Tuesday, July 8, 2008

Tubuh Suruhanjaya Siasatan: Cadangan Pemuda PAS Disokong

Dewan Pemuda Pas meminta Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya memperkenankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk bagi menyelesaikan kecelaruan politik negara sekarang. Ketuanya, Salahuddin Ayob berkata, suruhanjaya itu boleh menamatkan rasa bimbang rakyat dengan situasi perebutan kuasa serta fitnah yang melibatkan pihak berkuasa negara ini. ''Kita percaya semua orang risau dengan keadaan politik negara hari ini. Kita mahu pihak istana mengambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi semakin serius. ''Pelbagai tuduhan dan akuan sumpah timbul akhir-akhir ini. Suruhanjaya Diraja boleh menyelesaikan semua masalah itu," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini hari ini.
Komen:

TS Isa Samad telah pun mencadangkan sebelum ini supaya pihak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya siasatan terhadap isu liwat melibatkan DSAI. Alasannya kes liwat menjadikan rakyat sangat keliru setelah pelbagai andaian, tuduhan dan tohmahan dilakukan oleh individu dan kumpulan tertentu walaupun kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis. DSAI sepatutnya bersedia disiasat tanpa perlu rasa bimbang dengan ketelusan pihak pemerintah dan jaminan pihak berkuasa pada hari ini. Undang-undang negara perlu dihormati, apatah lagi seseorang yang dikatakan pemimpin yang memperjuangkan keadilan dan demokrasi. Pelbagai dakwaan, tuduhan dan fitnah yang menyebabkan fikiran rakyat bercelaruan! Usaha Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayob patut dipuji sekiranya berniat untuk mencari keadilan bagi kedua-dua pihak. Ini bererti segala keputusan oleh Suruhanjaya akan diterima secara ikhlas dan senang hati. Apakah akan ada pihak-pihak tertentu yang masih tidak mempercayai Suruhanjaya yang ditubuhkan? Masihkah ada pihak tertentu yang mempertikaikan keputusan Suruhanjaya nanti? Rakyat perlu yakin dengan ketelusan pemerintah dan pihak-pihak berkuasa yang ada dan bakal ditubuhkan. Jika tidak, apakah perlu kita mengundang pihak luar mencampuri urusan dalaman negara kita.

3 comments:

Sedingin Salju said...

Ya, sokong penuh saranan pemuda PAS tersebut.

Busu said...

Pemuda PAS sekarang agak terbuka pandangan mereka. Yang betul mereka kata betul namun akan ada tetapi jugak! Mereka tak serbu seperti pemuda PKR! Konsert PROTES memalukan itu sebenarnya cetusan idea melampau pemimpin PKR tertentu. Perlakuan yang akan dicontohi oleh remaja2 dan kanak-kanak kecil yang turut hadir menyaksikan konsert itu. Generasi baru produk kerajaan Pakatan Rakyat! BN dan juga UMNO dah puluhan tahun tak pernah lagi setahu saya jadi semacam itu. Baru lebih 100 hari memerintah, dah macam-macam terjadi!

Sedingin Salju said...

ya betul. Pemuda PAs dah agak terbuka la ni. yang betul mereka kata betul. PAS saja yang boleh pakai di antara parti pembangkang kat negara kita.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"