Thursday, May 29, 2008

Roadshow Ezam dan rakan, PKR ke ambang kehancuran


Kemasukan Ezam dan rakan-rakannya yang kebanyakan pemimpin muda PKR ke dalam UMNO telah memberi satu tamparan hebat kepada PKR hari ini. Bekas Setiausaha DSAI, bekas Ketua Pemuda PKR, bekas Ketua Pemuda PKR Negeri dan sebagainya telah tidak yakin dengan perjuangan PKR. Mereka telah membuat keputusan untuk kembali semula kepada UMNO. Mereka banyak pengalaman pahit dan manis serta sepak teranjang politik baik semasa dalam UMNO mahu pun semasa dalam PKR. Pengalaman mereka ini telah digunakan sepenuhnya untuk menilai dan membuat perbandingan secara jujur dan ikhlas. Akhirnya mereka bersetuju menyatakan bahawa UMNO adalah wadah perjuangan yang cukup jelas dan konsisten. Parti pembangkang termasuklah PKR yang sebenarnya memainkan isu perkauman. Mereka mengatakan bahawa DSAI akan bercakap lain dengan bangsa Cina dan lain pula dengan bangsa Melayu. Oleh itu mereka rela keluar meninggalkan PKR walaupun mereka mengetahui bahawa PKR sedang berada di puncak kuasa ketika ini. Harap Ezam dan rakan-rakan dapat menjelajahi seluruh Malaysia termasuk di Balik Pulau untuk menyedarkan orang Melayu terutamanya supaya kembali bersatu di bawah parti keramat UMNO.

12 comments:

Anti BN said...

Maaflah kami penyokong PR tetap bersatu. Pemimpin UMNO di Penang termasuklah Balik Pulau masih terkejut lagi. Wakil rakyat pun nampak tak bersemangat lagi kerana yang memerintah bukan BN.

Anonymous said...

Jalan Balik Pulau pon macam hidop segan mati tak mau ..projek lembab
macam UMNO jugak yang dah tenat .. Sapa Ezam .. macam nama kera .plah
Kera diutan diberi susu anak di rumah mati kelaparan ..lu pikir la sendiri or redah jer .. macam budak Raja lawak n AF ..

syuxxx said...

parti keramat UMNO?? kera ahmad??? kera Ahmad Badawi..?? haha..

Pak lah pelopor islam hadari..isteri sendiri kepala bogel...islam ala kadar tu..bkn hadari...hehe

MenantuOrgPenang said...

Mertua ku org penang..
ku tahu apa yg org melayu dapat di Penang,setiap hari teru sdi pinggir dan 'dihalau'..Dimana suara Umno ketika BN
memerintah disana??

Politik apa pun boleh berlaku..
Semalam lawan,hari kawan. Esok mungkin menjadi lawan kembali.

pak teh said...

Ezam masuk UMNO sebab tak percayakan pemimpin PKR yang akan merosakkan bangsa melayu sendiri. DSA jumpa dengan melayu cakap lain dengan cina cakap lain dengan india cakap lain lidah bercabang macam bewak. Macam tu nak jadi pemimpin.Ujung-ujung DAP yang perintah. Lu fikirlah sendiri.... ada akai kaaaaaaaaaaa.

pekena rakyat said...

Kalu UMNO pun tak dapat nak bantu Melayu di Balik Pulau tapi kalu DAP memerintah boleh lah kut. Sorrylahhhh... jawabnya. DAP tentang DEB nak amalkan konsep Malaysian Malaysia, hak sama rata habis dapat tolong Melayu cara begini. PKR boleh ceramah saja malah lebih teruk lagi ada. Sekarang ni pun projek tak ada, kontraktor mengeluh, ada projek dapat kat kroni jugak..Lu fikirlah sendiri........

Sedingin Salju said...

eAha, baguslah. Semoga Umno dapat kembali hidup. Tapi, Umno harus diubah dululah no? Tak pa. Hidup Umno!

busu said...

Pemimpin UMNO dan Melayu di Balik Pulau tak ada blog sendiri kaah? Blog ini siapa punya, siapa-siapa boleh beritau identitinya! Hebat juga blog ini....

yiemega said...

Soalan Saya:

Mengikut Perlembagaan UMNO Fasal 20(20.1) Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

Mengikut rekod Ezam telah pun bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum 1999

http://suaragenerasimuda.blogspot.com

Busu said...

Terpulanglah kepada MT UMNO. Adalah amat rugi jika UMNO menghalang kemasukan mana-mana individu menjadi ahli UMNO. Dala politik begitulah ada ketika menjadi lawan dan ketika yang lain jadi kawan. Harap MT UMNO dapat menerima Ezam dan rakan-rakannya.

pak teh said...

biasa la pembangkang masa nak buat jambatan kata membazir, buat kereta proton pun bangkang semua buat tak kena bila dah siap depa yang banyak guna dari kita yang menyokong. Tengok lah kalu jalan balik pulau siap depa guna jugak. Kalu dok komplen sampai tak mau-mau esok siap hampa jagan dok guna ikut jalan lain.Depa ingat buat jalan tu macam main pondok-pondok kut. Akai ada kaaaaaaaaa, lu fikir lah sendiriiiiiiiiiii.

Sedingin Salju said...

ha tulah. Dulu Kit Siang kata kalau jambatan Pulau Pinang siap, dia nak terjun. ha awat tak terjun?

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"