Pada 2 Julai 2008, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal-ehwal Islam. Seramai 200 anggota pelbagai NGO itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai pengiring Sultan Selangor, komander Ahmad Ramli Kardi, di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam. Jurucakap mereka Datuk Abdul Abdul Rahman Palil, berkata antara bantahan yang terkandung dalam memorandum itu ialah mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib tidak bertauliah. "Memorandum ini bertujuan agar keadaan yang berlaku ini dapat diperbetulkan memandangkan Tuanku Sultan adalah ketua agama di negeri ini," katanya kepada pemberita. Menurut laporan Bernama, Abdul Rahman berkata memorandum itu juga menyebut mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa memikirkan keperluan serta sensitiviti kaum serta mengenai isu zakat.
Komen:
Semakin lama semakin banyak kelemahan PR didedahkan kepada awam. Setiap program yang dilaksanakan akan ada saja yang tak kena. Menurut pandangan orang ramai yang ditemui telah melahirkan rasa menyesal memberi undi kepada parti pembangkang. Banyaknya 'bercakap tak serupa bikin'.
3 comments:
Itulah, ibarat meludah ke langit, kena muka sendiri. Pengajarannya, lain kali, jangan sebarang tuduh orang itu rasuah, ini rasuah, itu tak kena, ini tak kena. Sekarang, siapa yang tak kena?
Macammana orang yang ada rekod jenayah boleh jadi ahli MPAJ?
Kerja dulu selepas 6 bulan jika dakwaan benar akan diberhentikan. Susahkah nak siasat, minta laporan jenayah dari PDRM jika ada tak payahlah lantik! PKR susah sangat ka nak cari calon ahli majlis? Ketua-ketua demontrasi jalanan pun banyak, pilih sahaja lah!!
MB Selangor& Perak sama-sama kena tunggang dengan DAP untuk menjayakan apa yang DAP idamkan selama ini. Apa yang orang Melayu ada sedikit demi sedikit cuba di hapuskan seperti cara Israel menakluki Palestin. Cuba kita renungkan sejarah Palestin dan yang terdekat ialah Singapura.
Sebagai negara yang demokrasi kita gunakan pilihanraya untuk memertabatkan bangsa kita.
Jom kita kempen pada kawan2,keluarga kita TAK NAK pada PR. Mana-mana yang sudah berumur 21 tahun pakat daftar nama di SPR sebagai persediaan PRU13.
http://perhatijauh.blogspot.com
Post a Comment