Tuesday, July 15, 2008

Kerajaan PR Pulau Pinang temberang lagi!!

Tanggal 1 Julai lalu, berita kira-kira 1,000 pekerja kilang Nikko Electronics Bhd (Nikko) di Prai hilang pekerjaan telah mendapat perhatian Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), Datuk Lee Kah Choon yang berjanji akan membantu pekerja terbabit. Kenyataan beliau yang berbunyi, " Kerajaan negeri sedia membantu syarikat terbabit jika mahu menjual hartanah mereka kepada pelabur yang bersedia melabur di negeri ini". Apakah hanya kerana dasar mesra pelabur, kerajaan negeri sanggup membantu pemilik kilang termasuk mencari pembeli yang sanggup membeli hartanah itu. Sedangkan pada masa yang sama, 1,000 pekerja telah kehilangan pekerjaan sehingga terpaksa mengemis bantuan JTK dan MTUC. Ketika ini terserlah, sikap sebenar pemimpin PR Pulau Pinang yang mengamalkan prinsip "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Dalam menghadapi isu ini, MTUC Pulau Pinang dan JTK negeri lebih dilihat sebagai hero memperjuangkan nasib pekerja-pekerja ini. MTUC Pulau Pinang mencadangkan kerajaan negeri memberikan pampasan sebanyak RM1,000 kepada setiap pekerja. Kini, PR cuba mengalihkan tanggungjawab mereka dengan menyalahkan dan menuduh Kerajaan Pusat, sebagai punca pemberhentian pekerja terbabit apabila Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy meminta Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam turun padang melihat sendiri kira-kira 1,000 bekas pekerja itu. Di manakah manifesto parti-parti pembangkang "Jom, Ubah! Hanya DAP" dan PKR dengan "Harapan Baru Untuk Malaysia". Cuma PAS dengan slogan "Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih - Menuju Negara Kebajikan" namun keangkuhan DAP menyebabkan tidak ada wakil PAS dalam barisan kerajaan negeri PP.

6 comments:

Tai said...

Ha itulah, nampaknya, rakyat Penang sudah kena tipulah tu. Apa nak kata? undilah lagi mereka.

Anonymous said...

rakyat penang undi sbb bn pun tak buleh diharap...kalo elok sgt watpa depa nak tuka...tak leh pk ka..

Anonymous said...

Mengaku sajelahh..berr. Yang kita ni marah nyamuk, bakar kelambu atau menang sorak kampung tergadai..

Anonymous said...

Menaang sorak kampung tergadai....

Tai said...

Haha, menang sorak kampong tergadai. Ok tu. Ni kilang yang tutup itu hari, kerajaan negeri langsung tak tolong. malah, dia serahkan kat kerajaan pusat. Apa punya kerajaan macam tu? nasib baiklah ada MTUC.

yang depa tau, nak korek hal kerajaan lepas.

Anonymous said...

TKM 1 pun nak letak jawatn. Menafikan pulak.. Jika tak ada angin, masakan daun bergoyang! Tunggu dan lihat..pergolakan dan rasa tak puas hati antara PKR dan DAP serta PAS mula kelihatan..

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"