Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk “mubahalah" sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional. Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu.
Manakala Pergerakan Pemuda Umno Terengganu pula meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik. Bagaimanapun, Dr Mohd Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.
Komen:
Sebenarnya rakyat amat keliru berkaitan dengan kes liwat ini. Kes liwat yang pertama dahulu pun begitu juga. DSAI dibebaskan dari tuduhan kes liwat. Mahkamah mempunyai alasan dan sebab yang kukuh untuk tidak mensabitkan DSAI dengan kes liwat. Kes liwat berulang lagi. DSAI menafikannya! Malahan DSAI menuduh bahawa ini merupakan suatu konspirasi politik. Jika ada konspirasi tetapi mengapa masih mengguna kaedah yang sama (Liwat) yang terbukti gagal dan rakyat sukar mempercayainya. Dengan itu, eloklah Mufti Perlis dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berbincang ke arah usaha membawa DSAI dan bekas Pembantunya untuk “mubahalah" sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini sangat mengelirukan rakyat semua. Lakukanlah dengan segera supaya kes ini tidak menjadi lebih gawat lagi.
1 comment:
kalau benar dia tak buat, junjung quran dan bersumpah. Ikut saja saranan Mufti Perlis dan MB Kelantan. Dan, bila ditanya wartawan tentang persoalan ini, kenapa mesti mengelak dari menjawab? kenapa nak tuduh orang buat konspirasi?
Saya kalau ditanya, senang jawapannya. kalau benar dia tak liwad, silakan, junjung alquran dan bersumpah. Tapi, kenapa dia tak berani melakukan?
Ni mesti ada apa-apa.
Post a Comment