June 20, 2008...3:31 pm
KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim”. Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’. “Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.
Dalam ceramah bertajuk ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi. Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.
Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR. “Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” kata Ezam. Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu. Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas. “Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan,” katanya.
Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

Nota: Kini bekas orang kanan DSAI sudah bersuara…apakah prinsip ISLAM yang diperkatakan oleh Ezam sehingga beliau bertindak meninggalkan perjuangan DSAI itu sendiri?? Diharap saudara Ezam dapat memberi pendedahan demi menyelamatkan Malaysia dari dipimpin oleh seorang yang songsang amalannya.
sumber: klpos dan pemudaenggang
11 comments:
Ya, diharap saudara Ezam dapatlah memberikan penerangan apakah prinsip islam yang dia cerita.
sumpah2 mcm ni mana buleh pakai...ni sumpah tahi kucing jek...
org cam ni walopun masuk umno tak leh caya..lidah cabang2...dia main tibai jek...dulu masa pkr pun sama gak...
x suka org camni..org cam ni lg bahaya dr DSAI ..percayalah...kalo die kena beli ngan org asing...mmg hancur mesia...abih seme rahsia yg btol ke tak die bgtau satu dunia...
Kita lihatlah dulu kalau dia nak jadi orang baik alhamdulillah. Dia bersumpah atau bertaubat sudah bermakna dia sudah insaf dan berjanji kepada Allah. Dan dia akan buktikan kepada semua. Kita akan saksikan. Jika tak betul, baru kita boleh kecam dia, kutuk dia. Nanti dia tak ada ape2 kita pula yang buat dosa buta!!!
Semalam Hamid albar cakap DSAI ni cemperajinga belum apa-apa dak bagitau kt US . DSAI ni memang nak hancurkan malaysia, dia nak kuasa asing campur tangan dalam pentadbiran negara sikit punya buta perut la DSAI ni. Kita dah tak mau dah orang asing jajah negara malaysia. DSAI kalau jadi PM bukan kata Malaysia dia jual malahan pungkoq dia pun depa tibai. Cakap baik-baikbukan nya depa faham bahasa.
hangpa tgk tak gambaq wan azizah kat utusan..???? dia pakai sarung tgn kat tgn kanan dia...kenapa??? sbb dia nanti kena salam ngan laki2 bkn muhrim...respek btoi aku...ni la ciri2 wanita islam...
tgk plak rosmah bini najib...rambut cam sarang tebuan...pastu kalo jumpak mat saleh dia yg laga2 pipi bkn main...gatai piang....
Orang yang bertudung, bersarung tangan, tak semestinya baik dan alim. Orang yang tak bertudung dan tak bersarung tangan, tak semestinya buruk.
DSAI bukan hormatkan negara sendiri. Dia lebih menyanjung orang asing dari menjaga maruah negara sendiri. Itulah dia.
wahai sedingin salju..wanita yg bersarung tgn tu org yg jaga adab2 islam la...jgn la jahil sgt...nak samakan org yg baik adabnya dgn org yg tade adab...
menutup aurat suruhan Allah SWT..kalo tak ikut maknanya biadap kepada Allah SWT..mmg la depan manusia cantek..
kalo perkara sekecil menutup aurat pun susah nak jaga..apatah lg dgn solat puasa dan sebagainya..
serendah2 ilmu aku...tau gak menilai yg mana baik dan buruk...
Hello, orang yang bertudung, bersarung tangan tu, kadangkala tu, berlakon, hipokrit. Orang semacam ini tak semestinya baik. Jangan tengok buku dari kulit. Tengoklah isinya.
Kadang tu, orang yang bertudung pun boleh terlibat dengan khalwat. Apa cerita? Orang yang bergelar ustaz atau tok imam pun boleh rogol orang. Apa cerita?
Sedingin salju kalu hang bercakap dengan orang bangang ni susah. DSAI ni hantu kepada amerika. Sikit ari lagi amereka nanti tutuh pungkuq DSAI.
Ada otak pakailaa. Apasal kes liwat nak kaitkan dengan konsasi?pirasi. Biarkan polis siasat dulu, DSAI buatka tidak? Itu sahaja. Bodoh sangatkahh orng yang nak buat konspirasi? Kalau yang kes liwat dulu gagal, tak takkan kali kedua nak try lagi? Jika perangkap tak kena pelanduk, tentulah pemburu kena cuba kaedah lain. Itu yang mudah pun tak dapat fikir kahhhh!!!
ya, saya setuju. Bodohlah kalau mereka yang dikatakan nak buat konspirasi.
Fikir tengok, kenapa DSAI beritahu US perkara ini kan? kenapa dia tidak mahu membiarkan polis membuat siasatan? Pada pendapat saya, kalau dia tak salah, releks lah. Tak perlu takut kalau tak salah.
Post a Comment