Sunday, July 20, 2008

HKL atau DSAI: Siapa Yang Betul dan Boleh Dipercayai

Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetap mempertahankan kenyataan asalnya bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ditelanjangkan apabila beliau menjalani pemeriksaaan perubatan Rabu lepas. Pengarahnya, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, sebelum pemeriksaan, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau. Katanya, pemeriksaan itu dilakukan oleh dua orang pakar tersebut hanya setelah memperolehi persetujuan bertulis daripada Anwar. Dr. Zaininah menjelaskan bahawa DSAI diperiksa oleh dua orang pakar mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Ujarnya lagi, tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu.
Walau bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas. Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

8 comments:

Tai said...

Satu lagi strategi untuk cuba mengalihkan perhatian rakyat. Dia pandai bermain dengan kata-kata. jadi, orang yang tanpa berfikir panjang pun akan percayalah apa dia kata.

Anonymous said...

Saya setuju dgn awak SS. Rakyat percaya dgn provokasi dia. Doktor pakar, HKL, Polis, Pendakwaraya, Hakim, IGP dan semua tak betul. Dia yang betul. Rakyat dikelirukan tapi rakyat yang cerdik sikit sahaja. Itu yang jd masalah..

Tai said...

Sekarang, bapa si mangsa dah mula bersuara. Marilah kita berdoa moga yang benar akan terkeluar tidak lama lagi.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

anwar bogelkan dirinya sendiri..lepas tu dia kata HKL bogelkan. HKL ada profesor dan Dr pakar yang bertamadun. Anwar ingat dia seorang bertamadun dan bijak.


http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Semakin lama DSAI bercakap semakin terbuka pekong di dadanya. Dia sebenarnya terlalu sepit. Dia buat aduan terhadap IGP dan AG waktu ini juga. Kenapa tak buat masa dia baru dilepaskan dulu? Saiful cabar DSAI bersumpah, dia tak mahu atas nasihat ulamak yang sesuai dengannya. Tok Guru Nik Aziz dan Mufti Perlis cadang bersumpah. Tak nak dia ikut. Siang tadi bapa Saiful turut menyatakan kecewa dan mencabar DSAI serahkan DNA dan bersumpah. Juga tidak dihiraukan. Nanti DSAI akan mendakwa bapa Saiful juga diupah oleh pemimpin kerajaan. Tengoklahhh nanti ceramahnya macam2 tuduhannya. Tapi penyokong fanatiknya tak boleh buat apa, mereka percaya dia tanpa ragu!

Tai said...

jadi itulah, tuhan akan sentiasa memakbulkan doa orang yang dizalimi. Itulah kepercayaan orang islam kan? nampaknya DSAI secara tidak disedari telah membuka pekung di dadanya sendiri. Pergi saja buat ujian DNA kalau betul dia tak salah.

Anonymous said...

DSAI terlalu banyak helah. Mula nampak kesalahannya! Rakyat fanatik dgn Anwar sahaja yang percaya dgn dia.

Anonymous said...

DSAI terlalu banyak helah. Mula nampak kesalahannya! Rakyat fanatik dgn Anwar sahaja yang percaya dgn dia.

"BERSATULAH MELAYU DEMI BANGSA MU DAN BERSATULAH UMAT ISLAM DEMI AGAMAMU, DAN BERSATULAH RAKYAT MALAYSIA DEMI NEGARAMU"