Saturday, July 5, 2008

Tindakan DSAI Timbul Banyak Persoalan!

Pembaca-pembaca blog yang budiman, tindakan DSAI timbul banyak persoalan, iaitu:
1. Kenapa payah sangat, DSAI cabar pembantunya ke masjid dan bersumpah jika benar tidak melakukannya. Mufti Perlis juga mencadangkannya.
2. Jika kes liwat dilaporkan, berilah peluang PDRM menyiasat dan mahkamah akan membuat keputusan. Mengapa DSAI dan semua pemimpin PKR dan juga pembangkang lain mengaitkan dengan konspirasi politik.
3. Konspirasi bukan mudah seperti disebutkan. PI, Mr. Bala belum kena sepak terajang dah menarik balik akuan bersumpahnya yang pertama. Mampukah pembantu khas DSAI bersubahat dalam konspirasi ini? Menerima asakan dalam siasatan polis nanti?
4. Kalau kes liwat pertama(jika benar) itu telah gagal, kenapa pula konpirasi kedua tuduhan liwat digunakan? Banyak lagi kaedah lain boleh digunakan dan rakyat boleh mempercayainya!
5. Beranikah TPM memperjudikan masa depan politiknya dengan Pembantu Khas DSAI. Apakah pembantu DSAI itu mampu merahsiakannya (konspirasi) semasa soal siasat polis dijalankan?
6. Jika nyawa diancam, kenapa tidak dilaporkan kpd pihak polis terlebih dulu? Seterusnya melarikan diri ke Kedutaan Turki.
7. Kehadiran DSAI tidak dijemput oleh pihak Kedutaan Turki tetapi atas dasar kemanusiaan pihak Kedutaan Turki menerimanya.
8. Apakah politik di Malaysia terlalu gawat dan ada unsur keganasan. Belum ada lagi calon ditembak atau dibunuh! Siapakah pemimpin Melayu sanggup melakukannya? DSAI bebas berceramah, berhimpun dan berdemontrasi di sana sini tanpa permit, belum ada dilaporkan nyawanya diancam!
9. Mengapakah sekarang DSAI mempertikaikan kewibawaan IGP dan Peguam Negara, kenapa tidak sebaik dia dibebaskan?
10. DSAI sangat berhasrat nak jadi PM secara tidak demokratik. Usahanya menarik MP BN (lompat parti) dari Sabah dan Sarawak sudah jelas gagal. Parti komponen BN yang lain pula mengutuk tindakan SAPP. Hasrat DSAI semakin malap.
11. DSAI akan mengumumkan 4 MP dari BN keluar UMNO dalam masa yang terdekat ini tetapi hingga sekarang belum ada?
12. Penarikan akuan bersumpah Mr. Bala bukan tekanan dari pemimpin UMNO. Dilaporkan beliau tertekan. Semasa akuan bersumpah beliau tidak dikelilingi oleh pemimpin UMNO tetapi pemimpin utama PKR, DSAI dan Wan Azizah, anaknya dan pemimpin PKR yang lain.
13. Yang merosakkan masa depan orng Melayu sebenarnya pemimpin utama PKR sendiri. Lihatlah apa yang sedang berlaku di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
14. Pemimpin UMNO dikecam, dihina, difitnah sedemikian rupa oleh pemimpin2 pembangkang sebagai strategi untuk menang PRU12. Akhirnya mereka berjaya!
Sedia menerima komen rakan-rakan pembaca blog ini.

4 comments:

Anonymous said...

Masih ramai pemuda lebih percaya kepada DSAI. Mereka tak percaya kepada polis dan hakim termasuk AG dan IGP. Apatah lagi kepada pemimpin UMNO yang dituduh mengepalai konspirasi. Saya takut sebaliknya!!!!????

Tai said...

1. Kenapa payah sangat, DSAI cabar pembantunya ke masjid dan bersumpah jika benar tidak melakukannya. Mufti Perlis juga mencadangkannya.
Sebab dia takut rahsia akan terbongkar. Bagaimana pula dengan mangsa? Sila tampil kalau tak bersalah.
2. Jika kes liwat dilaporkan, berilah peluang PDRM menyiasat dan mahkamah akan membuat keputusan. Mengapa DSAI dan semua pemimpin PKR dan juga pembangkang lain mengaitkan dengan konspirasi politik.
Sebabnya mereka takut rahsia dan tembelang mereka akan terbongkar.
3. Konspirasi bukan mudah seperti disebutkan. PI, Mr. Bala belum kena sepak terajang dah menarik balik akuan bersumpahnya yang pertama. Mampukah pembantu khas DSAI bersubahat dalam konspirasi ini? Menerima asakan dalam siasatan polis nanti?
Rasanya, yang benar, tetap benar. Usah disembunyikan, pasti ia akan muncul. Kalau tak, mengapa akuan bersumpah mesti dia tarik balik?
4. Kalau kes liwat pertama(jika benar) itu telah gagal, kenapa pula konpirasi kedua tuduhan liwat digunakan? Banyak lagi kaedah lain boleh digunakan dan rakyat boleh mempercayainya!
DSAI sangat cerdik. Sebab itu, kita semua terkeliru.
5. Beranikah TPM memperjudikan masa depan politiknya dengan Pembantu Khas DSAI. Apakah pembantu DSAI itu mampu merahsiakannya (konspirasi) semasa soal siasat polis dijalankan?
Itu susah nak kata. Tapi akuan bersumpah telah ditarik balik.
6. Jika nyawa diancam, kenapa tidak dilaporkan kpd pihak polis terlebih dulu? Seterusnya melarikan diri ke Kedutaan Turki.
Kerana, semua itu adalah rekaan semata-mata.
7. Kehadiran DSAI tidak dijemput oleh pihak Kedutaan Turki tetapi atas dasar kemanusiaan pihak Kedutaan Turki menerimanya.
Ya benar.
8. Apakah politik di Malaysia terlalu gawat dan ada unsur keganasan. Belum ada lagi calon ditembak atau dibunuh! Siapakah pemimpin Melayu sanggup melakukannya? DSAI bebas berceramah, berhimpun dan berdemontrasi di sana sini tanpa permit, belum ada dilaporkan nyawanya diancam!
Politik di malaysia stabil. yang membuatkannya tak stabil ialah DSAI and the geng.
9. Mengapakah sekarang DSAI mempertikaikan kewibawaan IGP dan Peguam Negara, kenapa tidak sebaik dia dibebaskan?
Kerana beliau ingin mengalihkan pandangan para rakyat daripada kes liwad yang dihadapinya sekarang.
10. DSAI sangat berhasrat nak jadi PM secara tidak demokratik. Usahanya menarik MP BN (lompat parti) dari Sabah dan Sarawak sudah jelas gagal. Parti komponen BN yang lain pula mengutuk tindakan SAPP. Hasrat DSAI semakin malap.
Hasrat DSAI akan malap jika BN terus bersatu. Kalau hasrat DSAI cerah, maka, cerahlah masa depan Malaysia untuk tergadai pada orang asing.
11. DSAI akan mengumumkan 4 MP dari BN keluar UMNO dalam masa yang terdekat ini tetapi hingga sekarang belum ada?
Kita harus memantau dari semasa ke semasa. Beliau ini, sangat licik. Kita tidak perlu panik dengan semua ini. Sebaliknya, kita harus mengawasi setiap apa yang dilakukan oleh beliau.
12. Penarikan akuan bersumpah Mr. Bala bukan tekanan dari pemimpin UMNO. Dilaporkan beliau tertekan. Semasa akuan bersumpah beliau tidak dikelilingi oleh pemimpin UMNO tetapi pemimpin utama PKR, DSAI dan Wan Azizah, anaknya dan pemimpin PKR yang lain.
Ini boleh jadi benar. Kita harap Cik Mr. Bala dapat buat sidang media untuk perjelaskan keaadaan yang sebenarnya.
13. Yang merosakkan masa depan orng Melayu sebenarnya pemimpin utama PKR sendiri. Lihatlah apa yang sedang berlaku di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Benar sekali. Cuba tengok mereka nak buat papan tanda selain dari bm di Penang. Sudah ada suara-suara yang mempersoalkan ketuanan melayu. DEB sudah mula dipersoalkan dan orang melayu pulak menyokong.
14. Pemimpin UMNO dikecam, dihina, difitnah sedemikian rupa oleh pemimpin2 pembangkang sebagai strategi untuk menang PRU12. Akhirnya mereka berjaya!
Memang benar. mereka menggunakan taktik kotor dan akhirnya, hasrat mereka berjaya.

Kepada Umno dan BN, jangan terlampau bergantung pada media. Buat kerja rajin-rajin.

Anonymous said...

Datuk Khalid dan DSAI sedarlah awak kedua-dua adalah pemimpin utama bukan penuntut universiti. Nasihat rakyat untuk melakukan yang terbaik bukannya ajak berdemontrasi. DSAI ketua demontrasi! DSAI menolak tindakan secara demokratik. PKR menang PRU12 bermula dengan demontarasi jalanan dari kumpulan BERSIH dan HINDRAF. Mahu simpati rakyat!!! Begitulah kerja DSAI...

Tai said...

ya betul tu. Dan hari ni, depa nak buat demonstrasi lagi. Kononnya, nak membantah kenaikan harga minyak. Saya rasa, depa ni, tak sekolah.

Nama saja ahli politik tapi tak tau hal-ehwal dunia. Sepatutnya, beri penerangan pada rakyat sebab-sebab kenaikan bahan bakar dan bukannya buat benda-benda yang terkutuk ni. kalau kita mereka buat konspirasi nak jatuhkan kerajaan yang ada sekarang, wah nanti melentinglah depa.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"