Sunday, July 6, 2008

Perhimpunan Sejuta Rakyat Yang Memalukan!

Kira-kira jam 7.00 malam, menjelang masuknya waktu Maghrib, penonton di Stadium Kelana Jaya menjadi kecuh kerana penyanyi kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka. Peristiwa berlaku ketika penyanyi tersebut menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat. Selain beberapa kali menunjukkan punggung, penyanyi itu turut menarik-narik seluar dalamnya. Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol dan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad AMK.
Komen:
Itulah akibatnya lagu berunsur satira politik kononnya. Kumpulan tersebut sempat menyanyikan sebuah lagu Inggeris dan dua buah lagu Melayu iaitu Tak Boleh dan Hantu Raya di Putrajaya dikatakan cukup meriah dan menghiburkan penonton ketika itu. Banyak sangat usaha pembangkang untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan BN. Tak cukup dengan demontrasi, ceramah-ceramah politik dan akuan bersumpah diadakan pula konsert yang berunsur satira politik. Akhirnya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Perhimpunan Sejuta Rakyat hanya dihadiri kira-kira 20,000 orang dan tidak mencapai jumlah yang disasarkan penganjur. Malaysia menghadapi suatu politik baru dari barisan pembangkang hari ini. Parti pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi dan demontrasi, memprotes dasar-dasar kerajaan dan mengajak rakyat bangun menunjukkan bantahan di jalanan seolah-olah parti pembangkang sekarang tidak ada wakil di parlimen Malaysia. Pakatan Rakyat terlupa bahawa PR ada kerajaan negeri yang perlu diberi perhatian. Kata Dr. Mohd Hatta Ramli, " Kerajaan BN amat sukar dijatuhkan. Dengan kenaikan harga minyak yang berterusan hingga PRU13, kerajaan BN boleh ditumbangkan". Itulah sebabnya, kerja kerajaan Pakatan Rakyat adalah menaikkan kemarahan rakyat bukan sama-sama kerajaan BN mengatasi kesusahan rakyat.

6 comments:

Tai said...

Mereka ini, bukan nak menghormati negara. Tetapi, mereka lebih suka negara kucar-kacir dan mereka nak jual negara pada bangsa asing.

Anonymous said...

1) K'jaan Sgor akan menambah dan menkaji keluasan ternakan Khinzir dari 200 ke 500 ekar atas permintaan DAP.
2) PROTES Minyak Naik, tp rakyat jugak yg susah dtg dari jauh, duit TOL / Minyak kena tanggung (boleh makan sebulan beb kalau RM200 pergi balik. Elok minta ja PKR/DAP/PAS "tanggung subsidi" barulah ADIL org pun ramai dtg. PKR byk wang, DSAI byk wang (100 million grant from Amerika tak masuk interest lagi) tak kan tak leh sponsor skit 50% ka...rm100 ke RM150 subsidi satu keta x 10,000 kereta ala berapa sangat.
3) Elok berdiam diri jgn byk komen, org cakap kalau terlebih cakap kan terlepas cakap. Kalau betul tak buat salah duduk diam diam tak payah nak cerca, hina, cakap lebih kurang (kurang ajar, nak tegak benang yg basah. Msia ni teruk sgt ka sampai tak boleh nak percaya, ada org nak membunuh sesama manusia? Elok Pak Lah jgn baik sangat lepaskan manusia mcm ni, simpan ja di dalam biar tempoh tamat, buat baik pun salah apatah lagi buat jahat semua tak kena, dia aja yg betul baik belaka.
4) Rakyak bertambah keliru, ber"musuh" sesama sendiri (esp org melayu), yg syok bangsa asing bertepuk tangan, senang lenang cari duit buat duit. ORg Melayu apa dapat? kalau tercicir pun org melayu jgn salahkan Kjaan semata-mata menadah tangan meminta itu meminta ini, ada perkara kita boleh meminta ada perkara kita tak dpt meminta kecuali berusaha. Bangsa lain diam diam ubi makin lama makin berisi, kita org Melayu bukan berisi tp hancur..kalau dlm FORBES laaa 1) Cina 2) India 3) Melayu.
5) Yg sudah tu sudahlah, tak perlu kita memeningkan kepala kerana seorg bernama Anwar. Yg penting bagaimana kita hendak memajukan diri dan keluarga, byk peluang terbentang luas cuma mahu atau tidak. Biarlah pihak yg lebih arif menyelesaikan. Satu masa satu ketika semua akan terdedah, Hanya ALLAH Ta'ala aja yg tahu. Kita tak perlu nak membidas, menceritakan perkara-perkara yg kita tidak tahu atau benar atau sahih hanya krn mendengar satu satu mulut ke satu mulut, atau melalui bloggers. Ia menambah fitnah dan derita.
6) Sikap UMNO mengambil setiap isu dgn tidak bertindak balas sebagaimana PKR sesuatu yg baik, bawa bertenang jgn pulak jd seperti anjing yg menyalak bukit..
7) Apakah muslihat Anwar yg begitu teruja dan tergedik gedik sangat nak jd instant PM (maggi mee)tak bolehkah menunggu 4 tahun lagi? adakah beliau mempunyai "misi" dgn Amerika ? Mungkinkah Sabah satu tpt yg strategik untuk menempatkan satu "penempatan" tentera? Itu semua bermain dikepala rakyat..beliau seorg sajakah yg layak? Kemana PAS selepas 5 dekad berjuang dgn mudah melepaskan sesuatu yg begitu lama mereka impikan?
8) fikir fikirkan laaa untuk kebaikan semua..

Tai said...

Itulah yang ditakuti. Kita takut bila DSAI jadi PM, mungkinkah IMF akan gembira sebab Malaysia akan membuat pinjaman?

Mungkinkah AS akan diberi penempatan tentera di Malaysia?

Kecewa dengan PAS yang sanggup membuang prinsip negara islam semata-mata nak bergabung dengan DAP dan PKR. Saya sebagai bukan islam menganggap, jika PAS berbuat begitu, fobia terhadap islam oleh orang bukan islam akan menebal. Apatah lagi dimomokkan oleh DAP.

Kalau inilah sikap PAS, orang bukan islam akan terus anggap islam ini mundur, zalim, kejam dan sebagainya.

Tai said...

Terlupa satu lagi.

Kepada DSAI, kalau benar tidak bersalah, ikutlah saranan Mufti Perlis dan MB Kelantan, junjung alquran dan bersumpah.

Unknown said...

Semua pihak sudah nampak DSAI telah tersepit angkara instant PM. MP Sabah dan Swak kini teguh di belakang BN. Kes liwat dan kehadirannya di Kedutaan Turki, ancaman bunuh, akuan bersumpah Bala ditarik balik, perhimpunan hanya 0.025 juta rakyat, konsert memalukan, perlantikan ahli Majlis Berkuasa Tempatan yang tidak adil, tindakan kerajaan negeri yang tidak munasabah dan lebih bermotifkan politik kepartian, demontrasi jalanan yang tidak henti2 telah sedikit demi sedikit menampakkan kecelaruan PR yang diterajui oleh PKR!!!

Anonymous said...

Allah swt akan bersama dengan pihak yang benar. Namun sekarang rakyat dah dapat lihat tindak-tanduk individu yang terdesak akan berada dalam situasi serba tak kena.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"