Wednesday, May 28, 2008

Sdr Mohamed Ezam Memilih UMNO


Bekas Ketua Pemuda Keadilan dan bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Sdr Mohamad Ezam telah kembali ke pangkuan UMNO. Datin Seri Wan Azizah, Presiden parti Keadilan dan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan berpendapat bahawa kemasukan Ezam ke dalam UMNO tidak memberi kesan apa-apa kepada parti Keadilan. Itu sahaja yang dapat diulas oleh kedua-dua pemimpin utama Keadilan.
Banyak persoalannya yang bermain difikiran penyokong-penyokong UMNO lebih-lebih lagi penyokong PKR. Mengapa Ezam tidak memilih PKR? Sebaliknya ia memilih untuk bersama UMNO.

Tentulah Sdr Ezam mempunyai sebab-sebab tertentu kenapa beliau tidak memilih PKR sedangkan beliau boleh kata tidak ada konflik dengan kepimpinan PKR. Selaku orang kanan DSAI dan bekas pemimpin kanan PKR sepatutnya beliau menyertai PKR. Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia dari BN tidak lama lagi. Tidakkah Sdr Ezam berminat dengan kenyataan itu? Biasanya pemimpin yang penting diri sendiri akan memilih PR yang telah menguasai 5 buah negeri.

Sebenarnya sdr Ezam pernah berada dalam UMNO dan PKR. Kemasukannya semula dalam UMNO tidak dinafikan akan menjejaskan imej PKR. Selaku pemimpin, sudah pasti dia mempunyai pengikutnya sendiri. Dan diyakini akan lebih ramai lagi rakan-rakan seperjuangannya akan mengikuti jejak Sdr Ezam. Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya PKR perlu berfikir kenapa Sdr Ezam tidak menyertai PR, jika tidak menyertai PKR, beliau boleh menyertai PAS. Beliau lebih yakin dengan perjuangan UMNO dan tertarik dengan perubahan dasar kerajaan di bawah pentadbiran PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam memerangi rasuah dan sistem kehakiman. Sama-samalah kita tunggu berita kemasukan bekas ahli dan pemimpin PKR ke dalam UMNO tidak lama lagi melalui usaha Sdr Ezam.




5 comments:

Anonymous said...

Dah ramai orang Melayu kini sudah sedar. Dulu mereka tertipu dalam kempen pilihanraya. Mereka tertarik dengan kempen pembangkang. Retorik pembangkang dalam politik sudah jelas dan nyata. Harap Sdr Ezam dapat buktikan kesungguhannya dalam perjuangan bersihnya. Tahniah!

Anonymous said...

Ada orang Melayu seronok gile bila DAP memerintah Penang. Tapi dah senyap, baru sedaq kut! Nak berpolitik tak reti, hanya dengar ceramah. Nak baca akhbar mungkin jauh sekali.... nasib lah nasib orang Melayu Pulau Pinang. Menang sorak kampung tergadai!!!

Tai said...

harap orang melayu pakat sedaklah. Saya ni orang cina, tapi saya baca sejarah. Saya harap, orang melayu sedaklah dari tidok. ya betoi Umno banyak tak kena. Dan orang kata, kalau sakit, mesti ada ubat. jadi, toksah keluak Umno, pulihkan Umno tu. Dan hampa semua orang melayu kena tau pasai pa Ezam masuk balik Umno. Pasai dia tau takdak parti lain yang boleh perjuangkan nasib orang melayu.

Cuba hampa tengok peminpin Dap. La ni, dok melaungkan ketuanan rakyat. Apa kejadahnya ini semua? Taukah hampa nama asal malaysia ialah Tanah Melayu? Jadi secara automatiknya, orang melayu adalah warga pribumi negara ini. Ini adalah sejarah yang tidak boleh dipadamkan.

Tapi sayang, ada melayu, sanggup menggadaikan maruah diri semata-mata kerana pangkat dan darjat.

Dan, hampa semua kena tau, Dap adalah serpihan parti Pap yang la ni dok pegang Singapura. Apakah ideologi Pap pun hampa tau. jadi, tak hairan kalau ideologi ini diikuti oleh Dap.

Hampa melayu ni, kena sedak yang hampa la ni, sedang dipecah-belahkan oleh anasir jahat dan yang paling malang, orang melayu sendiri pulak tolong sama. Apa kejadahnya ini semua?

Ya betoi ada orang kata DEB itu faedahnya dinikmati oleh kroni Umno. Tetapi, adakah dengan menyokong parti yang kononnya ingin membuat keadilan dan cuba menghapuskan Deb, melayu akan terbela?

Tidakkah kepincangan Deb itu boleh diperbaiki? Kenapa mesti dihapuskan?

Ok berbalik pada topik, harap Ezam akan berbuat sesuatu untuk menyatupadukan orang melayu.

Anonymous said...

Pembangkang pandai create isu. UMNO memang perjuangkan untuk orang Melayu, MCA untuk orang Cina dan MIC untuk orang India. Semangat BN membolehkan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai. PKR mencari peluang dan ruang kelemahan parti-parti berasaskan kaum ini dengan mengambil jalan tengah sebagai parti untuk semua kaum, iaitu PKR. Mulalah pemimpin PKR atur strategi...berada di belakang BERSIH dan HINDRAF serta menjadi juara kepada isu-isu lain seperti ISA, Korupsi, Kenaikan harga minyak, harga barang, Tol dan sebagainya. Berjumpa dengan kaum Cina seolah-olah PKR memperjuangkan kaum Cina. Dan begitu juga dengan kaum-kaum lain.

Tai said...

Betoi tu. mereka berjaya memanipulasi kelemahan BN. jadi, BN harus bangkit dari kelemahan. Buat penjenamaan semula BN.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"