Saturday, July 5, 2008

Boikot UM: DAP Cakap Tak Serupa Bikin

Kerajaan campuran negeri Perak meneruskan tindakannya memboikot akhbar Utusan Malaysia yang dituduhnya bersikap perkauman kerana memperjuangkan nasib orang Melayu. Terbaru, kerajaan negeri yang ditunjangi DAP itu mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya tidak mengeluarkan pelekat kereta percuma kepada wakil media akhbar itu. Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa MBI dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri telah mengarahkan pihak majlis untuk mengeluarkan pelekat kereta percuma kepada semua pemberita dan jurugambar media massa kecuali Utusan Malaysia. Kerajaan pakatan pembangkang di Perak sebelum ini mengeluarkan arahan supaya semua jabatan kerajaan negeri tidak melanggan akhbar Utusan Malaysia keluaran Utusan Melayu (M) Berhad yang merupakan syarikat milik penuh orang Melayu pertama di negara ini.
Komen:
DAP sebuah parti yang sangat kuat memperjuangkan kebebasan akhbar, hak asasi manusia dan demokrasi, kini telah mengambil tindakan sebaliknya. DAP mendiskriminasi hak akhbar berkenaan (Utusan Melayu Bhd) untuk mendapat berita dan menghalang hak awam untuk mengetahui berita-berita dari pelbagai sumber. Arahan memboikot akhbar Utusan Malaysia hanya dilakukan di dua negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Pemimpin DAP membaca dan menilai akhbar Utusan Malaysia dari perspektif politik semata-mata. Pemimpin DAP perlu sedar bahawa pembaca akhbar Utusan Malaysia kebanyakannya adalah orang Melayu manakala akhbar Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Yit Poh, Sin dan Chew Jit Poh hanya dibaca oleh orang-orang Cina. Orang ramai sedar dan mengetahui bahawa kemenangan DAP dalam PRU12 sehingga boleh menubuh kerajaan negeri Perak dan Pulau Pinang kerana sokongan dan propaganda akhbar berbahasa Cina yang jelas berbau perkauman. Mengapa DAP tidak mengharamkan akhbar berkenaan supaya tindakan DAP lebih adil kepada semua. DAP perlu mencontohi kerajaan PAS yang tidak memberi tekanan kepada akhbar tersebut. MB Kedah, YB Azizan bersedia membaca dan sanggup menerima sebarang kritikan mengenai kerajaan PAS Kedah kerana beliau percaya untuk berjaya dan maju, kritikan adalah perlu walaupun pedas atau pahit untuk ditelan.

1 comment:

Tai said...

mereka takut akhbar Utusan malaysia membangunkan orang melayu daripada lena yang panjang. Dan sebab itu, mereka nak pulaukan akhbar Utusan Malaysia. yang sepatutnya dipulaukan ialah akhbar bahasa cina.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"