Thursday, July 17, 2008

Muzakarah UMNO dan PAS

Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) semalam menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi ’orang tengah’ bagi menjayakan muzakarah di antara UMNO dan Pas dalam membincangkan soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar mahu melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini mencari kebaikan dan perdamaian supaya keadaan politik negara lebih mantap. Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kesediaan parti itu bermuzakarah dengan UMNO, melalui pihak ketiga. Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Hilmi Ramli turut menyokong penuh usaha muzakarah antara pemimpin Melayu yang sedang hangat dibincangkan sekarang. Malangnya dengan tiba-tiba, angin cepat berubah arah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan terus bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil. Katanya lagi, dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat. Dengan tegas beliau berkata, "Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang juga ahli parlimen Bachok, dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Komen:
UMNO dilihat oleh Hj. Hadi dalam keadaan tersepit. UMNO dilihat sedang menuju kehancuran. Hj. Hadi lebih yakin dengan DAP dan PKR dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Islam. Semua pemimpin Melayu termasuk NGOs tidak boleh menyalahkan UMNO jika ditakdirkan Melayu selepas ini terus berpecah dan menuju kehancuran. Pendirian antara pemimpin-pemimpin PAS sendiri pun tidak seia sekata dalam muzakarah antara PAS dan UMNO. Kebanyakannya tidak ikhlas untuk bermuzakarah. Lebih bersifat sombong mungkin kerana kemenangan besar PAS dalam PRU12 yang lalu. Dengan pendirian Presiden PAS itu, harapan pemimpin dan puluhan NGOs berasaskan Melayu merasa hampa dan kecewa. Sebenarnya PAS bercita besar dan bakal mengambil alih UMNO sebagai parti utama dalam Pakatan Rakyat. Apakah UMNO akan dikuburkan, dikorbankan atau sebaliknya disuburkan dan dimantapkan lagi pada masa akan datang. Sekiranya UMNO yang masih kuat kini menjadi lebih kuat, dan pada ketika itu nanti baru PAS benar-benar mahu bermuzakarah dengan UMNO.

4 comments:

Tai said...

Kalau ini sikap PAS, musuh islam akan bertepuk tangan. itulah yang mereka nak lihat. Melayu terus berpecah supaya mudah mereka nak kuasai melayu. Umat islam tak bersatu supaya mudah mereka menyebarkan cerita konon islam itu jahat dan zalim.

abe MIE 'TERJAH' said...

Orang India kini mahukan Anwar musnahkan kuasa politik Melayu termasuk kuasa raja atau sultan dan mempertikaikan keagungan Islam dalam perlembagaan. Bahasa Melayu kini menjadi bahasa kelas paria atau setaraf bahasa negro di negara sendiri.

Mereka berjaya memperbodohkan dan 'mengencing' PAS bulat-bulat dengan perjuangan HINDRAF seolah-olah Hindu adalah sama dengan Islam dan Islam adalah Hindu.

abe MIE hairan kenapa PAS meletakkan syarat bekerjasama dengan UMNO sedangkan dengan ahli HINDRAF, tiada pula syarat untuk bekerjasama. Kenapa? Kenapa dan kenapa? Tak kira Nik Abdul Aziz atau Haji Hadhi atau mana-mana 'ularmak' dalam PAS. Mereka kagum dan berasa tinggi kedudukan HINDU di kalangan PAS.


http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Mungkin Fatwa Haji Hadi bahawa orang UMNO itu kafir masih relevan hingga ke hari ini. PAS merasakan bahawa DAP dan PKR tidak sekafir UMNO walaupun mereka bukan islam. Apa pun yang jelas, PAS mahu kuasa politik dari orang Melayu. Jadi UMNO mesti dikorbankan. Persaingan PAS bukan dari Hindraf atau MIC, MCA atau DAP sebaliknya UMNO adalah musuh ketat PAS. Oleh itu apa faedah PAS bermmuzakarah dengan UMNO..UMNO tersepit ikut pandangan PAS. UMNO haprak kata mereka...

Tai said...

Sebab itu, Umno, walau apa pun yang terjadi, jangan berpecah. Walau kita tak puashati dalam sesuatu issue, buat sementara, jangan berpecah.

Kita harus ingat, orang bukan islam yang nak bermusuh dengan islam, sedang bertepuk tangan kerana PAS kata akan tetap bersama PR untuk membentuk kerajaan yang bersih dan pelbagai syarat dikenakan untuk bermuzakarah dengan Umno.

DSAI pulak, lebih percayakan AS laknatullah dari negara sendiri.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"