Wednesday, July 16, 2008

Debat: Sebenarnya DSAI tidak turunkan harga minyak!

Debat DS Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Chik bertajuk "Hari ini tubuh kerajaan, esok harga minyak turun" yang moderatornya ialah Datuk Johan Jaafar telah mencatat suatu sejarah di negara Malaysia. Debat ini mengikut Datuk Ahmad Shabery merupakan satu peluang kepada pemimpin pembangkang menjelaskan pandangan secara terbuka kepada rakyat daripada mengadakan perhimpunan jalanan. Datuk Shabery telah memerangkap DSAI dengan menjelaskan bahawa penurunan 50 sen seliter harga minyak yang diwar-warkan itu dibuat semasa kempen pilihanraya yang lalu. Ini bermakna jika pembangkang dapat menubuhkan kerajaan semasa harga minyak RM1.92 seliter, harga minyak sepatutnya pada harga RM1.42. Andaikata Pakatan Rakyat memerintah hari ini dengan harga pasaran dunia RM4.50 seliter (anggaran), bererti kerajaan PR akan memberi subsidi sebanyak RM3.18 seliter. Subsidi yang amat besar dan lebih besar yang akan ditanggung oleh kerajaan yang memerintah. Sebenarnya bila DSAI mengatakan bahawa penurunan 50 sen dari harga semasa minyak RM2.70 seliter kepada RM2.20 seliter telah menjelaskan kepada umum bahawa pembangkang jika dapat menubuhkan kerajaan sebenarnya tidak menurunkan harga minyak malahan juga menaikkan harga minyak. Ini bercanggah dengan tajuk debat yang berbunyi, "Hari ini tubuh kerajaan, esok harga minyak turun". Umum mengetahui bahawa tajuk debat itu sebenarnya kenyataan pemimpin pembangkang semasa kempen pilihanraya yang lalu dan pada ketika itu harga minyak ialah RM1.92 seliter. Jika berlaku kenaikan harga minyak kepada RM2.20 seliter (selepas pilihanraya kononnya PR memerintah) dari RM1.92 liter (sebelum pilihanraya), ini bermakna pemimpin pembangkang hanya beretorik untuk mendapat sokongan pengundi semata-mata. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab sekadar untuk memancing undi dan memenangi pilihanraya. Pujian patut diberikan Datuk Ahmad Shabery, menteri muda yang berjaya mengupas isi dengan baik dan menyakinkan penonton. Selaku Menteri Penerangan, beliau sendiri mengambil sikap keterbukaan dan bertanggungjawab memastikan program debat yang julung kali ini diadakan dapat menjelaskan dasar keterbukaan dan keikhlasan kerajaan membantu rakyat dalam menangani masalah kenaikan harga minyak dan krisis makanan dunia.

7 comments:

Anonymous said...

DSAI BERETORIK SEMATA2. HANYA UNTUK MEMENANGI HATI RAKYAT. DSAI SENTIASA MENGUNGKAP KATA-KATA UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT DI KAMPUNG YANG SUSAH. SEOLAH-OLAH KERAJAAN BN TAK AMBIL KISAH DENGAN KESUSAHAN ORANG KAMPUNG. SYABAS DATU AHMAD SHABERY KERANA BERJAYA DALAM PERDEBATAN ITU.

Tai said...

ya, tahniah pada menteri penerangan tersebut. Dia berani. Dia berani kerana kebenaran.

Anonymous said...

berani tp kluar tajuk...
dulu sblm pru 12...bn janji x naik rege minyak..tgk2 bknnye naik 30sen tp 80 sen..amik ko..

Tai said...

Jadi, awak setuju nak pinjam dari bank AS semata-mata nak kawal harga minyak daripada tidak dinaikkan? Sanggup dijajah oleh bangsa asing? melayu sanggup menggadai maruah diri dan negara semata-mata kerana minyak? Cuba fikirkan.

Anonymous said...

sape kate nak pinjam AS...DSAI pun x kata camtu..yg penting pengurusan duit kerajaan yg telus dan cekap...dgr la elok2 debat tu..kat youtube ada...
50 sen tu pun langkah awal...insyaAllah lepas tu buleh turun lg...
kerajaan BN lps PRU tros naikkan harga minyak..mana janji2 beretorik kerajaan BN yg takkan naik kn harga sblm PRU..
kamu semua suke ke harga naik sampai 2.70..? kalo naik 30sen ok lg...mgkn kamu semua org2 kaya...
btw jgn lupe tgk balik debat kat youtube..dgr elok2 ye..

Anonymous said...

DSAI bukan jurusan ekonomi. Hujahnya biasa aje, saya tak gi U pun reti. Harga dinaikkan tinggi supaya bedaantara harga negara2 jiran dgn negara kita tak begitu jauh. Bila harga minyak Msia begitu rendah, penyeludupan minyak tak terkawal lagi, orang kaya di Msia juga negara asing lebih banyak menerima subsidi dari orang kita yang susah. Ada mtor kapcai sebuah, isi RM5 dah penuh, tuan kira berapa sen subsidi dia dapat. Tetapi orang-orang senang dan kaya aada dua tiga buah kereta besar isi minyak bukan RM10 tapi beratus ringgit. Lagi banyak minyak yang diisi lagi banyaklah subsidi kumpulan ini dapat. Oleh itu kerajaan menstruktursemula subsidi spy subsidi diberi dalam bentuk lain dan diterima oleh pihak yang sepatutnya. Dengar ceramah pembangkang semua tak kena! Sebab pembangkang nak jatuh kerajaan sedia ada kerana DSAI nak jadi PM. Masa dia jadi Menteri Kewangan dulu lagi teruk. Saya masa itu pensyarah ekonomi. Saya berhenti menggunakan keratan akhbar semasa dia jadi Menteri Kewangan. Ucapannya langsung tidak dapat digunakan sebagai rujukan pelajar-pelajar ekonomi saya. Pembangkang jangan kata apa. Kalau dia dah suka kat DSAI, kentut busuk pun dikata wangi...maaf geram sangat.

abe MIE 'TERJAH' said...

Apa yang abe MIE hendak beritahu ialah seorang sahabat katakan bernama 'A' memberitahu yang Anwar nie memang suka MELIWAT SEJAK DI UNIVERSITI MALAYA lagi. Tapi pada masa itu siapa yang hendak percaya? Abe MIE bertanyakan kepada si A, kenapa dia boleh kata sedemikian sedangkan dahulu jenayah liwat, rakyat Malaysia masih tidak tahu apa-apa!!!


Hanya Allah saja yang tahu kebenaran. Pening dengan Anwar sekarang. Sokongan Keling yang pintar dan ingin menjadi YB nanti menyebabkan masalah ini menjadi sebenar-benar masalah dikala tiada pelaburan ke Malaysia dan perbehentian kerja berleluasa.

pkrpasdap.blogspot.com

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"