Tuesday, July 22, 2008

Peguam Saiful: Saya yakin ada kes!

Suasana lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur yang selama ini tenang menjadi ‘panas’ dengan kehadiran puluhan wartawan dalam dan luar negara apabila buat pertama kalinya secara terbuka pihak keluarga Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya mengadakan sidang media pada jam 4.30 petang Isnin. Lebih panas apabila peguam Zamri Idrus secara terbuka menegaskan, secara peribadi setelah meneliti semua fakta, beliau yakin memang adanya kes yang melibatkan Anwar dalam isu liwat tersebut. “Saiful adalah anak guam saya, sebagai peguamnya saya memang yakin berdasarkan keterangan Saiful kepada saya,” katanya ketika ditanya adakah beliau yakin adanya kes terhadap dakwaan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar.Katanya itu adalah pandangan peribadinya mengenai kes itu dan terserah kepada siasatan polis untuk menentukan kedudukan sebenar.Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah bapa saudara Saiful (baju T merah) yang hanya mahu dikenali sebagai 'Uncle Pet' .Zamri membacakan kenyataan media yang dibuat oleh bapa Saiful,Azlan Mohd Lazim - sumber AGENDA DAILY

3 comments:

Tai said...

Yalah, kalau benar, buat apa nak takut kan? Berani kerana benar, takut kerana salah.

Anonymous said...

saiful tu dah kene tutuh banyak kali ngan anwar baru nk wat laporan polis...sedap gamaknya..hahaha...tah2 dah ngandung dah saiful tu...kene berebut hak penjagaan anak ngan anwar la plak..haha

btw..ingtkan uncle pet tu org yg dah berumur..nak respek la sket..skali camtu jek...pet pet...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

abe MIE ada gambar cun awek saiful anwar. abe MIE tertanya-tanya, kenapa anwar begitu yakin dan beria-ria dia dapat jadi PM?

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"