Monday, June 9, 2008

Tiada Kempen Elak Politik Wang

Cuba buat perubahan supaya parti UMNO terutama UMNO Bahagian Balik Pulau kelihatan hidup dan tumbuh subur. Haramkan aktiviti berkempen untuk pemilihan dalam persidangan agung UMNO baik diperingkat pusat, bahagian mahupun cawangan. Mengapa perlu berkempen? Untuk apa berkempen? Berkempen adalah usaha-usaha yang dirancangkan dan dilaksanakan untuk mempengaruhi ahli supaya beroleh sokongan. Penyokong-penyokong berkempen dan memberitahu calon kita hebat orangnya dan banyak keistimewaannya. Calon yang bertanding pula berkempen untuk dirinya seolah-olah dia seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan, mampu membawa perubahan kepada parti dan ahli -ahli parti.

Menghayati sedikit suasana kempen seperti itu, tidakkah terasa sombong, pongah, berlagak, takbur dan hipokrit. Itu sebabnya 'orang masjid' atau 'orang surau' tidak berminat untuk berpolitik. Buruk rasanya diri jika kita mengakui bahawa kita berkemampuan dan berkebolehan. Ada yang tak berkebolehan, mengakui diri boleh dan kemudian menang. Ada yang baik, buat kerja dan komited tetapi kalah kerana tidak berminat untuk berkempen. Berkempen perlu bercakap dan berjumpa, ada perjumpaan di hotel, dewan atau restauran. Ibarat kata tak ada duit, jangan masuk politik. Bagaimana bagi mereka yang tak ada duit tapi boleh bekerja dan mampu memberi sumbangan kepada parti? Aktiviti berkempen mengizinkan berlakunya politik wang dan persaingan yang tidak sihat. Oleh itu eloklah kempen politik ditiadakan supaya pemilihan berjalan dengan baik dan bersih sekali.

Dengan tidak ada kempen politik, pemimpin-pemimpin dari peringkat pusat, bahagian hinggalah AJK Cawangan sudah tentu akan bekerja kuat untuk parti supaya ahli mengenali dan mengiktirafnya bahawa mereka boleh buat kerja dan komited. Melalui aktiviti partilah sama ada Biro Penerangan, Biro Latihan, Biro Sukan dan Kebajikan, Biro Agama, Biro Pendidikan dan sebagainya dapat menampilkan kewibawaan dan ketokohan ketua-ketua dan AJKnya. Ahli-ahli UMNO boleh menilai ketokohan kewibawaan seseorang calon yang bertanding melalui penglibatannya dan penyertaan dalam program parti. Ada AJK Bahagian langsung tak buat program tetapi sentiada kekal berada dalam AJK Bahagian. Kadang-kadang ada pula keadaan di mana, banyak sangat buat program ada yang tak senang tidur. Cari jalan nak mengkritik. Bukan nak tegur dengan baik dan berhemah, ditegurnya dalam perhimpunan supaya semua orang tahu dia hebat, bijak dan berani. Jika beginilah sikap orang kita, lebih baik jangan buat program daripada buat program. Yang menegur itu pun tak pernah buat program hanya pandai bercakap sahaja. Itulah sebabnya orang profesional tidak berminat dengan parti. Lebih selesa tanpa parti. Banyak musuh jika membabitkan diri dengan parti. Yang tidak ada kepentingan dalam politik, bebas untuk bercakap dan menegur serta mengkritik. Ahli begini kurang disenangi oleh pemimpin parti. Yang pemimpin suka adalah ahli yang pandai mengampu atau bodek. Tulisan di atas hanyalah satu pandangan semata-mata daripada pengalaman penulis. Dan tidak semua tempat berlaku sepertimana penulis katakan. Dalam sembang-sembang petang pasal politik UMNO Balik Pulau, bertanya pula seorang sahabat, bagaimana nak pilih pemimpin jika seluruh AJK Bahagian Balik Pulau tidak aktif?....!!!!!????

7 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

abe MIE nak cakap sedikit pasal pembukaan keahlian PAS kepada orang Cina dan India kepada PKR (dan kita lupakan pasal UMNO boleh tak)?

ringkasnya, Kenapa PAS tidak bubarkan parti itu dan menyertai PKR? Sedangkan Anwar al-juburi akan jadi PM nanti!!!

Atau PKR bubar, dan ahlinya menjadi PAS. Kan sama. Kenapa dalam Pakatan Rakyat-PR memerlukan dua parti yang hampir persamaan iaitu pelbagai kaum satu politik? Adakah PAS dan PKR masing-masing tidak percaya antara satu sama yang lain?

PAS kini sudah tidak KEDENGARAN LAGI TENTANG SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD. NEGERI DIPERINTAHNYA, KELANTAN, PERAK DAN KEDAH TIDAK PULA KEDENGARAN AKAN DILAKSANAKAN HUDUD. KENAPA??? ADAKAH ALLAH LAYAK DIPANGGIL OLEH AGAMA KRISTIAN, ALLAH BUDDHA, ALLAH JESUSS, ALLAH SIDHU?

yang abe MIE faham, PAS hanya pakar dan pintar dalam mengkafirkan UMNO dan sanggup berjihad melawan UMNO.

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

sama juga macam BN..ada komponen2 tersendiri..tiap2 parti ada matlamat parti sendiri..knp tak dibubarkan saja MCA MIC dan sebagainya..

pengalaman saya waktu PRU12..pondok2 kempen PAS di penuhi dgn manusia2 berkopiah dan muslimah2 bertudung yg terdiri drpd kebanyakannya pakar2 agama..tak ketinggalan ada beberapa org engineer..doktor..cikgu2..dan anak2 muda..

tp di pondok kempen UMNO..yg ada hanyalah anak2 muda(mat rempit kebanyakannya dgn motor2 bising)..anak2 dara yg tanpa segan silu bercampur gaul dgn anak2 muda td..
kalau beginilah keadaannya..PRU 13 pasti akan ada sejarah baru...

Anonymous said...

Apabila Agama di politikan maka jadi lah perkara-perkara yang abang mei sebutkan tadi. Umno tidak mempolitikan Agama. Pemimpim PAS sanggup mengeluarkan perkataan-perkataan yang kesap lagi biadap. Semasa kita kecil dahulu guru ataupun cikgu mahupun ibubapa mengajar kita tengtang adap dan sopan santun, contoh mesti hormat orang tua2, cakap kena belapik dan sebagainya. Semasa PAS berkempen untuk pilihanraya caci mencaci, cerla-mencerla ini mainan mereka. Di manakah adap sopan dan santun yang dahulunya di ajar oleh orang-orang yang saya sebutkan tadi. Semasa Tun dalam UMNO Pas mengelarkan Tun sebabagi Maha Firaun, Sekarang apabila TUn keluar UMNO Pemimpin PAS tertinggi mengagong-agongkan pulak TUn , Tun Bijak la, Tun pandai la dan sebagainya. Cakap Pemimpin Pas dahulu lain dan sekarang lain penuh dengan hipokrit.

Anonymous said...

Saya sokong cakap pak tam, pada piliharaya K12 man pi ketua penerangan apa dia buat, Ajk Bahgian apa depa buat, semua ketua2 apa depa buat? Yang tau kriktik sana krititk sini. Yang menganguk tu ramai. Orang yang tak dak duit pakai tinggai di belakang la. Shah tentu seronok apabila boleh berkempen, dia jutawan yang pengikut pegikut nya boleh la tumpang cendui. Ada yang dulu musuh la ni dah satu kumpulan cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Saya sangat setuju abe mie ni tapi macam tulah abe mie orang kita ni. Tamakkan kuasa nak memerintah walapun ada persamaan warna kulit, bahasa, agama dan bangsanya tapi pakat nak jadi pemimpin kerana masing-masing ada pengikutnya. UMNO dah OK dah! Dikafirkan pula sebab berpakat dengan MCA dan MIC. Saya tak pernah dengar secara terbuka yang MCA dan MIC menentang wujudnya negara Islam. Ertinya mereka menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam atas dasar kerjasama dalam BN yang ditunjangi oleh UMNO. Macamana pula DAP? Terang2 menentang wujudnya negara Islam. Terang2 PAS boleh pula berpakat dengan DAP atas dasar kerjasama Pakatan Rakyat. Saya tak dengar pula UMNO mengkafirkan PAS? Betoi kata abe mie, perjuangan PAS dah kabur! Penyokong PAS dah bengong! Perjuangan negara Islam dan hukum hudud dipadamkan kerana nak dapat sokongan orang Cina dan India. Kena sokong ternakan babi supaya dapat sokongan Cina. Kena sokong Hindraf nak dapat sokongan India walapun Hindraf mendakwa ada penghapusan etnik berlaku di Malaysia. UMNO lemah tak ada mulut semua, Pemuda diam membisu. Pegang jawatan berderet sana sini. Buat kerja masyarakat tiada, kerja korporat berjela! Saya geram kepada semua termasuk pemimpin UMNO. DSAI lagi teruk! Cakap tak serupa bikin. Sana cakap lain sini cakap lain. Eloklah PAS dan PKR tu. Yang konsisten dalmperjuangan hanya DAP. Akhirnya semua jadi pak turut!!!

Anonymous said...

Ni nak sentuh pasai apa pak teh kata, Kalau jadi AJK Bahagian terutama UMNO Bhg BP jangan nak tunjuk pandai, nanti orang cantaih awal2 . Dlm PRU12 mana nak boleh rapat sebab di monopoli oleh golongan tertentu saja,nak tanya sikit pun tarik muka 14!!Tapi kita kena ingat yg main peranan pengundi di cawangan2 , kalau asyik terkodek2 di bhg tapi cawangan bercamuk tak guna,saya selesa buat kerja dibawah lebih ikhlas...

Anonymous said...

Dalam persidangan agung UMNO ni, yang jadi perwakilan pilih pemimpin yang berwibawa, bersih dan amanah sahaja. Jangan kira kawan. Tolak politik wang!

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"