Thursday, May 1, 2008

Perhimpunan Haram Sempena Hari Pekerja

Laporan Berita TV melaporkan bahawa polis pagi tadi dapat menyuraikan orang ramai yang menyertai perhimpunan haram anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit). Perhimpunan itu dilaporkan telah didalangi oleh parti pembangkang, iaitu PKR dan PAS. Penganjur mahukan perhimpunan tahunan itu sempena Hari Pekerja diadakan secara perhimpunan jalanan. Pakatan Rakyat terutama pemimpin dan penyokong PAS dan PKR perlulah memikirkan tentang kepentingan awam sebelum menganjurkan sebarang perhimpunan. Sebenarnya beginilah cara PKR mendapat publisiti dan kemudian sokongan rakyat umum, pemuda dan remaja. Publisiti murahan inilah yang menjadikan PKR dikenali dan DSAI dijulang sebagai pejuang rakyat. Liputan meluas oleh akhbar-akhbar perdana dan media elektronik menjadikannya lebih popular dari seorang PM. Pelbagai pertubuhan atas nama parti dan NGO telah mengadakan beberapa siri perhimpunan hingga memaksa pihak berkuasa mengenakan ISA kepada beberapa pemimpin Hindraf. Mengapakah di Kuala Lumpur yang dipilih untuk mengadakan perhimpunan itu? Lakukan sahaja perhimpunan-perhimpunan haram di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat memang merestui perhimpunan seperti itu. Kerajaan Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat akan membenarkan pertubuhan-pertubuhan seperti ini mengadakan perhimpunan haram di jalanan. Rakyat sudah mulai bosan dengan tindak-tanduk pemimpin parti pembangkang hari ini. Kesilapan demi kesilapan mulai dilakukan oleh pemimpin pembangkang. Rakyat masih bersabar menunggu janji pilihanraya. Kenapa NGO yang mengadakan perhimpunan haram tidak menyatakan ptotes kepada kerajaan negeri yang di perintah Pakatan Rakyat, tidak menunaikan janji pilihanraya? Jawabnya, itulah kerja pemimpin PKR iaitu Parti Kena Rakyat!!!

No comments:

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"