Friday, June 6, 2008

Harga Minyak: Tindakan Kurang Bijak Kerajaan

Petrol dan diesel adalah bahanapi penting yang memberi impak besar dalam aktiviti ekonomi baik dalam sektor perkilangan, perkhidmatan, pertanian, perikanan dan sebagainya. Kenaikan harga minyak sudah pasti akan melonjak naik kenaikan dalam harga produk yang dihasilkan oleh sektor-sektor berkenaan. Pengeluar tidak sesekali akan menyerapkan kenaikan kos bahanapi itu yang boleh mengurangkan keuntungan apatah lagi kerugian kepada mereka. Pengguna akhir adalah semua isi rumah yang akan membeli dengan harga yang lebih tinggi. Berlakulah inflasi tolakan kos. Kenaikan kadar inflasi ini sudah tentu akan mengurangkan kuasa beli rakyat. Taraf hidup rakyat akan menurun dan rakyat yang miskin akan bertambah miskin.
Pihak kerajaan perlu mencari suatu mekanisme lain, selain menstruktur semula pemberian subsidi sedia ada, perlu mengelakkan kenaikan harga minyak yang begitu besar. Kenaikan yang besar itu akan menimbulkan banyak spekulatif dalam pasaran dan realitinya inflasi akan berlaku. Tidak dapat tidak kerajaan akan menerima desakan pula untuk kenaikan gaji kakitangan kerajaan dan juga penetapan gaji minimum. Masalah kerajaan bertali arus dan tiada jalan muktamadnya.
Apakah masalah utama yang memaksa kerajaan menaikan harga minyak sehingga hampir harga pasaran sebenar? Jika kes penyeludupan dan penyelewengan serta banyak subsidi petrol ini dinikmati oleh rakyat negara jiran maka kerajaan perlu memfokuskan masalah menanganinya ke arah itu. Mungkin perlu memantapkan lagi pihak berkuasa di laut dan di darat serta di sempadan. Harga minyak jangan dinaikkan begitu besar tetapi penstrukturan subsidi seperti sekarang boleh diperbaiki lagi. Kenderaan berkuasa kecil dihapuskan cukai jalan manakala kereta berkuasa lebih besar dikurangkan dengan kadar progresif. Lebih kecil kuasa kenderaan lebih besar peratus pengurangan cukai. Pemberian subsidi kepada nelayan perlu dikaji semula supaya tidak berlaku penyelewengan subsidi yang diberikan kepada nelayan. Nelayan tulin sahaja patut didaftarkan dan menerima subsidi minyak. Saya berharap menteri-menteri yang berkaitan dengan isu ini perlu beri perhatian serius dengan kenaikan harga minyak yang begitu besar ini. Menaikkan harga minyak yang begitu tinggi walaupun digantikan dengan subsidi lain adalah suatu langkah yang kurang bijak dari aspek pengurusan ekonomi, politik dan kemanusiaan.

12 comments:

Tai said...

Jadi adalah diharapkan pihak kerajaan dapatlah berbuat sesuatu supaya keadaan yang gawat ini tidak dimanipulasikan oleh parti pembangkang yang hanya tau nak mengeruhkan suasana. mereka sedikit pun taknak tolong memberikan idea untuk mengatasi kegawatan yang sedang berlaku ini.

Anonymous said...

Kenaikan harga minyak dalam negara ekoran kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa akan memberi keuntungan politik parti pembangkang. Saya setuju dengan Sedingin salju. Mereka ini akan gunakan kesempatan ini menghentamkan kerajaan BN. Mereka akan kata jika mereka memerintah mereka boleh turunkan harga petrol hingga RM1.10 masa DSAI jadi Menteri Kewangan. Rakyat bodoh bolehlah kata macam tu. Kerajaan PR fikir dulu macam mana nak tunai janji pilihanraya. Kalau boleh tunai, janji sekarang jangan tangguh2 lagi. Jika tak boleh katakan sebabnya jangan menuding jari kpd kerajaan persekutuan pulak. Kalau memang tak boleh jugak kerana sebab kewangan, dana tak cukup, tanggungan kerajaan negeri bertambah dsbnya. Jadi duduk diamlah! Janganlah dok kondem kerajaan pusat yang ini tak kena dan yang ini tak betul. Itu sebabnya laa ni, Lim Guan Eng tak jadi ketua demontrasi, mana DSAI hilang ke mana? Nak perhabis duit petronas memang boleh, bagi semua subsidi ratusan billion, dah habis tu, minyak naik lagi tinggi. Masa itu DSAI tak salah dia cuma cadang, akhirnya kerajaan BN merudum dan PKR cepat naik dan dia jadi PM.

Anonymous said...

eh sapa perabeh wang petronas?..jgn buat2 tak hingat plak..wang ihsan utk trengganu dah masuk 7 bilion..tp 4 bilion jek ada rekod..mana lg 3 bilion?? masuk poket depa la..bila dah cuak letak jawatan pengerusi umno trengganu plak..nape krajaan buat2 diam ja?..tu duit rakyat..
monsun cup..utk apa?? 300 juta perabeh camtu ja..org miskin dpt apa dr monsun cup tu??

kalo btoi la kerajaan skrg jujur sgt2..mmg tadak org nak sokong PR..sbb org sokong PR skrg sbb kerajaan dah terlalu lemah..aku dulu pun sayang kerajaan..walopun mahathir tu kadang2 bengong gak..tp dia tegas dan ada prinsip...bkn cam stgh2 MT umno main angguk2 ja bila paklah ckp..bkn paklah pun yg ckp..khairi ngan anak dia yg control dia..hahaa

Anonymous said...

masa yang cukup sesuai untuk Perdana Menteri mengundurkan diri demi kesejahteraan rakyat. Lagi lama beliau pegang jawatan makin menderita rakyat malaysia..

Unknown said...

Monsun Cup dah pun diterangkan, tak melibatkan wang ehsan. Dengar cakap tanpa usul periksa begitulah keadaannya.. masuk poketlah dan sebagainya. Macamlah duit berjuta-juta dan berbilion itu simpan dalam laci meja atau bertabur atas meja. Macamlah duit itu petronas kasi agih kepada Tuk Deris, bekas MB Terengganu sikit, Pak Lah sikit, Khairi sikit semua dapat sorang sikit. Janganlah buat tuduhan begitu, fitnah dosanya amat besar.
Fitnah lagi satu. Tok Deris letak jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri sebab dia tak jadi MB. Semua MB akan dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bukan pasal dia cuak kerana terlibat dengan wang petronas, MOnsun Cup dsbagainya. Sdr bkn_Islam_hadari telah melakukan fitnah. Maaf.

Tai said...

PR naik pasal rakyat telah tertipu. Tertipu kononnya, depa nak turunkan harga minyak bila naik. Sedangkan negeri yang depa dapat pun, masih terumbang-ambing lagi. Mereka haramkan islam hadhari tapi luluskan projek babi di Sepang.

Parti pembangkang hanya tahu memainkan emosi rakyat. mereka langsung tiada idea untuk diberi macammana nak atasi harga minyak yang semakin naik. yang depa tau, nak buat demonstrasi, tuduh kerajaan itu dan ini dan lepas tu, curi orang dari BN untuk jayakan hasrat depa. Apa pasai? Depa parti pembangkang takdak orang dahkah?

menurut laporan Bernama, minggu depan, PM akan umumkan empat langkah untuk membantu mengatasi kenaikan harga bahan api. Dan apa yang saya harapkan ialah elaun untuk ahli parlimen dihapuskan terus.

masa tu, kita tengok adakah parti pembangkang nak sokong.

Anonymous said...

skali skala kite baca sket blog org lain..hehe

http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html
http://kuda-kepang.blogspot.com/
http://sangkelembai2006.blogspot.com/

ni seme blog org2 umno..atau bekas umno...takkan asik nak baca utusan jek kan..hehe..peacee

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

setakat hari ini ramai orang bermasam muka apabila hendak mengisi minyak. yang kena kutuk ialah pemimpin negara.

kita senyum beruk apabila ada langkah pemberian subsidi baru tetapi kenapa kita akan mendapatkan wang kita kembali semasa menghidupkan roadtax sahaja? kenapa tidak sekarang? kemukakan geran atau apa-apa bukti menunjukkan kita adalah pengguna kepada kenderaan ini.

pkrpasdap.blogspot.com

Unknown said...

Cadangan abe mie itu memang baik boleh meredakan sikit muka yang masam tu. Pihak kerajaan boleh beri perhatian cadangan abe mie ini. Rakyat dapat duit tu dulu kemudian berbelanja. Kalau dia guna duit subsidi itu bayar amsuran kenderaan itu dia punya pasallah!!

Unknown said...

Sdr Sedingin Salju tahu tak, pembangkang masih terus mengadakan ceramah tapi sekarang ni tak lagi di padang atau tepi jalan. Kerajaan negeri depa punya, depa bolehlah gunakan dewan JKKK dan sebagainya. Semua rakyat diajak berpolitik tak kira sempadan masa dan waktu. Esok ke tempat kerja cerita politik had semalam, ada kawan dah meluat dengaq. Mai ke tempat kerja cerita politik. Bukan nak tukar-tukar fikiran pasal nak majukan diri, nak belajar lagi ka, anak nak antaq ke mana selepas SPM, harga brg naik apa perlu kita lakukan, nak ubah gaya hidup ka, nak demontrasi ka? Yang ada cerita politik, kemudian buat tuduhan kpd pemimpin negara tidak amanah, korupsi, kejam, penyamun, perompak, yahudi dan sebagainya. Rakyat jadi macam ni kerana adanya pemimpin pembangkang berceramah macam tu. Umpama kata 'guru kencing berdiri murid kencing berlari' atau 'bapa borek anak rintik'.

Tai said...

ya betul. Disokong. nah kat penang semalam, depa cuba nak buat demonstrasi untuk membantah kenaikan harga minyak. Tapi nasib baik orang pandai. Hanya sikit orang saja yang joint.

Pembangkang hanya bermuka-muka. Kata saja negara yang tercinta tapi di sebaliknya, sanggup menghuru-harakan negara. Sanggup jual negara pada orang asing.

Mungkin depan ada pengumuman empat langkah segera untuk meringankan beban rakyat. Antaranya ialah penjimatan dari pihak kerajaan dan bantuan kepada golongan oku.

Sepatutnya, itulah idea-idea yang kena mereka fikirkan. Ini tidak, asyik nak menangguk di air yang keruh. jagalah negeri tu baik-baik. Tunaikan manifestor yang telah dijanjikan itu. Jangan asyik nak menuduh itu tak kena dan ini tak kena. Cermin diri tu dulu.

Anonymous said...

Pembangkang cakap tanpa usul periksa main hentam saja. Cakap hendaklah berfakta. Jenis bengong ni payah dah terangkan pun masih kabur. Profesional la sikit. Yang baik tak cakap yang tak elok itulah yang jadi sebutan mereka. Dap kat pulau pinang buat apa, mana projek penbangunan seperti longkang dan sebagainya. Kerajaan dah bagi balik subsidi kira ok la kalau nak cantik lagi Kerjaan negeri pun turut bagi pada rakyat masing-masing selesai masalah. Ni dak dok cari kesalahan orang saja. Mafestor pembangkang semua penipu , itu pun rakyat percaya punya la bangang.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"