednesday, May 28, 2008

Konsep Islam Hadhari Dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, kerajaan campuran Selangor mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari di negeri tersebut. Menurut Hassan, konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor memandangkan ajaran Islam yang diamalkan di seluruh negara sudah pun lengkap dan meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia.
Datuk Dr. Hassan telah politikkan Islam Hadhari. Bukannya dia tak reti. Dia tidak bodoh. Datuk Dr Hassan yang pandai berbicara. Tetapi kerana lahirnya Islam Hadhari dari pemimpin Islam UMNO maka dia tidak mahu terima. Adakah prinsip-prinsip Islam Hadhari itu bertentangan dengan al-Quran atau Hadis Rasulullah s.a.w? Datuk Hassan mahu rakyat Islam dan bukan Islam keliru dengan Islam Hadhari. Dia mahu rakyat menerima Islam PAS yang mengharamkan Islam Hadhari sebaliknya tidak mengharamkan ternakan babi dan kedai arak. Dalam kempen pilihanraya yang lalu, PAS berjanji akan tutup semua bentuk aktiviti yang haram, tetapi kenapa tidak melaksanakannya? Kenapa pulak konsep Islam Hadhari yang diharamkan?

4 comments:

Kasa said...

Macam itulah. Orang Melayu kena tipu dengan pemimpin pembangkang yang banyak berjanji sebelum pilihanraya. Dah dapat kuasa apa boleh kita buat. Tengok sajalah.

pak teh said...

Itu pun mereka percaya akan pemimpin dari kalangan pembangkang. sekarang kerja mereka mencari kesalahan orang nak tutup mata rakyat yang mereka telah menipu rakyat.

syuxxx said...

islam hadari??? kemajuan...tgk dalam tv..drama2 melayu..buat cite tahyul mitak tolong kat jin (gaya-astro)...cite seksi2 baju tak cukup kain (ezora-tv3)...penyanyi2 dah tak leh nak jaga tingkah laku..tu seme islam hadari la tu...

Sedingin Salju said...

Wey pak tam, Dr Hassan kata, depa Pas tak buat janji nak tutup kilang arak dan pusat hiburan. Adakah rakaman ceramah yang depa kata nak tutup buang kilang arak dan pusat hiburan tu? Ha mukalau ada, hantak mai biak orang dengak.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"