Sunday, May 18, 2008

Hina Raja - Pemuda Pakatan Rakyat mahu Abdullah Badawi didakwa


Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP telah membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi supaya pihak polis membuat siasatan ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh mahu disiasat.
Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP, Anthony Lok dalam sidang Medianya menegaskan bahawa pihak polis perlu adil dan telus dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu sebelum ini sehingga menuduh Yang DiPertuan Agong sebagai tidak mematuhi perlembagaan.
Pergerakan Pemuda PR menyamakan isu Karpal dengan PM. Kes PM berkaitan perlantikan MB di Terengganu dan Perlis. PM akhirnya akur dengan kehendak Raja dan YDPA dan tiada kenyataan lagi dikeluarkan selepas itu. Tidak sama dengan kes Karpal, Pengerusi DAP. YB Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran dan pelantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Karpal terus berdegil dan angkuh, masih mempertahankan pendiriannya yang dirinya tidak bersalah. NGOs dan pemimpin BN serta pemimpin pembangkang ada mencadangkan supaya YB Karpal memohon maaf kepada Sultan Perak tetapi YB Karpal sombong mengatakan beliau tidak bersalah dalam hal ini.
Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, terdiri dari Pas, PKR dan DAP janganlah politikkan isu Karpal ini. Semua rakyat hingga budak sekolah pun dah kenal dengan Karpal. Selain beliau dikenali sebagai peguam terkenal dan beliau jugalah pemimpin yang menentang habis-habisan penubuhan negara Islam. Tak mungkin Ketua Pemuda PAS dan PKR dah lupa!! Tetapi kerana nak jaga hati DAP dalam Pakatan Rakyat, mahu tak mahu kenalah bersatu membela nasib YB Karpal. YB Karpal mesti diselamatkan dengan membuat laporan polis terhadap PM. Dalam isu ini, rakyat semakin nampak bahawa PAS dan PKR telah diperkudakan oleh DAP. Orang Melayu sudah pun memahami bahawa selama ini PAS dan DAP dibawah telunjuk ajar parti DAP. Bersama-samalah kita menunggu episod seterusnya bagaimana pakatan PAS, DAP dan PKR dikatakan parti dan kerajaan yang membela rakyat!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Karpal sombong, bongkak, tak sedar diri namum pemimpin parti seperti PAS dan PKR masih lagi tidak berani membuat sebanrang kenyataan terhadap Karpal. Mulianya Karpal daripada isu sultan yang karpal bangkitkan. Sedarlah wahai orang melayu yang bersekongkol dengan si kafirin yang terang-terang menghina isalam dan sulta.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"